2 : Masalah

Short Story Series 1747

"baby? you okay tak duduk depan perempuan nerd ni? dia ada kacau you tak?" soal Amanda gedik.

Adrian hanya melayan.

"mana ada dia kacau, I okay je don't worry." jawab Adrian.

dah nama pun playboy!

Sofea yang duduk dibelakang mereka hanya menunduk. baik baca buku! tambah ilmu tambah pahala daripada tambah dosa!

buku novelnya dikeluarkan. cikgu tak ada sebab mesyuarat. So mereka dijaga oleh senior tingkatan 6.

"hoi budak nerd! kau pekak ke apa?!" soal Amanda bengang dan menghentak meja Sofea.

Sofea mendongak. 'dah kenapa perempuan gila ni?'

"apa?" soal Sofea tak ada perasaan.

"aku nak kau pergi bilik musik and ambil gitar dalam tu bawa sini sekarang!" arah Amanda bongkak.

'wah minah ni! skirt dahlah ketat! eee buat dosa betullah minah ni!'

tanpa berlengah, Sofea terus keluar dari kelas tanpa menjawab apa-apa.

"cepat sikit!" jerit Amanda.

'bingitlah minah kepo ni!'

Sofea terus ke bilik musik. gitar yang dimaksudkan diambil dan dia duduk atas sofa dalam bilik musik tersebut selepas menutup pintu.

dia mula memetik gitar tersebut semakin lama semakin rancak lagunya.

***

"mana pulak minah nerd ni?!" bebel Amanda bengang.

"you ni, dia tu budak barukan manalah dia tahu bilik musik dekat mana.. takpelah biar I je pergi ambil. you duduk sini diam-diam." ujar Adrian.

nasib kau lah Adrian dapat awek bangang macam Amanda tu!

tiba di depan bilik musik dia mendengar seseorang bermain gitar.

'lagu tu.. aku pun tak boleh lagi, macam mana ada orang yang boleh main lagu tu?' bisik Adrian dalam hati.

Dia cuba mengintai sedikit.

Tiba-tiba bunyi gitar terus hilang.

'alamak?! kantoi ke?'

"ambil gitar ni dan bawa sendiri. aku bukan kuli batak Amanda." ujar Sofea statik nada mendatar.

Adrian yang terkejut hanya diam.

'takkan dia?' bisik hati Adrian.

Sofea hanya diam dan membelek alatan lain sementara tunggu Adrian beredar.

"kau main ke gitar ni tadi?" soal Adrian ingin tahu.

"tak"

"betul ke?" soal Adrian untuk kepastiannya.

"aku tak main" jawab Sofea perlahan tapi cukup menggerunkan.

"pergilah balik kelas" halau Adrian.

Sofea hanya diam dan terus keluar dari bilik musik. Bilik rahsia bawah tanah dituju. hanya dia yang tahu tempat tu.

dia mula bermain gitar sambil menyanyi sehinggalah tamat waktu persekolahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience