Rate

Bab 2

Romance Series 4127

"Saya nak semua rekod kewangan tentang pembelian kapal terbang baharu ada atas meja saya esok faham!!. Jangan suka sangat buat kerja tangguh-tangguh. "Gertak Daniel pada akauntant yang bekerja di syarikatnya itu.

Dia memang cukup pantang jikalau apa sahaja yang di mintanya tidak ada pada waktu yang ditetapkannya. Memang muka yang putih bertukar jadi merah padamlah jadinya.Daniel seorang yang cukup mementingkan kesempurnaan dan juga seorang cukup-cukup ego. Tapi masih ada kelembutan yang terdampar di hatinya.

"Daniel let's go... Kita pergi lunch. Dah pukul berapa ni. Kalau kau asyik nak fikir kerja je, mana nak isi perut kau yang ada sixpax tu, hahahaha."Ketawa terbahak-bahak Firash di buatnya apabila melihat Daniel sampai berkerut-kerut dahi memikirkan tugasannya.

Firash merupakan rakan baik kepada Daniel daripada zaman universitinya lagi. Memang macam belangkaslah mereka berdua ini. Sampaikan ada yang menyangka mereka berdua adik beradik. Mana taknya, muka iras-iras sama.

"Ish kau ni, kalau nak mintak aku belanja cakap ajelah, tak payah nak bodek segala bagai. Macam tak biasa pulak kau ni. "Ujar Daniel

"Eh mana adalah, aku ajak ikhlas ni kau cakap macam tu pulak. Jomlah Tengku Daniel Ilham. "
Pujuk Firash dengan bersungguh.

"Tak payah nak sebut nama panjang aku sangatlah Syed Firash Akashah bin Syed Zikri" bibir Daniel mencebebik.

"Ha yelah, apa-apa ajelah. Jom cepat. "Firash merangkul bahu Daniel yang hampir dengannya itu.Mereka terus berlalu pergi.

Sampai sahaja di hadapan Restoran Paparich. Daniel meletakkan kereta di suatu sudut tempat letak kereta. Baru sahaja mahu keluar daripada keretanya., Badan Daniel berlanggar dengan seorang wanita cantik., memakai hijab, berkulit putih. Pandangannya seakan akan tidak boleh di alih lagi daripada memandang wanita tersebut. Memang sungguh ayu. Bauan minyak wangi yang dipakai oleh wanita tersebut cukup menusuk hidung Daniel. Mereka perpandangan seketika.

"Maaf, saya tidak sengaja. Encik okay"pinta wanita itu
"Oh takpe-takpe, saya okay.. Maaf juga buka pintu tak lihat orang kanan kiri. "Daniel melarikan anak matanya daripada melihat wanita tadi.

Wanita tersebut berlalu pergi. Sepertinya dia sedang terburu-buru mengejar waktu. Aku membiarkannya pergi. Namun wajahnya masih tergambar di mindaku tika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience