Beberapa hari sebelum dia pergi ke Pulau Pangkor, Qalisha sedang menyemak beberapa fail yang diserahkan Papanya tadi sebelum dia membawanya ke Pulau Pangkor.
Tok!!
Borhan masuk kedalam apabila melihat Qalisha memberikan isyarat agar dia masuk kedalam.
" Sorry Cik Qalisha. Errr ni dari Tan Sri Shamsul, Ticket perjalanan untuk Cik Qalisha. " Kata Borhan.
" Letak je Bang kat sini. " Kata Qalisha.
" Lagi satu Bang, boleh Qa tahu, siapa yang buat proposal untuk projek dengan Syarikat Teguh Bersama tu? " Tanya Qalisha.
" Kalau Saya tak silap, Shah? Kenapa Cik Qalisha? " Tanya Borhan.
" Abang duduk jap. " Panggil Qalisha.
Borhan mengikut apa yang diperintahkan oleh Qalisha. Dia duduk berhadapan Qalisha.
" Abang tengok ni? Kenapa kosong dia dikurangkan? Kalau macam ni, Syarikat boleh rugi. " Kata Qalisha.
Borhan mengambil fail dan membaca bahagian yang ditunjukkan Qalisha tadi. Dia meneliti setiap perkataan yang tertulis diatas kertas.
" Hampir empat ratus ribu ni Cik Qalisha kerugian Syarikat. Nasib baik Cik Qalisha cek dahulu sebelum Tan Sri Shamsul arahkan Sabrina ke Syarikat Teguh Bersama. " Kata Borhan.
" Takpe. Biar saya handle. Lagipun saya masih ada kat sini esok. Saya akan jumpa projek manager Teguh Bersama besok. " Kata Qalisha.
" Nak saya panggilkan Shah? " Tanya Borhan.
" Tak payah. Cuma bagitahu Papa, saya akan handle projek Teguh Bersama tu. " Kata Qalisha.
" Baiklah. " Balas Borhan.
" Ada apa-apa lagi Cik Qalisha? " Tanya Borhan.
" Takde dah. Abang Borhan dah boleh keluar. " Kata Qalisha.
" Baiklah. Kalau ada apa-apa, panggil saya terus. " Kata Borhan.
Qalisha menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.
Dia kembali fokus pada proposal yang ada didepannya. Meneliti setiap rincian tugas yang ditaip oleh Shah.
" Aku musykil sekarang ni? " Tanya Qalisha.
Pintu ruangannya ditolak dari luar. Dia mendongak kedepan melihat wajah muram Papanya.
" Yes Pa? " Tanya Qalisha.
" Apa yang Lisha buat ni? " Tanya Tan Sri Shamsul.
" Buat apa? " Tanya Qalisha tak faham.
" Baru je Haji Ahmad call Papa. Dia bagi tahu, Lisha ada hantar pesanan pada Hajah Fatimah Lisha nak putuskan pertunangan ni? " Tanya Tan Sri Shamsul.
" Ye? Ada salah ke keputusan Qa tu? Qa rasa takde yang salah. " Kata Qalisha.
" Memang takde salah. Tapi boleh tak Lisha sabar. Mungkin Ryqarl dalam tugasan. Lisha tak boleh buat macam ni. " Kata Tan Sri Shamsul.
" Qa taknak bahas soal ni. Qa dah buat keputusan. " Kata Qalisha.
" Papa tak setuju. " Kata Tan Sri Shamsul.
" Why? Bagi Qa 10 sebab kenapa papa tak setuju. " Kata Qalisha turut sama menunjukkan bahawa keputusannya muktamad.
" Papa kata papa tak setuju. Faham!!! " Herdik Tan Sri Shamsul membuatkan Qalisha terkesima mendengar suara tinggi papanya.
Tan Sri Shamsul keluar dari ruangan anaknya dalam keadaan marah yang tak mampu dibendung nya.
Masuk saja keruangannya, Dia mundar mandir memikirkan keputusan gila yang dibuat anaknya.
Sedangkan Qalisha di ruangannya bersandar sambil memejamkan matanya rapat.
" Sampai macam ni kejadiannya. Astaghfirullah. " Kata Qalisha teresak.
Dia mencapai handbag nya serta fail yang sedang di telitinya lalu pergi dari pejabatnya. Pergi kemana saja yang mampu membuatnya tenang.
" Cik Qalisha nak kemana? Kejap lagi Puan ada meeting dengan Client... " Belum habis secretary nya bercakap dia sudah membalas.
" Batalkan semuanya. " Kata Qalisha.
" Tapi Cik Qalisha. " Kata Secretary nya.
" Saya cakap Batalkan!! Awak faham tak?!!! " Tengking Qalisha.
Tan Sri Shamsul yang mendengar tengkingan Qalisha cepat-cepat keluar mencari tahu apa yang terjadi.
Tan Sri Shamsul melihat Qalisha berada didalam lif menuju kebawah. Dia melihat Liana Secretary anaknya itu teresak atas tengkingan Qalisha.
" Liana, maafkan Lisha. Mood dia sedang tak stabil sekarang. Saya harap awak faham. " Kata Tan Sri Shamsul.
" Tak pe Tan Sri, saya faham. Saya hanya terkejut dengan suara Cik Qalisha. " Kata Liana.
" Maaf sekali lagi. " Kata Tan Sri Shamsul dan berlalu dari sana.
Hyqarl menerima panggilan dari Abahnya yang berada dirumah mereka.
" Kenapa Bah? " Tanya Adam Hyqarl.
" Ummi terima pesanan dari Qalisha. Tunang Ryqarl. " Kata Haji Ahmad.
" Pesanan? Pesanan apa Bah? " Tanya Adam Hyqal lagi.
" Dia memutuskan pertunangan dengan Ryqarl atas sebab dia dah tawar hati. " Kata Haji Ahmad.
" Hahh?? Tak mungkin Bah. Bukannya Qarl selalu cakap yang tunang dia sayangkan dia sangat-sangat? " Tanya Adam Hyqarl.
" Perempuan mana yang sanggup menanti Hyqarl. Kalau Abah pun, Abah akan buat apa yang Lisha buat sekarang ni. " Kata Haji Ahmad.
" Kemaruk sangat ke dia tu nak kahwin? " Tanya Adam Hyqarl geram.
" Takde perempuan yang rela ditinggalkan. Ni kan pulak hanya tinggal beberapa bulan majlis? " Tanya Haji Ahmad.
" Bukan sebab kemaruk sangat nak kahwin? Betul-betul buat Hyqarl naik angin perempuan ni. " Kata Adam Hyqarl.
" Jangan cakap yang bukan-bukan Hyqarl. " Kata Haji Ahmad.
" Habis tu? Kenapa tiba-tiba dia nak putuskan pertunangan tu? " Tanya Adam Hyqarl.
" Tapi mungkin itu jalan yang terbaik. Tengok perangai kamu ni, Abah takut kamu akan sia-siakan hidup Qalisha. " Kata Haji Ahmad.
" Kenapa Abah cakap macam tu? " Tanya Adam Hyqarl.
" Tengok perangai kamu, Abah takut kamu tak boleh nak jadi seperti Ryqarl. Ingat, apa janji kamu pada Ryqarl 7 bulan lepas Hyqarl. Kamu janji akan tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami pada Nelly Qalisha.
" Kalau dia dah minta pertunangan di putuskan, maknanya Hyqarl dah tak perlu nak tunaikan janji tu. " Kata Adam Hyqarl.
" Ikut suka Hyqarl. Abah taknak masuk campur lagi lepas ni. " Kata Haji Ahmad lalu mematikan panggilannya.
" Sial!!!!! " Teriak Adam Hyqarl kencang.
Fedry melihat kemarahan Hyqarl di dalam ruangan itu. Dia pasti ada kena mengena dengan tunangan Ryqarl.
" Apa hal? " Tanya Fedry menapak masuk ke ruangan temannya itu.
Adam Hyqarl menarik cepat nafasnya. Amarahnya memuncak saat ini hanya kerana perempuan yang dia tak pernah kenal langsung.
" Siallll.... Dia yang buat hal, kenapa aku yang kena? " Tanya Adam Hyqarl.
" Calm down Bro. Tarik nafas tu. Bawak minum. Then story kat aku. Kenapa? " Tanya Fedry.
" Perempuan tu benar-benar buat aku naik hantu. Dia yang putuskan pertunangan, tapi aku yang dipersalahkan Abah. " Kata Adam Hyqarl.
" What? Good Story. Tak payah nak fikir-fikir lagi tentang pernikahan bodoh ni. " Kata Fedry.
" Kau ingat, Abah dan Ummi aku akan setuju? " Tanya Adam Hyqarl.
" Kenapa? " Tanya Fedry.
" Cantik sangat ke perempuan tu? Mana lagi cantik Alina atau dia. " Kata Fedry.
" Entah. Aku pun tak tahu. " Kata Adam Hyqarl.
" Kau tak tahu? " Tanya Fedry.
" Sebab aku tak pernah jumpa dia. " Kata Adam Hyqarl.
" Dahlah. Jangan fikir lagi. Lagi baik kau fikir soal kerja kau kat Pangkor tu. Ada faedah. " Kata Fedry.
" Felicia bila due? " Tanya Adam Hyqarl.
" 3 bulan lagi. " Kata Fedry.
" Dah jadi Daddy dah kau. " Kata Adam Hyqarl mula melupakan panggilan yang diterimanya tadi.
" Hoii, aku ada cerita. Benda ni dah lama tau. Aku dan Felicia pun dah lama tak jumpa dia. " Kata Fedry.
" Cerita apa? " Tanya Adam Hyqarl.
" Pasal kawan kitorang, yang aku bagitahu kau dulu. " Kata Fedry.
" Okey kenapa? " Tanya Adam Hyqarl.
" Felicia nak jumpa dia. Tapi aku tak tahu mana nak cari. " Kata Fedry.
" Kau cuba godam telefon bimbit dia. Mana tahu dia masih guna nombor lama ke? " Tanya Adam Hyqarl.
" aku dah cuba dah. Macam dia ubah nombor lah. " Kata Fedry.
" Nel, Nel. Mana kau sekarang. " Kata Fedry.
" Siapa cantik Si Nel dengan Alina? " Tanya Adam Hyqarl cuba buat Fedry pening.
" Of course Nel. " Kata Fedry.
Berubah wajah Hyqarl apabila mendengar, Fedry memilih temannya berbanding Alina Princess di pangkalan mereka.
Share this novel
Saya byr coins novel rm19. 90 Tapi msh tak dpt baca next chapter