2 Neraka

Romance Completed 93047

“Maaf, maaf bos!” Alena langsung tidak berani angkat wajah. Kelam kabut dia cuba bangun dan jauhi tubuh sasa berbau sangat harum memukau kalbu itu.

“Are you…” Adrin Daylan hunus tatapan seperti seorang pembunuh upahan ke wajah Alena, “trying to seduce me?”

Usai kata, Adrin beri isyarat pada lelaki di sebelah. Sekotak tisu dihulur kepada Adrin. Dengan pantas, Adrin tarik beberapa helai tisu lalu dia lap bahagian dada dan tangan dengan kasar.

“Tak, tak mungkin!” Laju Alena geleng, siap goyang tapak tangan ke kiri dan ke kanan sambil tunjuk wajah sungguh-sungguh. “Manalah saya berani nak goda bos. Kesilapan teknikal bos, sumpah saya takde niat.”

Adrin Daylan lempar tatapan sedingin Kutub Selatan. Bingkas dia bangun menegakkan tubuh. Alena pantas undur setapak. Danger alert!

“Don’t ever…” Alena tersentak kaget apabila batang tengkuknya disambar oleh tapak tangan kekar Adrin Daylan, “come near me, ever! Again!”

“Urgh… b-bos!” Alena rentap pergelangan tangan Adrin Daylan, meronta cuba lepaskan cengkaman utuh Adrin pada batang tengkuknya.

“Are we clear?” Suara dalam penuh aura merbahaya yang Adrin Daylan muntahkan dari bibir buat sekujur tubuh Alena kejung sebentar. Sorotan ganas sepasang mata Adrin berjaya buat Alena rasa gentar, hanya sedikit!

Rontaan Alena mati sebaik sahaja Adrin Daylan melepaskan cengkaman. Dengan pantas Alena menjauhkan diri. Batang leher yang terasa kebas Alena usap perlahan.

“Baik, bos!” Usai kata, kelam kabut Alena pusing tubuh dan bergegas pergi dari situ.

“Macamlah kita ni hadap sangat bos dari neraka tu. Apa dia ingat muka dia banyak hensem semua perempuan terhegeh-hegeh kat dia ke? Puih! Orang tak hingin pun!” Sedang gigih buka langkah, mulut juga gigih kumat kamit, mengutuk!

Adrin Daylan pandang pemergian Alena sambil genggam penumbuk. Dia dengar jelas umpatan Alena. Hati bagai diperah-perah. Berani sungguh!

“Enough, Rin. Tak perlu beri perhatian pada pekerja bawahan kurang ajar macam tu. Buang je perempuan tak sedar diri tu!” Satu suara maskulin menyampuk di belakang Adrin Daylan. Bahu Adrin dipaut lembut.

Adrin mengeratkan genggaman buku limanya. Sampai keluar urat besar di lengan. Ya! Pasti akan dia lakukan. Cuma, lepaskan perempuan tak sedar diri tu macam itu saja, tak mungkin! Dia mahu lihat penderitaan, bukan senyum kemenangan di wajah perempuan hodoh itu. Itu pengajaran kerana berani mencabar seorang Adrin Daylan. Dengan kasar, Adrin rentap beberapa helai tisu dari kotak tisu lalu mengelap tangan dan lengan. Mahu hapuskan bekas sentuhan gadis itu.

Alena meluru keluar dan terus menuju ke meja kerjanya. Wajah masam mencuka. Beberapa kali jemari naik mengusap leher yang masih terasa pedih akibat dicekik tadi.

Adrin Daylan!

Apa kau ingat kau bos bererti kau boleh buat suka hati kepala otak mak kau hijau ke hah? Kau nak cari pasal? Kau silap besar, Adrin Daylan!

Batin rancak bermonolog.

Tengah atur langkah macam orang sedang tahan kencing akibat terkocoh-kocoh dan masih dikuasai rasa marah teramat, tiba-tiba lengan Alena direntap oleh seseorang.

“Lena, come here!” Lengan Alena ditarik menuju ke penjuru, agak terselindung dari pandangan.

“Apa kata bos?” Izah terus lontar soalan sambil renung Alena dengan wajah terpamer ketidaksabaran.

“Kau dengar pulak tadi, bos devil tu nak pecat saya.”

Izah lempar pandangan simpati. Lengan Alena digosok perlahan.

“Maaf, Lena. Semua salah saya.”

“Tak perlu minta maaf, Izah. Dari awal pun memang salah bos syaitan tu. Dan kau tak perlu risaulah, saya tak dipecat. Mr devil tu takkan boleh pecat pekerja sesuka hati.”

“Kau… gaduh dengan bos hensem kita tu ke?” Duga Izah. Bukan baru setahun dua dia kenal Alena. Pantang ditindas, lantang bersuara! Betul, dia dengar jelas Adrin Daylan pecat Alena tadi. Tiba-tiba pula Alena kata tak jadi kena pecat. Pasti berlaku sesuatu masa Alena meluru masuk ke dalam bilik mesyuarat tadi.

“Saya cuma pertahankan diri. Tak logik saya dipecat kerana kopi hanat tu, kau faham tak? Kalau kesalahan saya kerana kerja, saya boleh terima, Izah. Ni kerana kopi, ingat saya pengasuh dia ke?”

Izah terangguk-angguk, mengiyakan kata-kata Alena.

“Betul! Saya dengar bos hensem kita tu masih bujang. Kau tak rasa apa-apa ke masa bertentang mata dengan dia tadi?”

What the…?

Izah dah kenapa? Marak mata Alena saat dipaku ke wajah tersengih-sengih Izah, siap jongket-jongket kening minah depan dia ni.

“Bos hanat macam tu? Sorrylah Izah, biar Adrin Daylan satu-satunya lelaki di dunia, saya lebih rela mati kekal sebagai anak dara dari pilih lelaki tu, mengerti?!”

“Tapi Adrin hensem gila. Bayangkan baka super perfect dari keturunan Tuan Seth membesar dalam rahim kau, fuh!”

“Izah! Kau dah gila ke? Teruk sangat otak kau sekarang kan?!” Pantas batang tengkuk Izah dibelit oleh lengan Alena.

“Hahaha… jangan nak tipu saya, Lena. Kau juga bergetar tulang rusuk masa bertentang mata dengan Adrin kan? Baik kau mengaku!” Lengan Alena di lehernya Izah tarik lalu dipeluk erat.

“Mana ada! Saya tengah mengamuk okay, macam mahu siram je kopi panas tu ke muka Adrin Daylan!” Alena jawab jujur. Dia tengah marah, takde masa nak menghayati wajah ukiran sempurna milik Adrin Daylan. Bergetar tulang rusuk? Never!

“You dare do that to me?!”

Suasana sontak bertukar sepi. Terbelalak empat pasang mata itu apabila satu suara dalam tiba-tiba menyergah, muncul entah dari mana. Alena dan Izah berpandangan. Masing-masing kemam bibir. Saling berlaga siku, bertolak-tolak siapa yang mahu pusing tubuh lebih dulu untuk menghadap empunya suara dalam dan serak di belakang mereka.

“Arisa Alena!!!”

“Ya, bos! saya!” laju Alena jawab seraya memusing tubuh dan menentang sepasang mata dipenuhi bongkah ais batu itu.

Hanya sesaat kemudian, baru Alena sedar sesuatu. Adrin Daylan memanggil nama penuh dia. Mampus! Adakah Adrin sudah baca maklumat peribadi dia? Sungguh-sungguh mahu singkirkan dia ke?

Lelaki kacak di sebelah Adrin Daylan kelihatan membisikkan sesuatu di telinga Adrin. Tegak kuping telinga Alena, cuba curi dengar apa yang dibisikkan tetapi satu patah perkataan pun dia tak dapat tangkap. Hanya bunyi berdesis Alena dengar.

Selesai berbisik, lelaki itu lempar jelingan terpaling tajam kepada Alena. Sempat Alena terkedu menerima jelingan penuh kebencian itu. Dia cuma ada masalah dengan Adrin kan? Dah kenapa lelaki sebelah Adrin tu pula yang terover jeling-jeling? Cucuk mata tu kang! Adrin pula yang nampak tenang walaupun jelas terlihat garis bengang di wajah.

“I said… dare to dirt my face?” Adrin melangkah dingin menghampiri Alena. Hanya tinggal semeter berjarak dari Alena, lengan Adrin disambar oleh lelaki kacak itu. Adrin membantutkan langkah. Tatapan maha dingin tak dikalihkan dari wajah Alena.

“Eh, mana ada! Bos salah dengar kut. Manalah saya berani kotorkan muka hensem bos ni kan?” Alena leret sengih lebar dalam keadaan terpaksa. Nampak tak ikhlas langsung.

“You!”

Alena tercengang kaget apabila Adrin mara mendadak ke arahnya. Alena undur dengan laju. Hanya beberapa langkah, belakang tubuh menghentak dinding konkrit, buat pergerakan tubuh mendadak mati. Belum sempat buat apa-apa, Adrin mengunci Alena dengan meletakkan kedua-dua lengan di sebelah menyebelah bahu Alena.

“Jangan cabar saya! I have the power to crush you into dust.”

Alena telan perit air ludah dengar ugutan Adrin Daylan.

“Saya tak berani, sumpah! Errr… bos, boleh jarakkan sikit ruang tak? Tak manis, bos… dosa sentuh bukan mahram.”

Amboi!

Dalam keadaan seperti telur di hujung tanduk pun, Alena masih berani mahu menjawab, siap selit nasihat. Adrin ketap rahang. Sentuh? Rapat tapi tak bersentuhan pun! Melampau betul perempuan ni! Tidak pernah dia jumpa perempuan seberani Arisa Alena.

“You!!!”

Seraya jeritan keras Adrin terlontar, Alena melorotkan tubuh. Seperti lipas kudung dia menyerusup di celah-celah bawah ketiak Adrin, melepaskan diri dari kurungan Adrin. Biarkan tengkuk dicekik sekali lagi? Never!

“Saya pergi dulu, bos!” Lengan Izah disambar laju lalu Alena tarik, kelam kabut dia buka langkah meninggalkan tempat itu. Adrin tenung dengan mata marak. Penumbuk dikepal erat.

“She’ll pay for this!” gumam Adrin, perlahan tetapi penuh ketegasan.

“Kau nampak terganggu dengan gadis tu. Why, Rin?” Lelaki di sebelah menegur, wajah jelas terlihat tidak puas hati.

“She’s annoying, Zen! I hate this type of girl.”

Lelaki di sebelah yang dipanggil Zen itu mendengus perlahan.

“Dia tak layak diberi perhatian, Rin!”

Adrin angguk. Fikiran masih dipenuhi gadis itu. Dia tidak puas hati selagi tidak kenakan gadis tak sedar diri itu.

Masuk ke dalam bilik CEO, Adrin menghempas punggung di kerusi kerja. Aizen Qaiser, lelaki yang menemani dia tadi sudah beredar. Adrin duduk bersandar, jemari menari-nari di dagu licin, terjaga begitu rapi. Gigih berfikir sebelum punat interkom ditekan.

“Saya mahukan pakar memasang kamera tertutup. Hantar ke pejabat saya secepat mungkin.”

Lewat pagi keesokan harinya, Arisa Alena terhendap-hendap di tepi bangunan tempat dia cari rezeki itu. Begitu tinggi harapan agar tiada sesiapa yang sedar tentang kelewatan dia. Alena sudah minta tolong dengan Izah supaya punch card dia.

Ya, syarikat gergasi itu masih menggunakan sistem punch card kerana Tuan Seth kata cara itu masih relevan walaupun sudah banyak syarikat gergasi menukar sistem kehadiran staff kepada mesin yang lebih canggih, anti tipu dan lebih sistematik.

Masuk saja ke ruang lobi, Alena jatuhkan wajah, beg tangan dia naikkan untuk selindungkan wajah. Langkah dilajukan menuju ke arah lift. Berjarak hanya semeter menghampiri pintu, Alena lihat pintu lift hampir tertutup.

“Tunggu!!!” Alena jerit kuat, hampir berlari anak kerana tidak mahu ketinggalan lift. Kalau tertinggal, ambil masa lima ke tujuh minit untuk lift turun semula ke ground floor. Alena tidak mahu ambil risiko kerana dia sudah benar-benar terlewat.

Hampir tertutup, satu tangan naik, menghalang pintu lift dari merapat. Alena hembus nafas lega. Meluru dia masuk ke perut lift.

“Terima kasih, terima kasih banyak-banyak. Kalau sampai saya ketinggalan lift, tak tahu nak cakap apa. Dahlah saya memang dah lammm… berrr… erk…. anu…”

Bala!

Alena telan segumpal air ludah. Macam telan hampas padi. Perit! Melalui sudut peripera mata, dapat dia lihat dua sosok tubuh sasa di belakang, sedang merenung dia dengan tatapan maha dingin. Suasana dalam perut lift berubah sebaik sahaja Alena sedar siapa manusia yang berada bersama dia itu. Meremang bulu tengkuk!

Alena kemam bibir. Diam lebih baik. Wajah jatuh merenung hujung kasut.

“You are late, aren’t you?!” Woah! Dingin, menggerunkan, ada bau-bau neraka nada suara maskulin, serak basah dan terover seksi itu. Mencanak segala bulu halus di tubuh Alena.

Nak jawab ke tak nak? Batin bermonolog, membuat timbang tara. Tak berani langsung mahu gerakkan wajah untuk memandang ke belakang.

Dalam diam, sepasang mata tekun meneliti belakang tubuh Arisa Alena. Memakai blouse ala kemeja berbunga kecil ngam-ngam muat di tubuh bersama skirt duyung beropol di bawah separas bawah lutut, menayangkan betis bunting padi, putih mulus.

Interesting!

“Meet me at my office!”

Alena gigit bibir bawah. Mampus!

“Rin!”

Zen bersuara, kurang senang.

“Do you have to do that? Just fire her.”

Cis!

Alena jeling sebal. Lelaki bernama Zen tu memang hanat! Tukang hasut terpaling maha dewa di dunia kot.

Alena kekal diam. Tidak mahu tambah mengeruhkan keadaan. Dia tidak mahu hilang kerja. Kesihatan Bambam semakin merosot dan perlu dibedah segera.

“Baik, bos!”

Zen tarik wajah kelat. Lift yang dinaiki membawa mereka ke tingkat atas, iaitu tingkat presiden. Alena bergerak ke tepi sebaik sahaja pintu lift terkuak untuk memberi laluan kepada Adrin Daylan dan Zen keluar dahulu.

“Kau boleh pergi. I’ll call you later.”

Semakin mencuka wajah tampan Zen apabila Adrin beri arahan selepas mereka bertiga masuk ke dalam bilik pejabat Adrin. Dengan langkah berat sepertinya ada batu berat bergantungan di kaki, Zen berlalu pergi. Sempat lempar jelingan maha tajam kepada Alena. Hanya berduaan kini, suasana semakin kurang menyenangkan. Alena mulai berpeluh sejuk. Hanya berdiri tegak di hadapan Adrin.

Adrin biarkan suasana sepi. Bebola mata ralit di skrin komputer. Alena semakin keresahan dengan kesunyian yang mencengkam di ruang yang luas itu.

“You are five hours twenty minutes fifty two seconds late, Arisa Alena! Explain!”

Fuh! Gigih sungguh Adrin Daylan kira masa lewat Alena dengan terperinci. What the heck?! Serius, Alena langsung tergamam. Mujur mulut tak melongo.

“Li… lima jam? Saya selewat itu?” Gumam Alena perlahan, ditujukan untuk diri sendiri. Adrin mendengus. Dia punya sepasang telinga kelawar. Bisiklah macam mana sekalipun, dia tetap boleh dengar.

“Pack your things. Esok tak payah datang. Saya tak perlukan pekerja tak berdisiplin. You are fired!”

Dasar bos dari neraka!

“Bos, saya nak minta maaf banyak-banyak. Saya tak sengaja, bos. Ini pertama kali saya lewat. Saya janji perkara ni takkan berlaku lagi. Maafkan saya, bos. Please?”

Alena tayang wajah paling comel di hadapan Adrin. Malangnya, riak muka Adrin tak seperti yang dia harapkan. Apa hodoh sangat ke muka dia di mata Adrin, huh? Mengecewakan!

“Out!”

Argh!!!

Alena tak nak mengalah. Dia perlukan kerja itu! Lelaki seperti Adrin takkan pernah faham bagaimana kerasnya kehidupan zaman kini. Lebih-lebih lagi apabila ada ahli keluarga yang sakit.

“Saya perlukan kerja ni, Tuan Adrin… saya merayu… tolong beri saya peluang sekali lagi!”

“Be gone!”

Cis!

“Tak nak!”

“Tak nak?!” Terjegil biji mata Adrin.

“Saya tak nak! Kalau tuan tak nak beri saya peluang, saya akan jumpa dengan Tuan Seth. Saya yakin Tuan Seth pasti faham tentang masalah yang saya hadapi.”

Wajah kacak Adrin berkeriput. Dia diugut? Berani sungguh gadis di depannya itu! Adrin Daylan lempar senyum tipis, penuh kesinisan, juga ada aura kejahatan yang sangat berbahaya.

“Then, starting from tomorrow, you’ll be moving here.”

Neraka itu pasti! Dan dia akan wujudkan neraka jahanam di setiap ruang teritorialnya buat Arisa Alena supaya gadis itu dengan rela hati meletak jawatan tanpa perlu mengugut dia. Masa tu kelak, Alena akan sedar tinggi rendah langit tempatnya berpijak.

“Saya ke?” Alena membeliakkan mata sambil tunjuk diri sendiri. “Kenapa?”

“You’ll work with me!”

“Saya tak…”

“You don’t make a deal with me, Arisa Alena! Tak nak kau boleh berambus dan jangan sesekali muncul depan saya lagi!”

“Ya, bos! Understood. Saya pergi dulu.”

Menonong Alena pergi. Wajah tegang tak bergaris. Dalam hati, berbakul sumpah seranah buat bos dari neraka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience