Rate

BAB 3

Drama Completed 444

Tanpa disedari Al Jamil serta Baktiar sudah semakin merapati bangunan satu tingkat sepanjang 15 meter yang dinamakan sekolah. Bangunan usang itu adalah satu bangunan bekas Pejabat Lembaga Daerah kawasan itu yang ditinggalkan pada 1998. Kemudian dijadikan sebagai sekolah sementara oleh kerajaan Palestin melalui Lembaga Daerah untuk memenuhi tuntutan pendidikan yang acapkali tertangguh. Di situlah ditempatkan seramai 54 orang murid-murid lelaki dan perempuan dari peringkat umur 8 hingga 13 tahun untuk belajar bersama-sama beberapa orang guru yang taat dan ikhlas mengajar.

“Baktiar , pukul berapa sekarang?”

“Kenapa Jamil?” soal Baktiar semula.

“Eh, aku tanya dia tanya balik.” Al Jamil merenung Baktiar .
“Janganlah marah, Al Jamil. Em, sekarang baru sahaja pukul 8.15 pagi. Terlewat sikit saja, janganlah risau. Cikgu Suliya takkan marah,” ujar Baktiar sambil mengerling jam besar di tangan kecilnya. Jam besi besar yang diberikan oleh arwah datuknya.

“Hari ini sekolah kan?”

“Mestilah. Kalau tidak, aku takkan tergesa-gesa pagi tadi.”

“Tapi mengapa senyap sahaja sekolah kita?”

Baktiar pun memandang ke sekolah yang terletak hanya 10 meter daripada mereka. Langkah mereka agak perlahan kali ini. Memang benar. Sekolah itu agak sunyi. Tiada hiruk-pikuk suara kawan-kawan mereka berebut-rebut hendak menjawab soalan. Tiada suara Cikgu Suliya memarahi murid-murid atau suara Cikgu Nizam yang lantang itu bercerita di hadapan kelas.

Al Jamil sangat pasti hari ini ialah hari persekolahan. Tiada cuti umum atau pun perintah darurat yang dikeluarkan dalam masa terdekat yang menyebabkan persekolahan pada hari itu dibatalkan.

Al Jamil dan Baktiar pun berpandangan sesama sendiri. Mereka kemudian mempercepatkan langkah menuju ke bangunan sekolah yang telah tertanggal catnya itu. Setelah mampir, mereka mendapati bahawa pintu hadapan sekolah itu yang berwarna biru cair tertutup, namun tidaklah berkunci. Tiada satu bunyi pun yang kedengaran daripada dalam sekolah tersebut. Al Jamil pun perlahan-lahan menolak daun pintu tersebut sambil melangkahkan kakinya ke dalam.

Bamm! Al Jamil tercampak ke dinding kiri. Kepalanya seperti dihenyak dengan sesuatu yang keras. Dia jatuh terjelepuk di lantai sekolah yang tidak beralas itu. Sakitnya badan kecil itu tidak terperi. Terasa hangat di dahi serta di bibirnya. Air matanya berjuraian jatuh, namun tiada esak yang mampu keluar lagi. Tiada kelibat Baktiar kelihatan di matanya yang berpinar-pinar. Dia cuba mengelip-ngelipkan mata, namun ada cecair merah yang hangat dan likat yang mengalir dari ubun-ubun masuk ke mata kirinya. Bibirnya terketar-ketar tanpa sebarang kata. Kemudian terasa kakinya dipijak oleh satu sepatu yang keras, seperti mahu melumatkan betisnya yang kurus. Terasa jolokan sebatang besi hangat yang besar dan berbau terbakar di pipinya diikuti dengan bunyi besi ditarik-klik! Sejurus matanya menangkap pemandangan yang menakutkan. Cikgu Suliya sedang menangis, tudungnya terbuka, mulutnya disumbat, pergelangan tangannya diikat dan dia sedang berlutut sambil kepalanya diacukan muncung raifal yang berkilat oleh seorang lelaki berpakaian tentera. Di lengan lelaki itu terdapat lilitan kain putih yang tertera bintang segi enam berwarna biru. Al Jamil kenal benar tanda itu. Syaitan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience