Series
2341
KRINGGG...
Loceng yang aku tunggu sedari tadi akhirnya berbunyi, waktu rehat adalah waktu dimana aku akan lari dari semua manusia. Hanya waktu ini yang buatkan aku terasa aman dan bahagia.
Ke semua rakan sekelas aku melangkah keluar dari kelas, meninggalkan aku seorang diri tanpa menyapa atau mengajak. Takpe, aku dah biasa.
Selepas memastikan mereka semua pergi, aku mengemas ke semua barang aku dan disimpan ke dalam beg dengan kemas. Bekas makanan aku yang bawa dari rumah dibawa bersama.
Langkah kaki setia melangkah menaiki tangga sehinggalah ke rooftop sekolah. Dan di sinilah tempat aku setiap kali waktu rehat, mungkin orang lain akan ke kantin, tetapi bukan aku.
Pintu berwarna merah itu aku tolak, pemandangan gunung yang berada di belakang sekolah menjadi first view aku saat aku menjejakkan kaki ke situ.
Tenang. Itu apa yang aku rasa. Jauh dari kekusutan.
Mungkin hanya di sini tempat yang sesuai untuk aku, Jungkook dan rakannya juga tidak tahu aku berada di sini.
Huh, terasa hebat pula dapat tipu mereka. Tetapi mana mungkin perkara ini dapat bertahan, lambat laun mereka akan tahu juga. Iyelah sekolah ini bukan besar mana pun.
"Aku ingat kau tak akan naik sini,"
Suara itu membuatkan aku pantas memaling. Meremang bulu roma aku tatkala wajah itu menyapa pandangan. Wajahnya berseri bersama senyuman.
"Aku ingat kau dah lupa aku," katanya berdiri statik di situ.
"Jisung..."
"Kau tak rindu aku ke Hyera?"
"Kenapa..."
"Kenapa kau kejam sangat tinggalkan aku?"
"Aku..."
"Kau penipu Hyera! Kau penipu!"
"Jisung! Dengarlah dulu apa aku nak cakap!".
"Semua dari mulut kau adalah satu penipuan!"
"Aku tak percaya kau Hyera!"
Lelaki yang aku gelarkan Jisung itu berjalan menjauhi aku, langkahnya semakin dekat dengan pagar di rooftop itu.
"Jisung, jangan..."
"Aku tak patut percayakan kau..."
"Jangan tinggalkan aku!"
"Kau penipu, Kim Hyera!"
Tanpa aku sedar, jejaka itu menjatuhkan tubuhnya dari kawasan itu. Tubuhnya jatuh dari tingkat atas sekolah ini.
"Jisung!" dengan langkah yang lemah aku mengorak langkah menuju ke arah dimana Jisung menjatuhkan dirinya.
Dia... bunuh diri.
Aku pandang ke arah bawah, di mana ramai pelajar meluangkan masa rehat mereka di sana.
Terpaku...
Tiada apa yang berlaku. Keadaan kelihatan seperti biasa. Tiada tanda-tanda atau tindak balas dari mereka.
Adakah aku bermimpi?
Jisung? Kenapa?
Langit gelap dihiasi awan mendung dipandang dengan mata yang berair. Segala memori buruk dicungkil satu persatu dari kotak memori. Aku nak buang segalanya, segala memori buruk mahupun indah belaka, aku nak buang semuanya.
Aku tak nak ingat apa-apa. Hati aku dah mati untuk aku rasa bahagia. Aku tak layak untuk semua tu.
Jisung, maafkan aku.
[ flashback ]
"Hyera! Cepatlah woi, kau kata kau nak belanja aku ice cream!" jerit Jisung dari jauh.
Aku mengulingkan mata.
Tak menyabar betullah pak cik seorang ni.
"Kau reti sabar tak? Kau tunggu je la aku dekat seberang sana, aku nak betulkan rantai basikal ni kejap,"
"Cepat sikit, aku tunggu!"
Aku diam tidak membalas. Fokus aku hanya pada rantai basikal yang tiba-tiba buat hal.
Tak guna, waktu tengah syok dating ni la dia nak buat hal. Aku campak dalam Sungai Han baru tahu!
PINNNNNN....
BAMMM!
Secara refleks aku berpaling, mata aku membulat. Tubuh aku menggigil...
"JISUNG!!"
Aku berlari pantas mendekati jejaka yang di kelilingi orang ramai itu. Seorang demi seorang aku tolak menjauhi jejaka itu.
"Kau buat apa dekat sini?"
"La aku tengok kemalangan ni je pun, itu pun kena marah ke?"
"Tak, kau tu budak lagi, tak payah sibuk dekat sini. Biar orang lain settle, jom makan ice cream,"
"Jom, kau ni lambat betullah. Aku dah mengidam teruk dah ni,"
"Hah iyelah, cepat, nanti kedai tutup,"
[ end flashback ]
Aku tersenyum pahit mengenangkan jejaka itu. Kenapa dia mesti muncul sewaktu aku tidak mahukan sesiapa?
Tidak lama, senyuman itu pudar sekelip mata. Air mata cepat menggantikan tempatnya.
Disebabkan manusialah aku tiada perasaan terhadap mereka. Ada kawan pun tidak guna. Datang bila susah, lepas tu pergi bila senang.
[ flashback ]
"Hyera, nanti kita pergi belajar sama-sama ye?"
"Alahai kau, entah-entah kau yang tinggalkan aku,"
"Mana mungkin aku tinggalkan kau sorang-sorang, kau kan sebahagian daripada kepala aku. Takde kau, tak lengkaplah aku,"
"Wah, hiperbola kau kasi ye, Reisha?"
"Saje la tunjuk ayat sikit,"
"Hah iyelah, janji je la kau selalu ada dengan aku. Aku akan ada selalu ada untuk kau,"
"Janji!"
[ end flashback ]
Dimana janji mereka sekarang? Huh semuanya dah lama aku tanam. Segala memori kami bersama turut aku buang.
"Kalau kau tak pergi, mungkin aku masih ada semangat untuk bangun,"
Air mata yang mengalir di pipi, aku tiada niat nak seka. Aku dah penat.
Biarlah awan menjadi saksi betapa penatnya aku hadap semua benda ngarut ini.
"Ada keluarga pun tak guna kalau sepanjang masa busy dengan kerja. Ingat aku ini tunggullah dekat rumah tu,"
Air mata semakin deras mengalir bila memikirkan tentang eomma appa pula. Aku mimpikan keluarga aku seperti orang lain, tetapi kenapa realitinya jauh berbeza.
"Kawan? The only one bitch that I can't never trust anymore!"
Batu sederhana besar disebelah aku capai dan dicampak kuat ke arah dinding di rooftop itu.
"Kau... tak boleh la macam tu,"
Aku menoleh untuk melihat siapa gerangan manusia tersebut. Dengan pantas aku menyeka air mata yang membasahi pipi.
"Korang nak apa datang sini?" aku menanya dengan suara yang agak dingin. Ikutkan hati mahu sahaja aku menghalau mereka.
"Kitaorang cari kau satu sekolah, masuk kelas kau pun, kau takde. Sebab tu kitaorang datang sini," balas Bambam sambil melabuhkan punggung di sebelah aku.
Haduh, semak la pulak!
"Kau kenapa nak lari dari kitaorang?" soal Jackson pula.
Aku hanya diam tidak menjawab. Aku rasa diorang tahu agaknya kenapa aku lari dari diorang.
"Ala kalau sebab tadi, aku minta maaf la, aku nak selamatkan kau je,"
"For your information, kau langsung tak selamatkan aku!"
Suasana di atas rooftop sekolah itu kelihatan tegang dan hening. Masing-masing dengan perasaan yang tidak mampu ditafsir.
"Kau marah lagi ke?"
"Kalau korang nak tahu, kau buatkan masalah jadi makin teruk. Kau buatkan mamat sombong tu bencikan aku lagi, lagi dan lagi! Kau fikir kau campak buku macam tu, kau dah kira bagus la? Eh come on, esok hari yang hadapnya aku dan bukan korang! Semak! Tahu tak? Aku pun tak faham kenapa appa semangat sangat nak jadikan korang bodyguard aku. Menambahkan masalah aku lagi ada la!"
Tanpa menunggu lama, aku mencapai beg sekolah aku dan terus melangkah pergi dari situ. Air mata yang ditahan sebentar tadi kembali berjujuran jatuh.
Aku tak kuat dengan semua ini. Hati aku dah cukup sakit sampai tak mampu untuk bertahan lagi.
"Hyera, kitaorang minta maaf!"
Aku berhenti dari melangkah. Tanpa menoleh aku menarik nafas dalam.
"Senang sangat kau cakap sedangkan kau tak tahu apa yang aku rasa,"
Maaf? Begitu mudah diucap. Untuk hati yang sudah berkecai ini, perkataan maaf tidak cukup untuk mengembalikannya kepada bentuk asal.
Share this novel