Sejak semalam lagi Nelly Qalisha tidak dapat melelapkan matanya. Majlisnya bersama sang tunang semakin dekat.
Namun siapa sangka Sang tunang buat hal apabila menghilang tanpa dapat dikesan olehnya. Jangankan Sang tunang, family nya juga tidak dapat dihubungi olehnya.
Tok.. Tok.. Tok..
Lisha. Qalisha, bangun nak. Tak pergi kerja ke? " Tanya Ibunya Puan Sri Sandra.
" Ye Bu. Qa dah bangun dah. Qa nak siap kejap. " Jawabnya dari arah dalam.
Bangun dari pembaringan, dia melangkah kearah almari pakaiannya. Dia membelek-belek pakaian yang ada didalam almari.
" Haihhh... " Keluhnya perlahan.
" Apa lah nasib aku ni. Ada tunang, tunang hilang tak tahu kemana? " Kata Nelly Qalisha.
" Waktu berjalan majlis tinggal berapa bulan je. " Katanya lagi sebak. Bukan apa dia taknak memalukan keluarganya.
" Lisha jangan nak lambat-lambat lagi, papa dah nak jalan ni. " Panggil Puan Sri Sandra.
" Bagitahu Papa, Papa gerak lah dulu. Lisha nak singgah galeri kejap. " Teriak Nelly Qalisha dari dalam bilik.
" Tak habis-habis dengan galeri dia. Mana tak Si Ryqarl pergi. " Kata Puan Sri Sandra.
" Kenapa tu Bu. " Tanya Tan Sri Shamsul.
" Apalagi kalau bukan anak tunggal Papa tu. " Kata Puan Sri Sandra.
" Biarlah. Mungkin dia tengah stress tu Bu. Kita tak boleh paksa dia. Nanti dia tertekan. Ibu nak ke Lisha tu lari kalau tak bunuh diri. " Kata Tan Sri Shamsul.
" Apalah Papa ni. Sampai ke situ Papa fikir? " Tanya Puan Sri Sandra.
" Herm Lisha kata apa? " Tanya Tan Sri Shamsul.
" Dia bagitahu Papa gerak lah dulu. Dia nak ke galeri kejap. " Kata Puan Sri Sandra.
" Yelah, Papa gerak kerja dulu. Takut lambat. Papa ada meeting jam 9 nanti. " Kata Tan Sri Shamsul.
" Papa hati-hati ye bawak kereta tu. " Kata Puan Sri Sandra.
" Yelah. Nanti apa-apa atau nak ke pasar basah, Ibu bagi tahu Pak Saleh ye. " Kata Tan Sri Shamsul lalu mengucup pipi kanan isterinya.
" Baiklah. Papa jangan main mata tau kat pejabat tu. " Kata Puan Sri Sandra.
" Main mata dekat Lisha je. " Kata Tan Sri Shamsul bergurau.
Tan Sri Shamsul melangkah menuruni anak tangga dari tingkat satu dan terus menuju ke pintu utama Rumahnya.
Dia menoleh sekilas kebelakang dan melambaikan tangannya pada sang isteri dan dibalas lambaian oleh Puan Sri Sandra.
Melihat kelibat suaminya menghilang di balik pintu utama, Puan Sri Sandra kembali ke bilik untuk melanjutkan membaca novel yang baru dibelinya.
Nelly Qalisha yang baru saja siap berpakaian dan menacap sedikit wajahnya dengan foundation. Melihat penampilan dicermin, rambut yang diikat kemas dan baju blouse berwarna hijau berbunga kecil menampakkan lagi aura positif, walaupun perasaan nya sekarang kacau bilau.
Dia keluar dari dalam bilik dan menuju turun kebawah. Meja makan terlihat kosong. Hanya ada sepinggan kuih karipap dan segelas air susu panas.
Langsung dia tidak menjamah, Nelly Qalisha terus keluar dari rumah dan melangkah masuk kedalam kereta miliknya.
" Ya Allah, Engkau permudahkanlah perjalanan hidupku hari ni. " Kata Nelly Qalisha.
Dia memulakan pemanduannya menuju ke galeri miliknya yang dihadiahkan oleh papanya.
Galeri yang sekarang baru siap 50 peratus selepas dia mengubah suai separuh dari ruang didalam galeri itu, dilihat tanpa perasaan.
" Kalaulah aku boleh ulang semula waktu, aku taknak kenal dengan Awak Ryqarl. Sakit yang kau buat kat aku sekarang ni. " Kata Nelly Qalisha.
Perlahan-lahan airmata yang ditahan mengalir jua. Tak menyangka akan sesakit ini bila dikhianati.
" Kuatkan aku ya Allah. Mungkin ni yang aku kena tanggung dengan keluarga aku. Aku kena tanggung malu yang bukan sahaja akan meninggalkan kesan pada aku. Tapi pada Family aku juga. " Katanya.
Perlahan-lahan dia menarik dalam nafasnya lalu menghembuskannya berharap sesak didada menghilang. Dia taknak orang sekeliling mentertawakannya.
Tan Sri Shamsul menanti kedatangan anaknya. Dia melihat jam ditangannya dan mulai risau. Baru saja dia menghubungi isterinya bertanyakan soalan keberadaan anak tunggalnya.
Namun isterinya menyatakan bahawa Qalisha sudah pergi ke pejabat sekitar 30 minit tadi.
" Kemana dia ni? " Tanya Tan Sri Shamsul.
Toktok!!
" Masuk. " Perintah Tan Sri Shamsul.
"Tan Sri maaf ganggu. Ada seseorang menanti Tan Sri di ruang mesyuarat. " Kata Asistennya Borhan.
" Siapa Borhan? " Tanya Tan Sri Shamsul.
" Saya pun tak tahu siapa. Tapi.. " Kata Borhan terhenti.
" Kenapa? " Tanya Tan Sri Shamsul.
Borhan menggaru-garu kepalanya. yang tidak gatal.
" Tapi kenapa? " Tanya Tan Sri Shamsul bertanya lagi.
" Sebaiknya Tan Sri pergi ke bilik mesyuarat. Saya takut jika Cik Qalisha.. " Kata Borhan.
" Why Lisha? " Tanya Tan Sri Shamsul.
" Tan Sri sendiri lihat. " Kata Borhan.
Tan Sri Shamsul tak mampu menolak. Akhirnya dia bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari pejabatnya dan diiringi oleh Borhan.
Sampai di depan pintu masuk bilik Mesyuarat, Borhan membantu menolak pintu kaca itu agar Tan Sri Shamsul dapat masuk kedalam.
" Assalamualaikum. " Sapa Tan Sri Shamsul melihat lelaki yang mengenakan celoreng tentera laut dihadapannya.
Lelaki itu menoleh dan melihat Tan Sri Shamsul dengan senyuman manis dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.
" Waalaikumsalam. Tan Sri Shamsul? " Tanya lelaki itu.
" Ye Saya. Awak ni? Adam Ryqarl? Tunangan Lisha? " Tanya Tan Sri Shamsul terkejut melihat lelaki itu..
Lelaki itu melihat Borhan dibelakang Tan Sri Shamsul.
" Borhan, awak keluar dulu. Bagitahu saya bila Lisha sampai. " Arah Tan Sri Shamsul.
" Baik Tan Sri. " Balas Borhan lalu melangkah keluar dari bilik Mesyuarat.
Hanya tinggal mereka berdua berada didalam bilik mesyuarat itu.
" Adam Ryqarl? Kan? " Tanya Tan Sri Shamsul lagi.
Lelaki itu menggelengkan kepalanya.
" Saya Adam Hyqarl. Abang Kembar kepada Adam Ryqarl. " Kata lelaki itu.
" Adam Hyqarl? " Tanya Tan Sri Shamsul.
" Ye saya Tan Sri. " Kata Adam Hyqarl.
" Kemana Ryqarl? " Tanya Tan Sri Shamsul ingin tahu apa yang berlaku pada tunangan anaknya.
Mereka berdua berbual didalam bilik mesyuarat hampir sejam lamanya. Tan Sri Shamsul terangguk-angguk mendengar cerita Adam Hyqarl.
" Saya harap sangat Tan Sri tak bagitahu pada tunang Ryqarl dulu. Saya perlukan masa. " Kata Adam Hyqarl.
" Saya faham. Hyqarl tak perlu risau. Jika ini boleh menyelamatkan dua keluarga, Saya takkan masuk campur. Mungkin Ada hikmah dari apa yang berlaku ni. " Kata Tan Sri Shamsul.
Akhirnya, Hyqarl meninggal kan Syarikat milik Tan Sri Shamsul tanpa bertemu dengan Qalisha tunangan kembarnya.
Lif yang dinaiki sampai ke tingkat lobi. Hyqarl menerima panggilan dari tempat kerjanya yang memintanya untuk segera kembali ke Pelabuhan..
" Okey tunggu sekejap. Saya On the way. " Kata Hyqarl berselisih dengan Qalisha yang sibuk melihat fail yang akan dibentangkan sekejap lagi.
Share this novel