Rate

Bab 1

Romance Series 4127

"Dr. Medina please hurry up!! We must go to Operation Room.. Now!! "
Terkejar-kejar Medina dibuatnya.. Dia fikir sudah tiada apa-apa pembedahan lagi untuk hari ini.. Uhh mahu terpisah otak daripada kepalanya memikirkan nyawa yang harus di selamatkan hari ini.. Memang kelam-kabut emergency case nya kali ini

Medina bekerja sebagai doktor pakar di Jabatan Nefrologi di COLUMBIA ASIA HOSPITAL di Kuala Lumpur.. Baru dua tahun dia bergelar doktor pakar setelah dia menamatkan pelajarannya di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka di United Kingdom pada usia 25 tahun. Memang sangat menakjubkan pencapainya.. Dia sangat bersyukur.

" Okay.. I'm ready now" itu sahaja yang diungkapkan pada jururawat yang memanggilnya tadi. Memang dia sudah bersedia untuk menguruskan pembedahan pesakitnya pada hari ini.

Medina dan beberapa pasukan pembedahan yang terdiri daripada doktor pakar yang lain serta 5 orang jururawat yang membantu doktor menjayakan pembedahan sedang ligat membuat persediaan rapi bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Pelbagai alat pembedahan tersusun rapi di atas meja bersebelahan dengan Medina. Medina mengetuai operasi pembedahan pesakit yang menghidap barah otak pada hari ini.

Medina melakukannya dengan penuh teliti dan bersungguh demi menyelamatkan nyawa seseorang. Memang itulah kepakarannya.. Mungkin baginya tiada masalah.

Setelah 3 jam berada di bilik pembedahan.. Akhirnya pembedahan yang dilakukan sudah sempurna..pesakit itu pun sudah berada di zon selamat.

Alhamdulillah terpacul dibibirnya tanda syukur kehadrat ilahi kerana membantunya dalam menjayakan pembedahan ini. Kemudian dia terus meluru ke ruang menunggu untuk memberitahu tentang keaadan pesakitnya itu kepada ahli keluarganya.

Belum sampai dekat dengan ahli keluarga itu.. Mungkin perempuan itu ibu kepada pesakit tadi... Sudah menghampiri Medina.

"Doktor macam mana keadaan anak saya doktor. Adakah semuanya berjalan lancar. Risau saya kerana lama sangat anak saya di dalam bilik bedah itu. "Nada suaranya cemas menanya aku.

Sudah ku agak itu ibunya. Aku pula terus memberi jawapan kepada persoalannya itu.

"Ya puan, tuan... Anak puan dalam keaadan baik.. Dia dah melepasi tahap kritikal dan alhamdulillah dia stabil sekarang. Puan dengan tuan bolehlah menjenguk anak puan di ward biasa dua jam dari sekarang. Jawabku terang.

"Terima kasih doktor. "Nampak wajah kelegaan di pamerkan oleh ibu itu.

Aku terus beredar dari ruangan itu menuju ke pejabatku semula untuk menyiapkan laporan perubatan dan kemudiannya pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience