“Morning, Arisa Alena! kenapa muka tu monyok? bad day, huh?”
Alena senyum sumbing pada wanita yang bertugas di meja hadapan itu. Macam mana nak jawab? Nak kata hari-hari bad day tetapi Alena akur dengan ketentuan-Nya. Dia tak mahu mengeluh.
“Tiada istilah bad day dalam kamus hidup saya, Damia!”
“Really? Then I suggest you stop by dekat information board tu. Ada berita tergempar tau!”
Kening Alena hampir bertaut mendengar kata-kata Damia. Dia pandang sekeliling. No wonder suasana agak ribut di lobi syarikat pagi itu.
“Thank you, Mia!” Usai berkata, Alena cepat-cepat buka langkah menuju ke papan informasi yang sedang dikerumuni oleh pekerja di situ.
“Why?! Tuan Seth bersara? Kenapa tiba-tiba?!”
Tegak kuping telinga dengar suara-suara yang sibuk berbual sesama sendiri itu. Tuan Seth, bosku kiriman dari surga itu mahu bersara? But why? Eyalah, memanglah orang tu dah tua, wajah berkeriput dan rambut sudah bertukar jadi putih. Nak pandang pun takde selera. Takde rasa teruja. Tapi masih hebat melakukan tugasan. Paling penting, Tuan Seth tu sangat baik. What a great loss!
“Tuan Seth bakal digantikan dengan anak lelaki bungsunya iaitu Adrin Daylan? Biar betul! Siapa tu? Setahu saya Tuan Seth ada tiga anak, dua perempuan dan seorang lelaki bernama Ayron Declan yang handle syarikat induk keluarga tu kan? Ni tetiba muncul Adrin Daylan, anak angkat ke?”
Alena yang hanya diam mendengar perbualan di antara staff di situ turut menggangguk-angguk. Ya, dia setuju dengan pendapat itu. Dari mana muncul lelaki bernama Adrin Daylan? Anak lelaki Tuan Seth cuma Ayron seorang, dia pernah berada dalam satu bilik bersama semua anak-anak Tuan Seth ketika mesyuarat syarikat.
Ayron Declan tersangat tampan orangnya. Sayangnya ketika pertama kali bertentang mata, lelaki itu sudah bertunang dan tidak lama kemudian berkahwin. Selepas itu, Ayron ditugaskan untuk kendalikan syarikat induk keluarga mereka. Syarikat tempat Alena bekerja adalah salah satu syarikat cawangan keluarga itu.
“Ah, tak kisahlah siapa pun bos, yang penting gaji naik tiap tahun!”
Betul! Alena angguk lagi. Sedari tadi hanya pasang telinga, bibir terkunci. Hanya kepala naik turun atau paling ke kiri dan kanan.
“Lena!” Laju kepala menoleh bila dengar namanya dijerit seseorang. Seorang gadis melangkah laju menghampiri Alena.
“Izah, kenapa?” tanya Alena dengan dahi berlapis nipis.
“Kau free tak? Tolong aku settlekan bilik mesyuarat please, kita ada meeting tergempar jam sepuluh pagi. Mampus aku, Lena! Banyak yang kena aku settlekan. Tolong eh, you’re the best!”
Terpinga Alena apabila ditinggalkan macam tu je lepas gadis itu berbicara.
“Hey! Saya tak bagi per…”
“I love you the most, Lena! Tolong tau!”
Huhu… macam tu ke minta tolong? Alena mencebik geram. Tiada pilihan, dia tunaikan permintaan teman se-lunchnya itu. Izahlah yang bertanggungjawab terhadap kelancaran mesyuarat syarikat termasuk mesyuarat dalaman mahupun bersama klien penting syarikat.
Setengah jam ke pukul sepuluh, Alena sudah selesai menunaikan tanggungjawab yang diamanatkan. Telefon bimbit berlagu ketika dia baru bercadang mahu keluar untuk mengambil buku nota di meja kerjanya.
“Ya ampun, Lena! Tolong aku sekali lagi please. Bos baru tu mahu kopi Espresso double shot, satu sudu teh gula, two cups. Aku nak kau pergi beli, ingat nama kedai ni sebab bos tu cuma mahu kopi dari kedai ni je tau. CoffeeDrinks Cafe.”
Terlongo Alena mendengarnya. Biar betul! Tak pernah selama berada di bandar itu dia dengar nama kafe tersebut. Lagi satu, persoalannya, sempat ke? Mereka cuma ada setengah jam sebelum mesyuarat bermula.
Ini kerja gila!
“CoffeeDrinks Cafe? Apa kejadah ni? Nama kafe tu pun saya tak pernah dengar Izah oi! Kau biar betul! Saya cuma ada setengah jam kau nak suruh saya cari tempat tu? Saya bukannya ada kereta nak ke hulu ke hilir!”
“Please help me, Lena! Saya pun baru je kena bagi arahan oleh Puan Aina. Ni, dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mesyuarat tu tak settle lagi. Please help me, Lena! Kau guna grab je, tak perlu kau susah payah cari tempat tu. Semua expense kau nanti hantar je ke unit akauntan. Please, I’m counting on you, bye!”
Celaka! Celaka! Ni kawan makan kawan! Ni ambil kesempatan namanya. Ni kawan tikam kawan, argh!!! Sambil menyumpah dalam hati, Alena buka langkah besar-besar menuju ke pintu lift.
Penyesalan mencanak-canak selepas Alena dapat tahu di mana letaknya kedai kopi hanat yang benar-benar menyusahkan dia itu. Bukan satu dua kilometer jauhnya, hampir setengah jam perjalanan termasuk jem di lebuh raya. Double celaka!
Berdenyut-denyut dada menahan rasa sakit hati. Lepas tu, kedai hanat tu dipenuhi pelanggan, barisannya panjang hampir sampai ke pintu masuk. Apa kejadahnya? Confirm dia takkan balik ke syarikat tepat pada waktunya!
Selepas mendapatkan pesanan, jam yang melilit di pergelangan tangan dilirik sebentar. Dah lewat sepuluh minit. Tapi takpe, dia yakin Izah akan cover untuknya dan bos hanat tu juga pasti mengerti kenapa dia lewat. Siapa suruh bagi arahan last minute!
“Opsss!”
Kecelakaan apakah ini? Hampir ke pintu keluar, bahu Alena dilanggar oleh seseorang. Bakul kertas di tangan terlepas. Habis tumpah kopi untuk bos dari neraka itu! Menggigil satu tubuh menahan darah menggelegak yang sudah naik sampai kepala.
“Maaf... maaf!”
Maaf jer? Maaf tu boleh kembalikan masa ke? Boleh perbetulkan kesilapan yang sudah dilakukan ke? Tak! Yang kena hadap semuanya dia! Bukan kata maaf tu syaitan!!!
“Hoi!!!”
Malangnya sekujur tubuh yang melanggarnya sudah hilang dari pandangan. Lesap macam tu je di tengah orang ramai. Cis, memang bedebah! Mahu tak mahu, Alena kembali semula dan beratur untuk membuat pesanan, sekali lagi!
“Lena! Where are you? Dah sejam kau tak muncul! Bos dah hampir nak bertukar jadi gorila tunggu kopinya!”
“Nak sangat kopi kenapa tak pergi beli sendiri! Menyusahkan betul bos syaitan kau tu!” Alena menyembur tanpa fikir panjang. Ya, dia sangat marah! Sejak tadi dia pendam rasa marah membuak-buaknya. Sakit tau memendam rasa!
“Lena!”
“Ni pertama dan terakhir saya jadi tukang beli kopi, titik!” Panggilan terus dimatikan. Kereta grab yang dinaiki sudah berhenti di depan syarikat tempat dia bekerja.
Alena melangkah keluar dari perut kereta Grab yang dinaiki dengan mood sudah ke laut. Dia atur langkah malas menuju ke pintu masuk sambil menjinjing sebuah beg kertas berisi dua gelas kopi panas. Tak guna kelam kabut. Dah memang lambat pun!
“Mesyuarat tamat! Saya takde mood nak teruskan!”
Langkah Alena mati di depan pintu bilik mesyuarat. Tidak jadi mahu menolak daun pintu bila dengar suara kasar bertempik dari dalam bilik tersebut. Aih, bos hanat ke tu? Marah ke? Salah siapa? Alena menjuih. Sebalnya!
Alena tergamam apabila pintu tiba-tiba terbuka luas.
“Lena!” Tersembul wajah pucat lesi Izah di depan matanya.
“Coffee? Double shot with less sugar?” Alena meleretkan sengih sinis seusai berkata. Beg kertas yang direka khas untuk menyimpan minuman ditayang depan wajah Izah. Dengan muka pucat tak berdarah, Izah pantas menarik Alena menjauhi muka pintu.
“That coffee girl is fired! Suruh dia berkemas dan jangan muncul di sini lagi!”
Dasar bos hanat! Dia dipecat hanya kerana kopi? Serius? No way!
Alena melangkah masuk tanpa mempedulikan larangan Izah. Bos syaitan itu harus diajar! Hampir dia terlanggar staff yang bergegas keluar selepas diusir oleh bos baru mereka.
Langkah Alena mendadak mati sebaik sahaja terpandang dua jejaka bersuit kemas yang duduk di hadapan. Seorang di kerusi pengerusi dan seorang lagi di sebelah kerusi pengerusi. Dua-duanya wajah asing. Tak pernah Alena lihat sebelum ini.
Alena terkedu. Tak berkelip mata memandang. Dua-dua jejaka ukiran dari surga, kacak! Sasa! Aura yang terpancar dari keduanya sangat magnificent! Terutama yang duduk di kerusi pengerusi. Masih muda! Agaknya menghampiri atau awal 30an.
Ah… bertuahnya jadi anak Tuan Seth. Dahlah kaya raya, cantik-cantik dan super ganteng hasil bakanya. Tapi… siapa pula lelaki yang duduk di sebelah kerusi pengerusi itu? Anak tak diiktiraf Tuan Seth ke? Alena geleng, cuba usir fikiran jahat yang tiba-tiba muncul itu.
“You! What do you want? I said everyone, leave this room immediately! Are you stupid?!”
Alena ketap rahang. Kurang ajar! Stupid katanya? Selama bertahun-tahun dia kerja di situ, ini pertama kali dia dipanggil bodoh. Malah Tuan Seth selalu puji dia cekap orangnya.
“Saya menolak!” Jawab Alena dengan suara tegas lalu meletakkan bakul kertas di atas meja, di depan dua jejaka itu. Bulat mata lelaki yang duduk di kerusi pengerusi dengar jawapan Alena.
“Apa kau kata?!” jerkah lelaki yang Alena duga pastinya ialah bos baru mereka, Adrin Daylan. Sangatlah kacak orangnya, lebih kacak dan versatile jika dibandingkan dengan Ayron Declan. Sayangnya…
“Saya menolak untuk dipecat, Tuan Adrin! Saya dah berusaha sedaya upaya untuk dapatkan kopi di restoran yang tuan mahu dengan masa terhad kerana arahan mendadak tuan tu. Saya…”
“So? Do I care? I hate excuses! I hate listen to craps. Be gone! I especially hate you, woman!”
Dia dicantas macam tu je? Dasar hanat!
“Saya tak setuju dipecat atas kesalahan yang saya tak boleh nak elak, Tuan Adrin! Kalau tuan berada di tempat saya, tuan juga takkan sempat kembali tepat pada masanya. Kalau tuan nak pecat juga, saya tidak akan teragak-agak jumpa Tuan Seth atau ke Jabatan Buruh buat aduan!”
Tergamam Adrin Daylan dengar jawapan tegas Alena. Keberanian gadis itu buat ego lelakinya tercalar teruk. Pertama kali dia jejak kaki ke situ, juga pertama kalinya orang yang dia anggap tidak layak bersuara menentang, malah mengugut dia!
“Okay then, you can still work here… but be prepared! I won’t let this slips easily.”
Huh! Macamlah dia takut! Alena kutuk dalam hati. Buat beberapa saat, mereka saling berbalas tatapan maha tajam.
“Be gone! No ugly duckling allowed near me!”
Kurang ajor!
Terkocoh-kocoh Alena pergi dari situ. Ingat dia hadap sangat ke dengan bos tampan tu? Tak hingin okay! Malang tak berbau, ketika melintas berhampiran dengan dua jejaka itu, kaki Alena tersandung sesuatu.
“Omak kau hijooo!!!” Bersama jeritan nyaring yang bisa buat taik telinga berterbangan keluar dari corong telinga, tubuh Alena meluru ke depan. Hilang kawalan, Alena hanya mampu tutup mata serapatnya saat tubuh menjunam ke arah Adrin Daylan yang sedang duduk di kerusi pengerusi.
Adrin Daylan tercengang. Tergamam teruk saat tubuh Alena rebah menindih tubuhnya. Kedua-dua tangan Adrin terangkat tinggi, tak sudi menyentuh tubuh Alena. Suasana tiba-tiba bertukar jadi sunyi sepi. Aura di dalam bilik mesyuarat turut berubah. Meremangkan bulu roma.
Share this novel
hahaaa