SATU || BODYGUARD

Fantasy Series 2341

Hey, aku Kim Hyera.

Gadis yang hidupnya penuh dengan kesunyian, kebosanan dan kehambaran. Aku tahu sedih, tapi aku tak harapkan air mata orang lain. Huh!

Aku anak tunggal dalam sebuah keluarga yang... boleh dikatakan bahagia. Tapi tidaklah bahagia seperti yang aku harapkan.

Eomma dan appa selalu keluar kerja sampai ke luar negara. Jarang sekali berada di rumah. Kalau ada di rumah, sudah tentu hanya beberapa hari sahaja dan selepas itu mereka akan kembali menaiki kapal terbang.

Sunyi? Sudah tentu itu perasaan utama yang aku rasa.

Sudahlah takde adik beradik lain, eomma appa pula busy memanjang, tinggal di rumah besar bersama dua orang maid yang eomma upah. Huh, sumpah bosan!

Kawan? Mestilah ada!

Tapi itulah, dia itu bongok sangat tinggalkan aku sorang-sorang dekat Seoul ni. Janji manis kami telah dikuburkan lama selepas beberapa tahun dia tidak pulang ke sini.

Janjinya dulu mahu menyambung belajar bersama, tapi dia yang pergi terbang ke Jepun tinggalkan aku sorang-sorang di sini.

Nak tahu ke siapa yang bongok tu?

Ni dia, Park Reisha. Gadis tinggi lampai bermulut pedas. Gadis berdarah campuran Melayu. Berwajah cantik dan berkulit gelap sedikit.

KRING! KRING!

Jam yang bising sedari tadi aku capai dan di baling ke arah dinding di hadapan katil. Aku tak tahu masuk jam ini, dah berapa banyak jam aku campak. Tapi yang pasti bukan aku yang beli.

Kaki aku yang disilangkan tadi, aku juntaikan disisi katil. Badan yang terasa malas direnggangkan sedikit. Tidak lama, aku melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Mulut yang terbuka besar aku tutup dengan telapak tangan.

"Hari yang membosankan kembali lagi!"

Tidak sampai setengah jam, aku melangkah keluar bersama pakaian sekolah yang lengkap ditubuhku. Yeah, aku memanglah perempuan tapi tak semua perempuan siap lambat. Contoh? Ni hah aku ni, contoh perempuan yang tidak ambil masa yang lama untuk bersiap.

Maaf, bangga sekejap. Tapi itulah realiti. Diharapkan tiada yang cemburu!

Selepas aku memastikan wajah aku tiada cacat cela yang tercalar, aku memandang pula figura aku melalui pantulan cermin.

"Hyera, aku tahu kau rasa bosan hari ini, semalam dan selamanya, tapi please senyum sikit. Hodoh muka kau kalau tak senyum,"

Kemudian aku tersenyum selepas mengungkap kata-kata begitu. Nak cakap aku gila? Come on! Cakaplah seberapa banyak yang korang nak, yang pasti inilah cara aku motivate diri aku!

"KIM HYERA! KAMU BUAT APA DEKAT ATAS TU? CEPAT SIAP KALAU TAK NAK LAMBAT!"

Hah dah mula dah sesi jeritan eomma. Kalau satu hari takde suara dia, memang sunyilah hidup aku. Even sometimes aku rasa menyampah dan sakit telinga, aku tetap akan patuh dan dengar.

Selepas memastikan segalanya dalam keadaan baik. Aku mencapai beg sekolah dan melangkah keluar.

"Hari yang membosankan, akan start mulai sekarang."

Aku turun ke tingkat bawah dengan memijak satu persatu anak tangga. Lantai jubin tangga itu terasa sejuk sehinggakan setiap kali aku memijaknya, aku dapat rasakan kesejukan itu sehingga ke tulang rusuk.

"Hah nak, tambahlah lagi. Makcik buat banyak sangat ni, makan-makan." suara lunak eomma kedengaran.

Aku berhenti dari terus melangkah.

Telinga aku tajamkan sebaik sahaja aku terdengar suara gelak ketawa dan borak santai di ruang makan. Aku menjeling jam yang terlilit dipergelangan tangan.

6:35 pagi

Awal lagi, siapa pula datang rumah orang pagi-pagi begini? Makhluk asing? Atau...

"Kim Hyera! Buat apa tercegat dekat situ?"

Suara eomma mematikan fikiran dahsyat aku. Haih la eomma, lagi sikit je lagi nak dapat jawapan, eomma dah ganggu.

"Takde apa eomma."

"Sini cepat turun, eomma nak kenalkan kamu dengan anak kawan eomma appa."

Aku hanya menurut. Sampai di tangga terakhir, eomma menarik tangan aku erat menuju ke ruang makan. Dan disitu aku terdengar bunyi muka pinggan dan sudu saling berlaga serta borak santai yang diadakan.

"Hah sayang, mana anak kesayangan saya tu? Tak siap lagi?" soal Mr Kim sebaik sahaja kelibat isteri tercintanya muncul di ruangan itu.

"Ada ni hah, lambat sangat nak turun." ujar eomma dan menolak aku dari terus bersembunyi di belakangnya.

Dengan sekali pandang, hati aku bagaikan mahu gugur tatkala wajah aku ditenung oleh 7 orang lelaki yang aku sendiri tidak tahu siapa gerangan mereka. Tangan eomma aku genggam erat.

Entah mengapa aku rasa takut apabila ditenung begitu. Insecure mungkin?

"Hah inilah anak saya, kenalkan Kim Hyera."

Aku memandang appa dengan pandangan tidak percaya. Aku mahukan jawapan darinya. Siapa 7 jejaka kacak di hadapannya kini?

Eomma! Tolong Hyera!

"Hyera, kamu ni tercegat lagi kenapa? Cepat duduk, makan. Nanti lambat nak ke sekolah."

Sekali lagi eomma mematikan lamunan aku.

Dengan langkah yang agak malas dan berat, aku melangkah mendekati meja makan diiringi dengan 7 pasang mata yang tidak lari dari memerhatikan aku.

Ish, nak kena cungkil ke biji mata tu?!

Aku menarik kerusi kosong yang ada disebelah seorang jejaka berambut biru laut, wajahnya aku pandang sekilas sebelum aku melabuhkan punggung di situ.

"Hey, aku Youngjae, selamat berkenalan." ujar jejaka berambut biru itu dengan mesra.

Aku hanya mengangguk dengan senyuman kecil.

Sumpah, awkward gila!

Aku memasukkan sesudu nasi goreng kimchi ke dalam mulut. Kemudian aku meneguk segelas air susu.

Hati aku kini bagai nak meletup apabila semua yang ada di meja makan memerhatikan gerak geri aku. Aku rasa rimas! Tak suka diperhatikan begitu!

"Stop tengok aku macam tu! Tak pernah tengok orang makan ke macam mana?" tahap kesabaran aku mula menipis selepas seorang demi seorang memerhatikan aku. Tak pernah tengok orang makan ke? Jakun?

"Hyera, appa tak ajar kamu tinggikan suarakan?" tegur appa dengan suara yang lembut tetapi dalam intonasi yang tegas.

Aku akur. Aku tak nak malukan appa depan manusia jakun yang tak pernah aku kenal.

"Kenalkan mereka, anak kawan eomma dan appa. Appa rasa kamu semua tak pernah jumpa sesama sendiri. Jadi berkenal-kenalan la ye," ayat yang keluar dari mulut appa buatkan aku sesak nafas. Kenapa nak kena kenal? Aku tak inginlah!

"Annyeong, aku Im Jaebum. Boleh panggil aku Jaebum,"

Aku mengangguk perlahan.

"Aku Mark Tuan. Mark for short."

Erg memang la aku akan panggil nama pendek. Mana ada orang panggil nama panjang-panjang.

"Mark from LA, appa dia kawan baik appa. Jadi disebabkan appa dia ada urusan dekat sini, dia akan tinggal dan bersekolah disini."

Aku? Angguk je la. Nak jawab apa lagi.

"Park Jinyoung."

"Park Jinyoung actor tu ke?"

Tiba-tiba atmosfera di ruang makan itu dipenuhi dengan gelak ketawa.

Aku blur. Apa yang kelakar wey?

"Sayang, dia student lagi la. Belum jadi actor. Mungkin, actor to be?" celah eomma pula.

Lahh aku tanya je, itu pun kena gelak ke?

"Jackson Wang from China!"

Wau, ini apa kes pula sesat sampai Korea?

"Aku datang sini atas sebab aku nak. Bukan hal keluarga."

Aku tersedak. Terkejut jugalah bila dia jawab soalan aku. Even aku soal dalam hati.

Ada kuasa baca hati manusia ke macam mana?

"Call me Bambam and call he Yugyeom, no honey, no darling, no oppa. He's mine!" celah manusia tinggi di depan aku ini pula.

Puih siapa nak panggil member dia itu honey bagai? Tak ingin la!

"Hai, happy to know you." sambung Yugyeom.

"And I'm not happy to know you." balas aku sambil membetulkan rambut depanku. Swag gituw!

"Dan kau tak payah buka mulut, dah tahu dah." aku memotong percakapan lelaki disebelah aku ini.

Tadi dah kenalkan diri, nak kenalkan diri lagi ke? Berapa banyak nak kenalkan? Ke ada nama lain?

"So Hyera, inilah kawan-kawan kamu sekarang. Appa tak nak kamu rasa bosan dan sunyi lagi. Lepas ni eomma dan appa akan ke Malaysia untuk siapkan projek dekat sana. Jadi mereka akan jaga kamu sementara eomma dan appa takde dekat sini."

Akhirnya, appa faham perasaan aku!

"Tapi Hyera tak nak la appa, Hyera dah biasa la hidup sorang-sorang. Buat apa nak kawan ni bagai?" aku menjeling seorang demi seorang yang appa harapkan aku 'berkawan' dengan mereka.

"Eomma tahu Hyera kena buli dekat sekolah."

"Appa tahu Hyera sunyi bila duduk sorang-sorang."

Aku... tersentuh.

Yes, betul, aku dibuli di sekolah. Dan takde siapa nak dengar masalah aku.

Hidup aku bagaikan berterusan rasa sunyi dan sakit.

"Jadi appa upah diorang as your bodyguard."

Suasana di meja makan itu hening seketika.

"Wait! What?!"

[ komen untuk first try? ]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience