Bab 26

Romance Completed 16424

?BAB 26

Persiapan perkahwinan mereka hampir siap.Semua persiapan yang diperlukan diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.Mereka bekerjasama melancarkan persiapan ini.Kedua-dua bakal pengantin juga kelihatan gembira bersama.Mereka banyak meluangkan masa bersama untuk menyediakan persiapan perkahwinan mereka.

Sekarang restorannya dikendalikan oleh Zarina.Leeya memberi sepenuh kepercayaannya kepada kawan baiknya itu untuk menjaga dan menguruskan restoran tersebut.Zarina dengan hati yang terbuka mengambil alih tugas itu dan begitu juga memberi sepenuh kepercayaannya kepada Leeya.Nampaknya mereka akan bertambah sibuk kerana Syahir sendiri yang menempah khidmat restoran itu untuk membekalkan makanan ketika majlis mereka nanti.Mereka akan bertambah sibuk kerana tuan punya restoran yang patut mengendalikan nya tidak ada untuk memberi arahan.

Baru Leeya tahu bagaimana letihnya mereka untuk menyiapkan persiapan perkahwinan.Dulu semasa melihat kakaknya menyiapkan persiapan perkahwinan,nampak senang aje dimatanya.Setelah merasa membuat persiapan pwrkahwinan barulah die tahu bagaimana perasaan dan keletihan kakaknya semasa menyediakan persiapan perkahwinan mereka.Manakala Syahir kelihatan tenang sahaja sepanjang mereka membuat persiapan tersebut.

"Awak tak penat ke buat persiapan ni?"tanya Leeya secara tiba-tiba ketika mereka berada di dalam kereta untuk ke butik pengantin.

"Tak."pendek jawapan yang diberi oleh Syahir dengan matanya yang masih focus pada jalan.

"Kenapa awak tak penat eh?"persoalan yang diaju oleh Leeya membuatkan Syahir menoleh ke arah Leeya sebentar.

"Sebab lepas saye penat buat persiapan ni,saya tetap akan dapat apa yang saya nak.Saya dpat hidup dengan orang yang saya sayang dari dulu selama-lamanya.Dari awak di bangku sekolah saya sayang awak."balas Syahir panjang lebar dan kembali focus akan pemanduannya.

"Errrmmm....yeye je awak ni.kalau saye lari time kite nikah nanti awak nak cakap ape."seloroh Leeya.Ingin melihat reaksi lelaki sebalahnya itu.

"Saya akan tunggu sampai awak datang balik dan baru saya akan tamatkan pernikahan tu."balas Syahir tenang."Atau awak dah ade orang lain selain sayaa?"pertanyaan itu membuatkan Leeya terkedu dan geram apabila dituduh memiliki orang lain.

"Mana ade.Sapelah yang nak dengan tunang orang ni."balas Leeya mulai dingin.

Terdengar letusan tawa Syahir setelah mendengar jawapan Leeya tadi."Takkan takde yang nak tunang saya yang cantik ni?"Syahir masih dengan sisa tawanya berkata seraya menoleh ke arah Leeya sebentar.

Leeya mula mencebikkan bibir kerana terlalu geram dengan sikap Syahir yang semakin menjadi mengusiknya.Leeya hanya mendiamkan diri di sebelah Syahir.Pandangan dilemparkan di luar tingkap kereta itu.

Beberapa minit kemudian mereka sampai di butik pilihan ibu Syahir.Mereka mengatur langkah memasuki butik mewah itu.Dengan mesra mereka bertegur sapa dengan pemilik serta pembantu butik mewah itu.

Mereka memilih baju yang sesuai untuk tema perkahwinan mereka serta berbincang warna tema perkahwinan mereka yang bakal berlangsung kurang 4 minggu dari sekarang.

Mereka sibuk memilih dan berbincang sehingga petang menjelma.Setelah selesai,mereka mula menyusur ke jalan raya untuk pulang ke rumah mereka.Semua ahli keluarga berkumpul dan berborak ketika berada di rumah.

Pada malam itu rumah sebelah keluar Syahir sangat meriah kerana semuanya berkumpul untuk persiapan perkahwinan anak mereka.Setelah malam menjelma barulah mereka pulang ke rumah masing-masing.

Keesokannya mereka akan menyambung membuat persiapan perkahwinan itu semula.Buat beberapa minggu ini, rumah mereka akan kelihatan semak dan bising kerana semua ahli keluarga dan kaum kerabat akan hadir dan tinggal di rumah itu untuk membantu menyiapkan persiapan supaya majlis perkahwinan itu nanti akan berlangsung tanpa sebarang masalah.

Kaum kerabat yang tidak pernah jumpa mahupun yang sering berjumpa turut hadir untuk membantu.Aktiviti gotong royong juga turut dilangsungkan dan dibantu oleh kaum kerabat yang hadir.Kanak-kanak pula turut membantu dalam menyediakan buah tangan yang akan diberi kepada para tetamu yang hadir nanti.Mereka begitu sibuk untuk beberapa minggu ini.

#haii u all...nampaknya cerita ni macam dah nak abis.Sebelom cerita ni betul - betul habis,saya nak minta maaf jika ade salah ejaan, slah percakapan atau ade ayat yang terusik hati dan membuatkan pembaca terasa hati...maafkan lah saya *smile* hope u all enjoy!! *V*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience