DUA || BULI

Fantasy Series 2341

"Hyera! Tunggulah wey!" suara lantang milik Jackson mula kedengaran dari jarak yang agak jauh.

Tanpa memandang mereka, aku mempercepatkan langkah. Aku tak nak bersemuka dengan mereka. Tak nak!

Hati aku masih tersisa geramnya. Mana tidaknya, kalau appa sendiri percayakan orang lain dari anaknya. Apa-apa semua salah aku. Aku yang dibuli pun still aku yang dipersalahkan. Appa tak tahu agaknya betapa aku terseksa tahan semua ini.

Ahh what the hell is going on?

"Kim Hyera! Tunggulah! Kau ni pekak ke?" sekali lagi suara lantang milik Jackcon memecahkan gegendang telinga aku. Tahi telinga yang dah lama terperap pun macam cair. Nasib baik tak terkeluar.

Tak, apa aku merepek ni? 

Serta merta aku memberhentikan langkah dan memijak pada bahu jalan di sebelah kanan. Aku memerhatikan mereka dari jarak jauh. Dengan berpakaian seragam sekolah, mereka berlari pantas mendekati aku sambil menggendong beg sandang berat di belakang mereka.

Nak kena terharu ke? Tak perlu rasanya. Pfft...

"Kau ni jalan laju sangat pahal? Fikirlah kitaorang jugak wey. Jangan tinggalkan kitaorang dekat belakang." Yugyeom mengeluh di hadapan aku.

Huh? Minta simpati?

"Aku tak suruh pun korang ikut. So biarlah aku nak buat apa, semak kenapa?"

"Ala janganlah macam ni, appa kau dah janji dah kan, kau pun kenalah janji sama dengan appa kau untuk handle kitaorang. For you, this is my first time to be here,"

Ujaran Youngjae itu cukuplah tidak masuk akal. Mana mungkin dia dapat menjaga 7 jejaka ini! Gila!

"Korang lelakikan? Pandai-pandailah survive, nak harapkan aku ke? Tak malu tengok perempuan yang jaga lelaki?"

"Mulut kau tu..."

"Diam, aku tak nak dengar apa-apa dari mulut busuk korang. Appa upah korang untuk jadi bodyguard aku, so sekarang aku tuan kau." kata-kata Mark tadi aku potong. Sumpah aku tak nak dengar sebarang bunyi dari mulut mereka.

"Tapi..."

"No excuse. Aku nak korang blah dari pemandangan aku. Aku nak view depan aku cantik without anything shit,"

"Wah kau, bahasa kau tu lawa sangatkan? Adab mana adab? Tak belajar ke?" jejaka LA yang fasih berbahasa Korea itu pula mencelah.

Aku sumpah malas nak layan! Kalau layan buat sakit hati aje, lebih baik aku blah.

"Mulai saat ini, korang bukan bodyguard aku lagi. Remember this, korang dengan budak sekolah aku tu semua sama. Sampah! Tak guna!" jelas aku menerangkan siapa diri mereka dalam hidup aku.

Aku menjeling mereka satu persatu sebelum melangkah pergi, lantaklah nak buat apa, I really don't give a shit! 

B.O.D.Y.G.U.A.R.D

"Aku tak fahamlah dengan minah tu, asal baran sangat?" soal Bambam dengan riak selambanya. Matanya tidak lepas memandang susuk tubuh seorang gadis yang semakin berjauhan dengan mereka.

"Aku rasalah mungkin sebab dia tak biasa berkawan la kot, that's why dia macam tu?" tebak Youngjae. Beg sandangnya dibetulkan beberapa kali.

"Kita kena ubah dia macam apa yang Mr Kim cakap, kita buat ni bukan saje-saje tau, ada bayaran. Kita buat ni sebab kerja bukan main-main." pesan Jaebum serius. Wajahnya sentiasa dikekalkan dingin.

Mereka membalas dengan anggukan serentak.

"Tapi tak akan nak biarkan dia terus macam tu sekarang? Aku tak hadaplah perangai manusia biadab macam tu!" Mark melontarkan ketidakpuasan hatinya. Mukanya jelas menampakkan dia sedang menahan marah.

"Hyung, kau kena sabar. Aku tahu kerja kali ni tak senang, tapi please janganlah macam ni." Jackson bersuara sambil memeluk bahu Mark. Lengan jejaka itu digosok perlahan agar jejaka itu sedikit tenang.

"Eyy gay ke macam mana ni?" suara itu datangnya dari bibir Jinyoung, jejaka yang sedari tadi mendiamkan diri.

Mereka yang lain hanya mendiamkan diri. Mark sudah menjeling tajam ke arah Jinyoung tanpa mereka sedari.

Bukan, mereka sedar peristiwa itu tetapi hanya mampu bersahaja. Takut nak masuk campur.

Jinyoung yang perasan suasana mulai tegang, secara refleks menggosok belakang lehernya. Eheh salah cakap ke?

"Kau memang minta mati ke, Jinyoung?" Mark menyoal dengan pandangan tajam dan menimbulkan suasana creepy antara mereka.

"Hah... aku rasa kita dah lambat, jom gerak sekarang!" ajak Jinyoung dan serta merta jejaka itu membuka langkah seribu untuk melarikan diri.

"Park Jinyoung!!"

B.O.D.Y.G.U.A.R.D

"Entah apa-apa la kan appa tu, nak suruh mamat-mamat senget tu jaga aku? Memang tak la aku dijaga kalau perangai serupa macam tu," pintu loker aku tutup dengan kasar. Puas hati aku.

Bayangkan kalau pintu loker itu muka 7 mamat tak guna tu, memang dah lama hancur aku kerjakan. 

"Hey girl,"

Hah sudah, bala lagi!

"Kau... buat tak apa yang aku suruh?"

Ok guys, inilah sebab aku tak nak pergi sekolah. Fikir aku ni kuli batak semua orang ke nak menyuruh aku buat itu buat ini?

"Belum,"

"Kau serius kau tak buat kerja aku?"

Pabo, pekak ke macam mana?

"Aku tak buat. Walau satu pun huruf," dengan berani aku memandang wajah mereka satu persatu.

Yes, mungkin kalau perempuan aku masih boleh handle, tapi...

ini badboy sekolah kot, siapa tak kenal diorang ni? Semua orang kenal!

Kau cakap je 'BTS' , semua orang lutut menggigil termasuklah aku. Yang peliknya, diorang still mendapat kepopularitian di dalam sekolah kerana apa?

Korang sendiri dah boleh agak rasanya sebab apa. Muka kacak macam itu, kaya mewah begitu, siapa sahaja tidak pandang?

"Wey, aku tanya kau ni?! Ada pulakan masa untuk kau termenung," Jungkook menumbuk loker di sebelahnya.

Aku sudah menggigil ketakutan di situ. Air liur yang tidak tertelan aku telan kasar.

"Sa... saya minta maaf, saya jan... janji sebelum balik saya siapkan,"

"Berapa lama lagi aku nak kena tunggu janji bodoh kau tu? Dah dua hari Hyera! Dua hari, masuk hari ni tiga hari kau tak siapkan kerja aku,"

Aku nampak, aku nampak matanya penuh dengan kebencian terhadap aku. Mata-mata pelajar lain yang memandang aku hanya membiarkan aku terus berada di dalam situasi ini.

Huh! Bodoh! Semuanya bodoh!

"Wey, agak-agaklah nak buli perempuan. Tak macho bro,"

Suara yang tidak asing sangat bagi aku mula kedengaran tidak jauh dari tempat aku berdiri.

Secara tidak sedar, selingkar lengan sasa hinggap diatas bahu aku. Dengan perasaan yang takut dan pilu, aku memandang gerangan pemilik tangan tersebut.

Jaebum.

Aku nampak dia memandang 7 jejaka di hadapan aku kini dengan pandangan dingin dan kejam. Buku tulis yang aku pegang sedari tadi, dirampas dan dicampak jauh dari kami.

Aku tergamam.

Aku perlahan-lahan memandang wajah Jungkook yang turut tidak percaya.

Gila wey, Jaebum baling buku kepunyaan Jungkook kot, memang mati la aku lepas ni.

"Jangan berani kau nak arahkan dia lagi," itu ayat terakhir yang dikeluarkan oleh Jackson sebelum BTS berlalu pergi tanpa kata.

Tetapi yang pasti, aku nampak jelingan maut dari Jungkook yang aku faham bererti 'kau akan mati!'.

"Hyera..."

Tanpa sempat Jaebum menghabiskan ayatnya, aku tolak lengannya dari bahu aku. Buku-buku yang berterabur aku kutip.

Dengan muka tebal, aku melangkah pergi.

Disebabkan dia, keadaan aku menjadi lagi parah! Sebab dia, hidup aku makin teruk! Kerana dia, hati aku sudah mati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience