Bab 23

Romance Completed 16424

BAB 23

Setelah kepenatan yang di alami pada bulan lepas,akhirnya mereka diberikan rehat.Restoran yang beroperasi setiap hari telah mendapt cuti daripada boss mereka iaitu Leeya.Leeya membawa mereka untuk berehat dalam sebuah percutian.Percutian yang disertai oleh semua pekerja restoran.Restoran ditutup selama 3 hari bagi memberi masa untuk pekerjanya rehat.

Selama percutian tersebut,Leeya dan Zarina asyik bersama manakala pekerja yang lain bersama partner mereka.

"Weii,Leeya.Aku dengar Syah beri cafe die dekat adik die.Betul ke?"tanya Zarina tiba-tiba.

Leeya mengangguk mengeyakan pernyataan Zarina."Tapi die tak bagi adik die tukat nama cafe tu."terang Leeya lagi.

"Memang la.Mane die nak bagi sebab tu cafe kau dengan die.SYALEE'S CAFE kan."Zarina memandang Leeya yang tenang."Smalam Syah telefon aku."sambung Zarina.

"Kenape?Die ade cakap ape-ape ke?"balas Leeya.

"Syah kata die ade telefon kau tapi kau tak jawab.Jadi die telefon aku, tanya kau dah tuka no.telefon ke.Aku just jawab 'mane ade die tukar no.telefon.'tu je yang aku jawab. "Terang Zarina.Mungkin Syahir telefon semasa mereka sedang sibuk dengan kerja bulan lepas.Semasa kerja Leeya memang tidak akan on telefon die.Katanya tidak mahu diganggu semasa bekerja.Cara Leeya bekerja memang macam tu.

Leeya yang mendengar hanya mengangguk."Takpelah,nanti aku call die kalau ade masa."balas Leeya selamba.

Dah lame juga tidak berdepan dengan Syahir.Tiba-tiba rasa rindu menyelubungi dirinya.Rindu dengan kehadiran dan kata-kata yang pernah Syahir luahkan.

"Wei,jom kite singgah dekat SYALEE'S CAFE."ajakan Zarina menyentak lamunan Leeya.

Leeya menjadi blur sekejap.Ah...ah..ermm..ok"balas Leeya yang kelihatan terkejut dari lamunan.

"Kau dah kenape?"HAHAHAHA!!"Tegur Zarina sambil ketawa. Lucu sangat melihat riak wajah Leeya yang terkejut."Kalau Syah tengok la muka kau yang comel terkejut tu,aku rase die akan mengelamun tak tidur malam dibuatnya.HAHAHA!!"sambung Zarina dengan gelak tawa yang bersisa.

"Kau ni!!Tak payah nak buat andaian sendiri boleh tak.Ishh!!"marah Leeya.

"Mane taknya.Muka kau terkejut tadi comel.HAHAHA!!"Zarina kembali ketawa.

Leeya berasa agak geram tapi Leeya tahu rakannya itu hanya bergurau.Jadi Leeya tidak kesah akan itu.Leeya mula teringatkan semula Syahir.Lamunannya yang diganggu oleh Zarina tadi dibiarkan hilang begitu sahaja.

Zarina mengajak semula Leeya untuk menyinggah di SYALEE'S CAFE."Leeya,nak tak singgah SYALEE'S CAFE dengan aku nanti?"ajaknya buat sekian kalinya.

"Ye.Nanti kita singgah la.Tapi bila?"soal Leeya.

"Ermm...esok?amacam??okay??"balas Zarina sambil ibu jari dan jari telunjuknya dicantum berbentuk "o" kpda Leeya.

"Ermm..okay.Kite jumpa depan cafe la.Lps tu kite pergi jalan-jalan.Then kite balik.Lusa aku dah bukak restoran balik."balas Leeya dengan tenang.

"Okayy!Set semua.Esok jangan lupa! "Kata Zarina agak tegas.Leeya hnya mengangguk melihat perangai rakannya yang agak seperti lelaki itu.Lagak seperti lelaki tapi hati tetap hati seorang perempuan.

Petang telah pun melabuhkan tirai.Jam dilihat hampir masuk waktu solat maghrib.Leeya dan Zarina cepat bersiap untuk menunaikan solat bersama.

Setelah selesai menunaikan kewajiban mereka,Leeya dan Zarina makan malam bersama.Sekarang Leeya duduk bersama Zarina di kondominium yang dibeli daripada hasil kongsi oleh Leeya dan Zarina.Mereka ingin belajar hidup berdikari bersama.

"Kau rase Syahir akan balik Malaysia ke?"persoalan Zarina secara tiba-tiba mengejutkan Leeya yang sedang leka menonton televisyen.

"Entah la,Rina.Kalau dia nak balik,dia balik la nanti tu."balas Leeya dengan riak wajah yang tenang.

"Kau rilex je.Korang dah lama tunang.Takkan tak terfikir nak bersatu kot?"soalan yang mengejutkan Leeya buat sekian kalinya.

"Ermm...memang la kitorg dah tunang lama.Tapi aku ikot die.Dia ada kata yang die nak keje dulu.So aku ikut je lah."balas Leeya lagi.

"Ermm..korang dah tunang berapa tahun eh?"tanya Zarina mengambil kepastian.

"Masuk 3 tahun.And die menghilangkan diri selama 2 tahun.Kali terakhir jumpa die waktu makan malam yang mak die tempah.Lepas tu lesap bagaikan asap.Tanpa bagi tahu aku die dekat mane.Hurmm"terang Leeya.Ada keluhan berat dilepaskan setelah menerangkan hal tersebut dengan 1 tarikan nafas sahaja.

"Sabar la Leeya.Aku rase die akan balik dan tepati janji die yang dulu.Kau jangan risau.Kalau die tak tepati janji die,aku ade!Aku akan jadi orang pertama yang belasah die sampai die lembik.Cuba lah die mainkan perasaan kawan aku yang jiwanya bak kapas lembab dan rapuh ni!!"balas Zarina sambil menunjukkan gumpalan tangan tanda tidak berpuas hati.

Leeya yang mendengar setiap bait kata Zarina di sebelahnya itu hanya tersenyum dan meneruskan rancangannya untuk menonton berita yang sedang disiarkan.

Setelah penat menonton televisyen,dilihat jam telah menunjuk ke jam 12.00 mlam.Tiba masanya untuk mereka masuk ke bilik masing-masing bagi merehatkan semua sendi badan dan merehatkan mata mereka.

Masuk ke bilik,Leeya terus melemparkan badannya ke arah katil.Terlalu penat agaknya dengan aktiviti hari ini yang dirancang oleh Zarina tadi.Mata yang semakin memberat akhirnya dipejam dan Leeya terus tertidur.Nyenyak tidurnya yang diselubungi mimpi indah dalam kegelapan malam yang hening dan sejuk.

#kalau ade tatabahasa or ayat yang salah tu maafkan lah.Saya ni BM bkannya baik sangat.hehe...btw...hope enjoy this chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience