1 : sekolah baru

Short Story Series 1741

HSGM, 7.30 pagi.

DIMINTA SEMUA PELAJAR HSGM BERKUMPUL DI DALAM DEWAN MUSICAL SEKARANG.

selepas pengumuman dibuat, semua pelajar HSGM berkumpul di dewan.

Pengetua Indah berdiri di atas pentas dan merenung setiap pelajarnya.

"harini, saya akan umumkan tentang khabar angin yang kamu semua dengan dua hari lepas." ujar pengetua selepas semua pelajar senyap.

"baiklah, sebenarnya memang betul pihak sekolah ingin mencari penyanyi perempuan yang baru. untuk lelaki atau perempuan, saya nak pemain gitar drum dan bess. pertandingan Asian Best Singer akan diadakan di Singapore. So, siap-siapkan diri kamu semua untuk pemilihan bermula dari esok! sila beri nama pada cikgu Linda jika berminat. itu saja dari saya, kamu semua boleh bersurai" ujar pengetua panjang.

ramai pelajar yang beratur selepas perhimpunan untuk memberi nama. tak tinggal juga Adrian Taufiq. dalam barisan pun dia sempat mengayat.

*****

"mari ikut nenda, nenda tunjukkan kelas kamu" ujar Pengetua Indah.

"Pia nak nenda janji sesuatu dulu boleh?" soal Sofea yang membahasakan dirinya Pia.

"apa dia?" soal Pengetua.

"jangan beritahu sesiapa pasal Pia ni cucu nenda dan waris sekolah ni. lagi satu kalau nenda jumpa Pia, please buat macam Pia pelajar sekolah ni sampa macam orang lain." pinta Sofea

Nenda terkejut. tapi dia tahu yang cucunya memang tak suka megahkan dan banggakan diri sendiri. Buktinya sekarang ni, dia menggayakan dirinya seperti ulat buku yang pendiam dan tak tahu apa-apa.

Nenda tersenyum gembira.

"baiklah, saya akan tunaikan apa yang kamu mahukan." ujar pengetua dengan professional.

Sofea senyum gembira. dia lebih suka dibuli daripada dapat kawan yang pisau cukur.

Pengetua membawanya ke tingkat 3 blok B. kelas 5 Cristal. dikira kelas pertama.

Pengetua mengetuk pintu kelas tersebut. semua mata memandang ke arah pengetua dan dirinya.

"maaf mengganggu ya cikgu, saya nak hantar pelajar baru untuk kelas ni." ujr Pengetua tegas tapi masih ada senyuman yang terukir.

"oh pengetua, tak apa. silakan" ujar cikgu Razif.

Pengetua mengangguk. Dia memanggil Sofea masuk.

Sekarang, Sofea dah pun berada di depan kelas.

"baiklah pelajar, ini kawan baru kamu. Nur Sofea."

'cantik!' detik hati seseorang.

"er keluarga dia tak ada pangkat ke?" soal Amanda sinis.

mentang-mentanglah hot! puih!

Sofea yang melihat muka nendanya menahan marah terus memotong.

"takda" jawab Sofea mendatar.

walaupun nampak nerd tapi dia tak takut pada sesiapa cuma malas melawan.

Senyum sinis terukir pada bibir Amanda dan dua orang rakannya, Amylia dan Tasya.

Pengetua yang bengang hanya diam dan meminta diri sebelum sabarnya habis.

"baiklah Sofea, kamu boleh duduk dibelakang. meja kosong belakang Adrian." ujar cikgu Linda dan membuatkan pelajar perempuan memandangnya dengan pandangan nak telan.

Sofea hanya mengikut arahan. diam dan duduk dimeja paling belakang.

Adrian memandangnya dari atas sampai bawah. Simple.

mereka kembali berlajar seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience