Lilly :8

Romance Series 1609

kaget dengan kemunculan belasan filolial, warga bergegas menyelamatkan diri meninggalkan barang jualan. Ibu-ibu yang rancak berbual bertemakan pelbagai juadah bertempiaran lari meninggalkan meja hidangan.

"ketepi!!" jerit Lilly dan Tino menambahkan suasana bingit di desa memecahkan keheningan malam. Tanaman Warga habis musnah ditinjak filolial betina itu.

"Bukan tu anak kau ke? " Abit menoleh ke luar jendela. Punggung Abit terangkat daripada kerusi meninggalkan kafe. "anak kau kalau tak buat hal memang tak sah.. tengok muka Tino" Axel meneguk the bunga yang kian menyejuk. Orang tua pertengahan umur itu memukul meja mentertawakan gelagat Tino yang ketakutan bersama wajah yang hitam seperti arang merangkul pinggang Lilly risau tersondol oleh babi.

"Abang!" Tino meminta tolong. Babi hutan itu pula menyerbu membuta tuli manakan dinding, kerusi, jemuran habis disondol. Ia mendengus masil gagal mendapatpan Lilly kerana gadis itu bijak mengelak.

"Abit mengapai senapang patahnya. Diperiksa butir peluru. Dikatup sebelum disasarkan, BANG! dentuman kuat membingitkan telinga Lilly tanpa sengaja dia melepaskan pegangan oleh itu dia dan Tino jatuh terlentang di atas Jalan. Bibir Lilly nyaris tergores pada kuku filolial itu, untung Tino menariknya ke tepi sebelum jatuh menghempap badan sasa adik bapanya.

"berapa kali aku nak jatuh? "rungut Tino. tanpa sedar sikunya terluka kerana tergores pada serpihan kaca yang pecah bertaburan di Jalan saat menyelamatkan Lilly. Lilly pula hanya calar di kening.

"babi nya mana?" mereka berdua mengurut nafas lega melihat babi yang telah tewas ditembak pada punggung. Bagaimanapun, Lilly menarik tangan Tino menggesanya melarikan diri menyadari Abit sedang meluru ke arah itu tanpa segarit senyuman. Senapang patah masih digenggam.

letusan Kali kedua dilancarkan mematikan niat Lilly dan Tino. Ketakutan kedua mereka segera melutut.Tangan diangkat melepasi tahap bahu.
Lilly sempat menggetap bibir mentertawakan rupa Tino. Lumpur itu sudah pun menggeras.

"kamu berdua memang takde hal nak buat ke? apa lagi lepas ni? bagitau biar aku cegah?" Abit meletakkan Laras senapang itu di Bahu Tino.

"kenapa Bapa macam ni? macam tak biasa?" sahut lily. Laras senapang ditolak sedikit ke tepi.

"macam mana aku tak biasa? tempat ni bukan nya tempat biasa pun tambah lagi dengan beruk macam korang semua ni" Satu persatu daripada mereka bersahabat dihunus menggunakan senapang.

Teman-teman Lilly keluar daripada persembunyian. "tak tenang Aku dibuatnya..yg paling tua pula macam budak main je kerja!" William tersengih diomeli Abit.

"korang semua..jangan buat apa-apa macam biasa..selagi mereka yg cipta masalah, mereka yg seledaikan masalah" penduduk Desa mengangguk mengerti bicara Ketua desa.

"jadi siapa yg menang?" bisik Abit ingin tahu.
"siapa lagi? anak bapalah?" Lilly mendabik dada dengan bangga. Abit tersenyum Puas. tidak sia-dia didikan dia selama ini. segala tunjuk ajar mampu dipelajari oleh Lilly dalam masa singkat, segala yg dilihat walaupun cuma sekali dpt dihafal olehnya.

kelebihan gadis itu telah disedari oleh mereka saat Lilly berusia 6 tahun, dimana dia telah mengemukakan kelainan selok belok desa itu yg sering berubah. malah dia tidak pernah sesat Jika ditinggalkan di mana-mana.

satu ketika Dia telah dihalau daripada pusat perjudian kerana telah menghafal semua kad hampir di setiap tangan pemain dan membocorkan kad itu kepada sesiapa yg ingin membayarnya di setiap pusingan.

Lilly adalah kebanggaan desa itu. Dia anak emas setiap warga, dikasihi dan dipercayai. Mereka turut percaya Lilly diberkati dengan keajaiban dan mampu mentafsir segala benda.

"kemas! baiki semua tempat kalau tak nak bayar!" sepantas kilat mereka bangun setelah dijerkah Abit. Tino bermalasan. Mulutnya dicebik dengan kelopak mata dikedip beberapa Kali. Tidak mendapat pujian.

"Aaa!" belum sampai sesaat, lilly terduduk semula. jari jemari dicengkam pada betis Tino. Badannya menjadi kaku.

Abit melutut seraya menatap wajah Lilly. Tino pun berdiri di sebelah Abit untuk menutup pandangan warga.

"kenapa?" Bapa Lilly cemas tidak mendapat sahutan. Lilly hanya terduduk kaku dengan mata terbeliak. Bola mata hitam Lilly membesar menutupi seluruh soket matanya. tubuh itu memucat, urat hijau muncul di sekitar mata.

selang beberapa minit, Cengkaman itu dilepaskan. Lilly bergerak semula. Abit membiarkan dia berdiri sendiri setelah mata itu kembali normal.

Tino mengesat peluh di dahi Lilly.lilly berterima kasih pada pak ciknya. dada terasa sempit diurut sambil menyuruh Tino tenang. Lilly tahu Tino khawatir. walaupun sering bertengkar, Tino amat menyanyanyi Lilly seperti darah daging sendiri.

"apa kau nampak?" hening sebentar.
"kematian.." jawab Lilly. Abit dan Tino saling bertatapan.

watak Lilly dulu diletakkan peranan yg lebih kecil, tapi sekarang saya berhasrat utk memberikannya peranan yg lebih besar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience