Prolog

Romance Completed 93047

ARISA Alena merenung imej yang dipantulkan oleh cermin solek di depannya. Senyum terlakar di wajah. Sangat berpuas hati dengan hasil tangan sendiri. Pakaian yang tersarung di tubuh pula buat keanggunan sosok di muka cermin itu terserlah. Pakaian seksi yang mendedahkan bahu hingga separuh dada, juga punya belahan hingga ke paras paha.

Suku waktu dia habiskan untuk tampil secantik itu demi ulang tahun perkahwinannya yang baru saja mencecah setahun hari ini. Harap kali ini Arisa Alena mampu tawan sekeping hati beku tak berperasaan itu.

Arisa Alena sudah terlalu lelah!

Lelah hadap desakan keluarga suami yang asyik mahu dia mengandung. Bagaimana mungkin dia boleh mengandung sedangkan sehingga kini dia masih anak dara, langsung tak disentuh oleh lelaki beku itu.

Juga sudah terlalu lelah cuba meraih cinta dan perhatian suami beku tak berperasaan itu. Jujur, Alena mahu putus asa, pergi dan tinggalkan semuanya. Biar dia cari kebahagiaan sendiri. Hidup bersama tanpa ada rasa cinta adalah satu penyeksaan infiniti. Tapi Alena tak mampu. Dia terikat dengan hutang.

Lelaki beku itulah yang telah selamatkan nyawa adik Alena. Kerana itu juga, Alena akur dan setuju menjadi isteri lelaki itu tanpa fikir panjang sungguhpun dia tahu tiada bahagia yang dia dapat hasil penyatuan dua jiwa itu. Perkahwinan mereka terjadi bersebab. Bukan kerana cinta!

Sedang duduk menunggu di ruang makan bersama hidangan istimewa yang penat lelah Alena sediakan, kedengaran daun pintu ditolak oleh seseorang. Alena bingkas berdiri. Langkah diatur satu persatu menuju ke ruang depan penthouse mewah milik suami kayanya itu.

Alena tercengang apabila dia hanya sempat lihat belakang tubuh sasa suaminya, sedang bergerak laju menuju ke bilik tidur yang sepatutnya dihuni oleh mereka berdua. Alena ketap rahang sambil genggam buku lima. Lelaki ni memang sengaja mahu elak bertembung dengan dia kan?

Alena mendengus lalu kejar laju langkah besar-besar suaminya. Langkah Alena mati selepas hanya beberapa langkah masuk ke dalam bilik tidur. Simbahan air deras dari pili shower buat dada bergetar halus. Suami kacak bertubuh sasa dia sedang mandi ke?

Tubuh Alena spontan melekat di dinding bilik. Dengan langkah berjengket-jengket, Alena hampiri bilik mandi yang terletak di penjuru bilik, berpintukan kaca tebal blackout jenis sliding.

Tiada niat mahu intai, dia cuma mahu pastikan benarkah encik beku itu yang ada di dalam atau makhluk asing ke, penyangak ke tak pun mungkin monyet yang sedang mandi dekat dalam tu. Siapa tahu!

Alena teguk air ludah apabila lensa mata tertangkap sesuatu. Badan mendadak kejung. Lelaki ni kan, memang sengaja biarkan pintu separuh terbuka ke apa? Gara-gara pintu sliding yang tak rapat itulah, habis semua Alena nampak. Sampai teguk air ludah dibuatnya. Dia mahu putar tubuh dah cepat-cepat keluar, sumpah! Tapi tubuh khianati dia. Tak berkelip, siap terbelalak biji mata memandang figura super sempurna itu.

Seolah sedar diri sedang diintai, lelaki itu menutup pili air. Dengan selamba, memutar badan dan melangkah ke arah pintu tanpa seurat benang pun di tubuh. Alena tergamam. Kaki terpasung, tak mampu dia gerakkan.

“Masih tak puas nak tengok?” Perli lelaki itu dengan sinis. Alena meluruskan tatapan. Hanya terarah ke dada berbenjol-benjol itu. Tak berani dia gerakkan bebola mata, risau andai tanpa sengaja jatuh ke bawah. Argh, tidak!

“Tepi!” Dengan kasar, bahu Alena dilanggar. Alena terundur, hampir terlanggar pintu kaca. Lelaki itu menyambar tuala lalu membalut punggungnya.

“Tunggu!” Alena berlari dan berdiri di hadapan lelaki itu sambil depa dua-dua lengan. Lelaki itu memandang dingin. Alena diteliti dari atas ke bawah.

“Kenapa pakai macam ni?” Dingin, lelaki itu tanya. Alena pantas meleretkan senyum berlemak manis seperti susu Cap Junjung. Dia… perasan? This is rare!

“Cantik tak?” Alena tayang diri di depan lelaki itu, siap buat gaya seperti seorang peragawati di pentas peragaan. Mahu minta puji.

“Hodoh! Jangan pakai macam ni lagi!” Sekali lagi, tubuh Alena dilanggar kasar. Kali ini Alena hampir terjerungkup jatuh atas lantai. Mati terus senyum minta puji Alena. Wajah berubah jadi bengis.

“Adrin Daylan!!!” Alena hilang sabar. Menjerit hampir putus urat leher!

Dia jatuh terduduk atas lantai disebabkan lelaki itu. Sikit pun lelaki itu tak toleh, apatah lagi mahu hulur bantuan. Dasar syaitan amat!

“Told you… don’t expect anything from me, Arisa Alena.”

“Setahun usia perkahwinan kita! Tak cukup lagi ke usaha saya selama ini, hah? Apa kurangnya saya, Rin? Tell me, I can do better!”

Adrin Daylan memandang Alena dengan sinis. Wajah semakin dingin.

“Setahun… and I feel nothing! That means… you are useless! Let’s get divorce.”

Seriously?

“Rin!!!”

Melihat Adrin Daylan putar tubuh, mahu berlalu pergi, Alena rentap tuala yang membalut punggung Adrin tanpa fikir panjang. Dia belum selesai dengan lelaki itu! Tak akan dia biar Adrin berlalu macam tu je.

Terbelalak biji mata melihat tuala putih berkibar-kibar di tangan. Terlepas ke? Bodohnya Adrin! Asal tak simpul kuat-kuat?

“Arisa Alena!!!”

Oh, darn!

Alena tak berani alihkan arah anak mata. Kulit muka dah merah bak tomato ranum. Tanpa rasa malu, Adrin berdiri di hadapan Alena, cekak pinggang. Wajah merah padam, hampir bertukar jadi naga jelmaan dari neraka.

Alena terkebil-kebil. Kedudukan mereka berdua, serius sangat berbahaya, sangat-sangat berbahaya! Andai dia tarik wajah, sikit je buat pergerakan wajah… pasti bakal terbentuk jari-jari kecil dalam rahim, sekaligus menamatkan kutukan keluarga Adrin terutama nenda dari neraka itu bahawa dia mandul, tak mampu beri mereka pewaris. Malangnya, Adrin Daylan bukan lelaki sembarangan! Alena cukup masak tentang itu.

“Arisa Alena, do you want me so bad?” wajah mengejek ditayang, “dream on! You are disgusting!” Tapak tangan Adrin melekap di wajah Alena, sebelum menolak dia dengan kasar, hampir je Alena jatuh terlentang di lantai. Dasar terpaling hanat!

Tuala dalam genggaman dirampas. Adrin kembali membungkus punggung sambil lempar tatapan jijik kepada Alena. Bibir terherot senget. Bergegas menuju ke almari pakaian untuk memakai baju.

“You disgust me. Let’s divorce!” Sambil jemari rancak menarik baju yang tergantung, Adrin bersuara kasar.

Alena susah payah bangun. Bukan kerana tercedera, baju yang dipakai agak ketat, menyukarkan pergerakannya. Nak harap laki bekunya hulur tangan? Mimpi! Setelah tubuh terpacak tegak di hadapan Adrin Daylan, Alena balas tatapan lelaki itu yang jelas sedang mengejek dia.

Tak guna!

Apa lelaki itu ingat dia akan menangis, meraung dan berlutut merayu supaya dia tidak diceraikan? Mimpi!

“Cerai?” Alena tanya dengan sinis.

“Saya tak nak dengar penolakan. Keputusan saya muktamad,” tegas Adrin tanpa ekspresi. Hanya beku sebekunya.

“Saya setuju dengan syarat…”

“You don’t make a deal with me, Arisa Alena!” Adrin bentak kasar, mencantas kata-kata Alena. Adrin bergerak laju menuju ke meja kabinet usai berpakaian. Sekeping kad berwarna hitam ditarik keluar dari dalam dompet lalu Adrin lempar ke arah Alena. Tepat mengena di wajah Alena.

“For you! Use it while you are my wife. Selepas keluar sijil cerai, blah dari rumah ni dan jangan sesekali muncul depan saya!”

Alena ketap rahang sekuat hati, sampai bergeser gigi geraham.

“Kau ingat kau boleh buat apa saja dengan duit kau yang berlambak tu ke, hah?” tempelak Alena. Tanpa gentar dia tentang sepasang mata Adrin yang semakin marak apabila dijawab.

“Itu sikap kau, mata duitan! In fact, kau setuju jadi isteri saya kerana diupah.”

“Kau tahu saya terdesak masa tu!” Alena pertahankan diri. Dia bukan mata duitan seperti tuduhan Adrin.

“Whatever!” Adrin pusing tubuh, tak berminat mahu teruskan perbualan. Bergegas Adrin dapatkan telefon bimbitnya yang berlagu kuat di atas meja solek.

“Just wait, I’m coming!”

Usai menyambut panggilan, Adrin memandang cermin, meneliti wajah dan penampilannya dengan teliti. Alena memandang tajam.

“Rin, hari ni ialah ulang tahun perkahwinan kita. Can you stay with me? Saya dah sediakan…”

“Nope! I’m going out!”

Alena tarik nafas panjang. Cuba kumpul kesabaran. Melihat Adrin buru-buru keluar bilik menuju ke pintu keluar, Alena kejar laju lalu memaut lengan Adrin.

“Please don’t go, Rin. Let’s spend some time together.” Alena masih tak putus asa dan cuba memujuk, sekali lagi.

“Let me go! Kau tak faham bahasa ke? Perempuan memang menyusahkan!” Sekali lagi, tubuh Alena ditolak dengan kasar dan melanggar dinding. Alena meringis kesakitan.

“I don’t need some time with you, what I need the most is to divorce you, Arisa Alena!”

Alena tertawa sinis. Nampak tak bertapa bencinya lelaki itu kepada dia? Perlahan, dia menapak, menghampiri Adrin. Baju kemeja yang membalut tubuh sasa itu Alena kemaskan. Adrin hanya pandang dingin.

“Pergilah… tinggalkan isteri kau sorang-sorang di rumah untuk temankan kekasih hati kau tu. I know you can’t, you can never touch me, Adrin Daylan. Setahun perkahwinan kita dah cukup sebagai bukti yang kau lelaki abnormal. Sayang… kau punya segalanya yang jadi idaman semua lelaki di dunia. Tapi kau… tak berfungsi!”

Marak mata Adrin dengar. Tangan Alena direntap kasar.

“Apa maksud kau hah?!” bentak Adrin lantang. Alena tarik kasar tangannya dari cengkaman Adrin.

“Kau faham maksud saya. Dah, kau boleh keluar. Kesian orang tu tengah tunggu kau. Lambat sikit, tak berhenti telefon kau bunyi. Buat sakit telinga. Keluar!”

Tubuh Adrin ditolak kasar ke luar pintu. Dengan pantas, Alena hempas daun pintu, hampir melanggar puncak hidung Adrin Daylan. Tercengat depan pintu, Adrin genggam penumbuk. Tak dia duga Alena akan bertindak seberani itu. Selama ini Alena akur, tidak pernah melawan. Apakah kerana mereka bakal bercerai Alena mula keluarkan tanduk syaitannya?

“Arisa Alena!”

Adrin tolak daun pintu dengan kasar. Dia tak selesai lagi dengan perempuan itu.

BAKKK!!!

“Makan! Saya buat kek ni khas untuk kau!”

BANG!

Alena hempas pintu lalu dia kunci dari dalam. Adrin tercengang. Habis wajah dipenuhi kek. Sebiji kek Alena tempek di wajah dia.

“ARISA ALENA!!!”

Bergegar satu bangunan mewah itu dengan tempikan berapi seorang Adrin Daylan. Wajah diusap kasar. Secebis kek masuk ke dalam mulut.

Bibir dijilat laju. Celaka, sedap juga!

New baby, hope you guys like it. Bacaan MATANG tp tk terlalu merbahaya kpd bot² kecil ya ekeke, citer ni perlu dibuka dengan koin, hanya empat bab pertama boleh baca percuma. Ini menggantikan Encik Teruna yg dah menemui kebahagiaan dengan bidadarinya. Kpd yg sudi baca, thank you, lots of love n hugs dri jauh, muah!

Share this novel

Ogygymmy Abdul Rahim
2024-10-12 20:53:18 

mandakz..trbaik..prolog pn da best suke sgt2..ayat2 mndakz pn sntiasa best walaupn kne sumpah buat sya senyum swg2..


NovelPlus Premium

The best ads free experience