Bab 22

Romance Completed 16424

BAB 22

Semenjak daripada cerita yang Zarina beritahunya tentang Alif itu,Leeya bertambah hati-hati dengan Alif tetapi janjinya terhadap kedua ibu bapa Alif tetap ditunaikan sehinggalah Alif menerima lesen nya nanti.

Sejak itu juga,Leeya sering memerhatikan gelagat Alif semasa berkerja.Memang sepertimana yang diperkatakan oleh Zarina kepadanya tempoh hari.Sikap Alif yang mengambil berat tentang Leeya memang ternyata di situ.Leeya tetap memerhati tingkah lakunya.

********************
Dalam masa seminggu,Leeya telah menerima banyak tempahan untuk membuat catering di beberapa buah hotel terkemuka. Semasa Leeya menerima tempahan tersebut,jantungnya bagaikan terhenti kerana jarang sekali die menerima tempahan sekaligus dari hotel terkemuka serentak.Tapi bile Leeya fikirkan semula,mungkin di situ ialah rezeki yang di beri oleh Allah buatnya dan pekerja-pekerjanya di restoran tersebut.Leeya menerima tempahan tersebut dengan tenang dan tanpa sebarang syarat.Janjinya kepada pemilik hotel adalah mereka akan berusaha menyediakan hidangan dan layanan yang terbaik semasa pekerjaan dilaksanakan.Itulah janjinya kepada setiap pemilik hotel terkemuka yang hadir untuk membuat tempahan.

Pekerjanya yang lain berasa terkejut apabila Leeya mengumumkan bahawa cuti mereka untuk bulan hadapan akan di tangguhkan pada bulan seterusnya secara tiba-tiba.Ade yang berbisik-bisik kerana itu.Leeya terus memberi tahu sebab mengapa cuti mereka ditangguhkan.Kemudian riak wajah setiap pekerja berubah menjadi ceria.Mereka gembira kerana kerja mereka bertambah banyak.

Setelah mendengar berita tentang tempahan tersebut.Mereka mula membuat persediaan untuk melaksanakan tugas mereka di setiap hotel yang membuat tempahan sebaik yang mungkin.

Jika ade pekerja yang baru masuk,pekerja yang telah lama bekerja akan mula mengajar junior mereka cara membuat kerja di situ.Untung la junior yang dapat senior baik dan tak garang.Kalau dapat senior yang garang dan kuat marah, memang fedup junior dibuatnya.

Akhirnya tiba masanya untuk melaksanakan kerja mereka di slah sebuah hotel terkemuka yg telah membuat tempahan seawal bulan lepas.Hotel pertama mereka untuk bulan itu adalah Hotel 5Star Somerset.Majlis yang diadakan dalam hotel tersebut mengundang ramai pengunjung.Pekerjaan restoran Leeya bekerjasama dengan pihak hotel tersebut.Mereka menyediakan makanan bersama restoran hotel tersebut.

Bayaran yang dikenakan agak lumayan.Tapi bukan itu yang menjadikan Leeya menerima tempahan tersebut.Leeya menerima tempahan tersebut kerana mahu menolong pihak hotel tersebut.

Majlis yang berlansung dengan lancar itu berakhir pada jam 3 pagi.Setelah selesai menyiapkan tugasan mereka,Leeya dan pekerja-pekerjanya balik semula ke restoran mereka.Persiapan untuk hotel lain juga dibuat.

Lagi seminggu,tugasan mereka akan berlangsung di Sweet Resort yang mengadakan sambutan pembukaan resort mereka yang baru sahaja dibuka.Restoran Leeya yang dikhabarkan bagus telah menjadi tempahan oleh pemilik resort.Mereka bersabar untuk menunggu tugasan mereka yang lain dengan tenang.

Pada akhir-akhir ini restoran Leeya penuh dikunjungi oleh pengunjung yang ingin menjamu selera.Restorannya menjadi agak sibuk pada akhir-akhir ini.Di situ Leeya berasa bersyukur kerana restorannya yg dulu nya sibuk dan sekarang bertambah sibuk dengan pengunjung yang datangnya dari dalam dan luar negara.

Leeya pasti Syahir akan gembira apabila melihat restoran yang dihadiahkan olehnya untuk Leeya berjaya dan maju.Akhirnya kemunculan Syahir yang sekian lama tidak didengar khabar muncul dalam ingatan yang sedang sibuk bekerja.Itu membuatkan Leeya tersenyum seorg diri.

#i tell u this chappy is bored.patutkah sye meneruskan cerita ini atau berhenti sampai chapter 23 sahaja walaupun masih pnjng jalan ceritanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience