Rate

Bab 3

Romance Series 4127

Jam baru menunjukkan pukul 4:30 pagi. Tetapi Medina sudah terjaga dari tidurnya. Entah mengapa kepalanya terasa berat sehingga tidurnya tidak nyenak.

"Daridapa aku temenung macam ni, baik aku buat solat sunatlah. Bagi tenang sikit hati aku ni. " Medina berbisik sendiri

Dia mengambil langkah perlahan menuju ke arah kamar mandi dengan tujuan hendak mengambil wuduk. Usai mengambil wuduk dia mencapai telekung dan membentang sejadah lalu terus berniat solat sunat tahajjud.

Setelah selesai solat, Medina mengangkat tangan lalu bermunajat kepadaNya. Berdoa semoga dipermudahkan urusan hariannya. Tetapi dalam doanya fikirannya melayang mengambarkan seorang jejaka yang pernah ditemuinya.

"Uhh kenapa wajahnya ada di mindaku waktu ini." Omel Medina sendirian.

Dia cuba menenangkan perasaan. Medina mencapai senaskhah al-quran yang pernah diberi oleh teman sewaktu di universiti dahulu yang bernama Tengku Darwish Tengku Hisyam. Mereka pernah berkawan secara rapat dahulu, malangnya mereka berpisah kerana ada orang ketiga.

Medina mengalunkan ayat suci al quran. Hatinya sungguh terasa sendu dan hiba tatkala membaca kalimah yang memberi tafsiran yang sangat luluh. Usai mengaji, Medina mengemas telekung dan sejadah dengan rapi.

Aku menuju ke meja tempatku melakukan segala pekerjaanku sebagai seorang pegawai perubatan. Memang aku akui bila dah sampai ke peringkat doktor pakar ini., memang akan sibuk sentiasa. Namun aku tetap bersyukur kerana segala penat lelahku terbayar dengan kejayaan


BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience