Lilly:7

Romance Series 1609

Sekali hembusan nafas, Tino berlari pecut. Badan sasanya merempuh segala halangan dengan mudah seolah-olah tidak pernah wujud. Seperti seekor harimau yang bermain di kawasan ia sendirian, dia menyusup ke dalam lingkungan para haiwan tanpa sebarang bunyi.

Melompat dari kayu ke kayu yang lain, Tino melancarkan tubuh badannya ke arah filolial jantan alias alpha binatang itu sendiri.leher binatang itu direntap.

Filolial jantan itu berteriak nyaring sekaligus berlari dalam pecutan penuh bersama Tino di atas punggungnya. "UWAKK! " duri tajam pada sayap filolial itu menggentak kepala Tino. Melihat Tino enggan turun, Filolial yang berang melibaskan badannya ke kiri kanan, berpengalaman hebat, Tino tidak mudah kalah, rentapan pada leher binatang itu diperkemas. Keduanya mendengus.

"PWITTT!" Mata filolial jantan itu membuntang tatkala mendengar satu siulan kepalanya dilirik ke pelbagai arah. seperti kerasukan, lariannya berubah kencang. Susana damai menjadi riuh diikuti hentakan kaki para filolial yang ketakutan. "oh mak kau! " Tino melatah. Pautan nyaris terlepas.

Tidak semena-mena ,seekor Filolial betina keperangan berlari kencang melimpasi Tino. Lilly bersiul lagi persis seekor garuda,

"hahahahaha"lilly mentertawakan Tino.
"tak guna main kotor kau!"
"Alam liar mana ada peraturan! ini bukan rumah!Jika ada mana seronok! " laung Lilly. kelibat gadis itu semakin hilang di pojok mata di sebalik filolial yang lain. "kena dia ni lembab sangat? "Tino memukul punggung binatang itu kerana geram.
"Aku mesti menang" Dia menarik anak panah tertacap di belakang badan. sasaran Tino adalah pergelangan tangan Lilly. Dia berniat utk menjatuhkan Lilly dari tungangannya.

Seperti berbicara dengan binatang itu, laluan mereka berubah, Lilly mengerahkan filolial betina itu meloncat ke sebuah batu, tergantung sebentar di udara seraya berpaling badan bertentangan dengan Tino.

"PRAKK! " Kaki Filolial itu singgah tepat di dahi Tino. Apalagi, remaja itu jatuh tergolek menimpa lumpur ditinggalkan tungangannya.

Alia dan Mika bersorak sorai, menyaksikan kemenangam di depan mata. William ketawa dengan mata tertutup.

"are we done now? "
Tino mengurut dahi, tidak mampu berdiri. "aduh.. pecah kepalaku.. " Dia meminta bantuan Lilly untuk berdiri. "sini.. "

"ehh.. bukan ke.." Lilly mengarahkan
filolial itu berhenti sekejap. Dia menoleh ke belakang, " TINO!! NAIK!! " seekor babi hutan yang disangka batu loncatan oleh Lilly bersiap sedia untuk merempuh mereka dalam kelajuan supra. Tanduk digeser pada tanah bersedia untuk menyondol mereka berdua.

"apa..?" Tino yang sudah pun berdiri keliru mendengar laungan Lilly. Telinga tuli sebentar. penglihatan tersembunyi oleh lumpur dikesat.

"BABI!!" jerit Lilly lagi. sambil tergelak menyaksikan rupa pak ciknya tidak ubah seperti badak lumpur .

"apa kau cakap!" serta merta otaknya jernih mendengar perkataan Lilly menyangka gadis itu mencemuhnya.

"AKU CAKAP BABI!! LARI!! " ulang lilly meninggalkan Tino sendirian. Lutut Tino menggeletar menyadari dia bakal disondol oleh babi.

"Malang sungguh Hari ini, ditendang unta mahu disondol babi! Lilly!! " Sahabat mereka menahan perut tertawa Melihat tingkah Tino yang berlari seperti tidak cukup tanah tidak sehebat tadi. Di situasi beginilah otak selalu gagal berfungsi!
Nasib baik Lilly berpatah balik dan menarik lelaki itu ke atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience