2 minggu kemudian.
"Ian, esok pagi teman mama pergi rumah kawan lama mama. dia baru pindah 2 minggu lepas. Tau!" ujar mama teruja dan terus menutup pintu bilik Adrian tanpa sempat dia mengangguk.
matanya memang dah tak boleh nak buka lagi. lampu meja ditutup. tidur dengan tenangnya.
***
9.40 pagi.
"ha, ni lah kot rumah kawan mama tu. dia kata rumah dia paling tinggi em" ujar mama dengan teruja.
"besarnya rumah dia.." ujar Adrian kagum.
seorang wanita sebaya mamanya keluar.
"ha, tu pun kawan mama."
kereta diparking selepas Tengku Adina membuka pagar.
Datin Sri Tania dan Tengku Adina berlaga pipi.
Adrian hanya berdiri dibelakang mamanya.
"kenalkan, nilah anak bongsu aku. Adrian" ujar mama.
Adrian menyalam tangan wanita itu.
"panggil aunty Dina ye. jemputlah masuk" jemput Tengku Adina.
Adrian duduk di ruang tamu manakala mamanya dan aunty Dina beredar ke taman mini milik aunty Dina.
"Bonda?" panggil seseorang dari arah tangga.
"Bonda di taman Pia .." jawab Tengku Adina.
Adrian yang duduk di sofa hanya terkaku. Cantiknya..
Sofea terus menuju ke taman mini tanpa sedar kehadiran Adrian.
"Nia, ni anak kedua aku. Sofea" ujar bonda.
Sofea memberikan senyuman manis dan menyalam tangan wanita tersebut.
"pergilah duduk depan dengan anak aunty. dia bosan tu." ujar Aunty Tania.
Sofea hanya mengangguk dan berjalan ke ruang tamu.
alangkah terkejutnya dia bila Adrian memandangnya teruja.
"Pia!! ajaklah Adrian pergi studio kamu!!" ujar bonda dari taman mininya.
'matilah aku' bisik hati Sofea.
"kau ni anak angkat ea?" soalan pertama yang keluar dari mulut Adrian.
Sofea terkejut tapi dia hanya membuat riak muka yang biasa.
"aku nak pergi studio. kalau nak ikot, ikotlah. kalau nak mati kutu dekat situ, tunggulah." ujar Sofea keras dan beredar naik ke biliknya.
Adrian mengekorinya dari belakang.
setiap sudut rumah tersebut diteliti. cantik macam tuannya.
Sofea masuk ke dalam biliknya. Adrian teragak-agak untuk masuk sekali.
salah satu buku pada rak almari buku ditarik sedikit.
satu pintu tersorok dibalik almari itu terbuka.
"masuklah." kata Sofea.
Adrian yang teragak-agak hendak masuk di teruskan juga untuk masuk. seram seyh!
lampu dibuka.
studio itu terang dan cukup mengkagumkan fikiran dan pandangan Adrian.
"ka-kau punya ke se-semua ni?" soal Adrian tergagap.
Sofea hanya diam.
Sofea duduk di tempat pemain drum. 3 kali ketukkan pintu rahsia tadi tertutup. bilik itu dihiasi dengan pemandangan yang sangat cantik. cermin2 yang berada di dalam bilik tersebut daripada gelap terus menampakkan pemandangan diluar.
"firstly, aku bukan anak angkat dan nama aku Tengku Nur Sofea. Second, tolong jangan beritahu sesiapa termasuklah makwa kau yanag tak serupa manusia tu pasal hal ni. Third, yes ini semua kepunyaan aku. Abang aku pun ada studio sendiri. Fourth, jangan jahanamkan. dan last one, nak main dipersilakan." ujar Sofea tanpa perasaan.
"kau pandai main drum?" soal Adrian kagum.
kagum dengan kebolehan gadis itu.
tanpa menjawab, Sofea terus mula bermain drum.
5 minit kemudian.
"kau rasa?" soal Sofea kembali.
Adrian ternganga.
"main apa yang kau mahukan limit sampai pukul 12." ujar Sofea dan bermain gitar pula.
Adrian hanya mengangguk. rasa kagumnya masih ada. ciri-ciri perempuan idamannya. satu citarasa dengannya. dah jumpa!!
Share this novel