" Minggu depan, Papa nak kamu pergi ke pulau Pangkor. " Kata Tan Sri Shamsul pada anaknya..
Nelly Qalisha yang sedang menyuap nasi ke mulutnya berhenti lalu melihat tepat wajah Papanya.
" Qa? " Tanya Nelly Qalisha.
" Ye Lisha. " Kata Tan Sri Shamsul.
" Selalu Papa hantar Shah kan? Tapi kenapa sekarang Qa? " Tanyanya lagi.
" Sebab Papa tak percayakan Shah. Papa lebih percayakan Lisha. Anak Papa. " Kata Tan Sri Shamsul.
" Pergilah. Lagipun nilah masanya untuk Lisha release tension Lisha kat pulau Pangkor. " Kata Puan Sri Sandra..
" Tapi Bu. " Nelly Qalisha ingin membantah.
" No bantahan. " Kata Tan Sri Shamsul.
" Iiisshhh. Benci lah Papa dan Ibu ni. " Kata Nelly Qalisha.
" Benci atau pun tak, Lisha tetap akan pergi pulau Pangkor tu. Urus proposal tu dengan cepat. Lepas tu tengokkan Papa. " Kata Tan Sri Shamsul.
Nelly Qalisha meletakkan sudu dan garpu diatas pinggan. Dia bangun lalu melangkah naik ke tingkat atas.
" Lisha... " Panggil Puan Sri Sandra.
" Qa dah kenyang. " Kata Nelly Qalisha dan menghilang di tingkat 2.
" Haihhh. " Keluhan Puan Sri Sandra terdengar lemah.
" Sabar lah. Papa buat semua ni untuk buat Lisha lupakan Ryqarl. " Kata Tan Sri Shamsul.
" Tapi kenapa? " Tanya Puan Sri Sandra.
" Nanti Papa cerita pada Ibu. Tunggu Lisha pergi pulau Pangkor Papa akan bagitahu semuanya. " Kata Tan Sri Shamsul.
Puan Sri Sandra tertanya-tanya apa yang suaminya nak bagi tahu padanya hingga terpaksa menanti anaknya pergi ke Pulau Pangkor.
Qalisha membuka pintu gelongsor balkoni nya dan terus melangkah keluar melihat gelapnya malam.
" Macam mana aku nak ke Pangkor ni? Aku kena urus lukisan yang orang nak beli tu sama tarikh dengan mesyuarat tu. " Kata Qalisha.
" Apa yang Engkau nak tunjukkan pada aku ya Allah. " Tanya Qalisha.
" Awak kat mana sekarang? Kalau betul awak dah taknak pada saya, Awak muncul dan terus terang. Saya boleh terima. Tapi jangan buat saya macam ni. " Kata Qalisha.
Angin tiba-tiba bertiup kencang menandakan hujan akan turun bila-bila masa.
" Pergilah, utamakan pada yang memerlukan kamu. Kerana hati dan perasaan mereka lebih penting daripada hati dan perasaan aku sebagai tunangan mu.. Mungkin mereka selalu ada bersama kamu. Berbanding aku. Pedulikan hati aku kerana aku tempat di mana kamu perlukan sahaja. " Kata Qalisha akhirnya menyerah.
Menyerah pada takdir yang sudah ditentukan. Dia takkan bersama dengan Ryqarl lagi selepas ini. Kerana hatinya cukup terluka saat ini.
" Mungkin ada sebab mengapa Papa hantar aku ke Pangkor. Aku terima jika ia demi kebaikan aku. " Kata Qalisha akhirnya.
Dia kembali masuk dan duduk di birai katil. Dia mengambil handphone nya yang tergeletak diatas tilam.
Dia membuka galeri yang penuh dengan kenangannya bersama Ryqarl. Satu persatu dia melihat dan semakin dia melihat semakin sakit yang dirasakannya didalam hati.
" Maafkan Qa Abang, Qa lepaskan Abang walau berat rasa hati ni. Tapi sampai bila Qa nak harap Abang untuk datang semula pada Qa. Sampai bila Qa harus menanti Abang? " Tanya Qalisha.
Akhirnya semua gambar yang penuh didalam galeri nya dihapuskan tanpa satu pun tertinggal.
" Ya Allah, aku mohon padaMu, kau tutup lah pintu hatiku dari mencintai lelaki lagi. Kerana aku takut merasa sakit dikecewakan lagi. " Kata Qalisha mengalirkan air mata.
Baginya malam itu adalah malam terakhir dia akan memikirkan soal tunangannya Adam Ryqarl. Hatinya telah mati.
Menangis semahunya hingga dia terlelap dalam linangan airmata.
" Papa.. " Panggil Puan Sri Sandra.
" Hermm?? " Tan Sri Shamsul melihat kearah isterinya yang duduk didepan cermin makeupnya.
" Kesian Lisha tu Ibu tengok. Tinggal berapa bulan lagi majlis, tunang dia buat hal. " Kata Puan Sri Sandra.
" Jangan buat andaian Bu. Kita tak tahu apa yang jadi pada Ryqarl. Sebab tu Papa cakap, Papa akan bagitahu Ibu juga bila Lisha dah berada di Pangkor nanti. " Kata Tan Sri Shamsul.
Dia teringat apa yang dikatakan Hyqarl padanya tadi. Dia taknak masuk campur dalam urusan peribadi anaknya.
Walaupun Qalisha anak tunggal nya. Namun dia mendidik anaknya itu dari kecil lagi agar tidak terlalu bergantung padanya dan isterinya.
Sebab tu jugalah dia percaya, Qalisha mampu menangani projek yang akan bekerjasama dengan syarikat besar Abangnya yang dijalankan oleh anak lelakinya sepupu kepada Qalisha.
Hyqarl duduk berhadapan Alia di sebuah Restoran terkemuka di tengah bandar.
Dia juga menempah sebuah meja untuknya dan Alina jauh dari pengunjung. Kerana dia ingin melamar Alina malam itu. Sebelum dia melanjutkan janjinya pada Ryqarl.
" Buat apa kat sini? " Tanya Alina yang cantik dengan gaun singkat tersarung ditubuhnya.
" Jom. Saya nak bahagiakan Baby malam ni. Saya nak baby ingat tempat ni lepas ni. " Kata Adam Hyqarl.
Alina terkejut melihat apa yang disediakan oleh Hyqarl untuknya. Bahagia yang dia rasakan saat itu membunuh rasa bencinya pada lelaki itu..
" Awak buat untuk saya? " Tanya Alina.
" Everything for you Baby. " Bisik Adam Hyqarl.
Dia menyerahkan bouquet bunga ros pada Alina. Huluran bouquet disambut Alina dengan perasaan bahagia.
" Will you marry me Sayang? " Tanya Adam Hyqarl.
Alina yang terkejut dengan lamaran itu, dia terus menganggukkan kepalanya laju.
" I will. " Balas Alina lalu memeluk erat tubuh Hyqarl.
" Thanks sebab memilih baby berbanding janji awak dengan Adik awak. " Kata Alina.
Adam Hyqarl hanya diam. Walaupun dia melamar Alina, namun dia akan tunaikan janji nya pada Ryqarl untuk menjadikan Nelly Qalisha isterinya yang sah.
" Saya harap sangat baby takkan tinggalkan saya saat susah dan senang. " Kata Adam Hyqarl.
" Saya akan setia pada awak. " Kata Alina.
" Walaupun saya jauh dari Baby, jaga hati Baby untuk saya seorang. " Kata Adam Hyqarl.
" Saya janji. Saya akan setia untuk awak seorang. " Kata Alina.
Hyqarl yang mendengar janji Alina merasa bahagia. Terasa ingin lari jauh dari janjinya, namun dia kena fikirkan air muka Ummi dan Abahnya.
" Lepas ni, saya taknak awak pergi jumpa tunang Ryqarl lagi. Walau apa pun yang berlaku. " Kata Alina.
" I promise. " Kata Adam Hyqarl.
Namun dia sudah susun jalan agar dia mampu mengotakan janjinya. Apa yang jadi lepas itu, dia tolak tepi semuanya.
" Minggu depan Saya akan bertugas di Pangkor. " Kata Adam Hyqarl.
" Berapa lama? " Tanya Alina.
" 1 month? Or 2 month. " Kata Adam Hyqarl.
" Takpe. Saya tunggu awak. " Kata Alina.
Namun tiada siapa tahu akan takdir Allah yang akan datang.
Share this novel