Get the app for full experience
Arisa Alena melangkah tenang menghampiri pintu bilik pejabat Datuk Fridaus. Wanita yang mengiringi dia tadi sudah pergi selepas membawanya ke situ. Sempat mengatur nafas dan mengemaskan diri sebelum daun pintu diketuk kuat. “Masuk!” suara parau seorang lelaki menjawab dari dalam bilik. Alena pulas tombol pintu. “Arisa Alena, PA Tuan Adrin Daylan. Saya datang untuk bentangkan proposal syarikat kepada Datuk.” Datuk Firdaus mengangkat wajah, meneliti Alena dari hujung rambut ke hujung kaki sebelum mengangguk. “Duduklah dulu,” pelawa Datuk Firdaus sebelum bebola mata kembali ke arah fail di atas meja. Alena akur, melabuhkan punggung bertentangan dengan lelaki yang dia kira berumur lewat 40...