Lilly:9

Romance Series 1572

Lilly memejamkan mata sambil mengapungkan badan di atas permukaan air. Dia memilih kawasan itu kerana ia agak menjauh dari kawasan kampung dan jauh daripada gerombolan orang. Jiwa itu tampaknya lebih berminat untuk menyeloka alam liar, tempat itu diibaratkan Lily dicipta untuknya.

Terlena sebentar tanpa disedari, seekor ular berenang merentasi bahagian kepala lily lantas menyepi di atas dadanya. Ralit memerhatikan wajah Lilly yang berona kemerahan meskipun sedikit pucat. Ia mengeluarkan taring bersedia memberikan bisa demi mematikan gadis itu. Malangnya, Lilly terjaga sambil terbatuk kecil mengeluarkan air yg masuk ke dalam rongga hidung.

berwajah kusam, Dia menyelam ke dalam sungai kerana agak kepanasan diselar cahaya matahari. saat itu juga dia melihat ular bersisik putih bertompok emas di hujung ekor berenang masuk ke dalam sebuah lubang kecil di bawah sungai "ke mana dia pergi?" soal Lilly di dalam hati. ingin dikejar tetapi tidak dapat kerana lubang itu tidak muat untuk badannya.

"mesti dalam tu banyak benda berharga" guman Lilly. Tidak henti-henti memikirkan jumlah barangan berharga yg boleh didapati di dalam lubang itu.

"pewitt! siapa yg di situ..si cantik manis apa kau buat di situ sendiri?" sebuah kereta kuda yg hampir usang digendolai oleh beberapa orang lelaki berhenti tidak jauh dari sungai.

Lilly yang baru menyisingkan busur berhenti menapak.Tanpa senyuman, Bola mata abu-abu miliknya bersinar di dalam kegelapan memerhatikan gelagat para lelaki yang licah berbual seperti merencanakan sesuatu. Lilly pun berdiri tegak mendengar sayup perbualan mereka nafasnya agak kencang sehingga menghasilkan kabus.
Tanpa mempedulikan mereka, Lilly membuat keputusan untuk pergi tetapi dihalang.
"ehh.. mana Boleh pergi? Kau belum jawab soalan aku lagi .." lelaki itu mendepangkan tangan merangkul Lilly sambil matanya liar memerhatikan setiap Inci tubuh Lilly yang agak kelihatan kerana kebasahan. Dia menjilat bibir. Manakala yg lain tiba-tiba menyepi. Dengan perlahan mereka mengalihkan pandangan kearah bertentangan.

Lilly memberanikan diri bertentang mata dengan lelaki itu, sedikit marah diperlekehkan apatah lagi perbuatan orang asing itu seenaknya meramas pinggulnya.

"kemana kau nak pergi berburu sendirian di hutan begini hmm? bahaya nanti benda cantik macam kau boleh mati..nak aku teman?" Jay berusaha meriuhkan suasana menyadari kejadian itu enggan ditonton oleh sahabatnya. Wajah didekatkan ingin mencium Lilly,

tingkah itu terhenti apabila Lilly lebih pantas mengalihkan wajahnya ke telinga Jay lalu membicarakan sesuatu berbaur ngauman seekor singa membuat riak wajahnya berubah.

Kaget bercampur marah, dia terlompat ke belakang. wajah dia kemerahan sampai ke telinga. Picu ditarik ditembak tepat ke kening Lilly. Berfikir Lilly tewas Jay ketawa bangga dengan kebolehannya.

Anehnya, peluru itu lesap. Sekelip mata pistol itu patah dua terbang ditendang Lilly. ketakutan dia memanggil temannya untuk melunasi Lilly tetapi mereka hanya berdiam diri. Bahkan mereka enggan menghiraukan situasi itu. kenapa?

"hmm..," Lilly membuntuti pergerakan Jay sambil bermain dengan hujung mata panah.

"kemana kau nak pergi bawa kereta kuda ni ke sini? tak takut mati?" soalan itu berbalik kembali kepada empunya. Dua taring tajam terselah saat Lilly berbicara menyimpulkan andaian Jay akan identiti gadis itu.

"orang gatal macam kau..tak layak hidup lama, budak hingusan macam ni nak remehkan aku? bunuh aku? ..Kat tempat aku?!!" Lilly menderam marah. ngauman Lilly menambahkan getaran lututJay.

Hawa terasa dingin walaupun matahari terpacak dilangit. Peluh memercik di dahinya. Enggan mengalah serta tampak lemah Jay menendang perut Lilly, apabila Lilly terbaring dia terus anaknya panah yg terjatuh dari jari Lilly dirampas dibenamkan ke dada Lilly. perbuatan drastik Jay membuat yang lain terngaga.

Tujahan itu ditahan, pergelangan tangan Jay dipulas. Tubuh Jay dipeluk menggunakan betis, merasa lemas Jay bangkit ingin membalas namun Lilly terlampau kuat baginya. Apabila tubuh mereka naik ke atas, saat Lilly menggigit tulang belulang pada Bahu Jay membuat anak itu terjerit-jerit Minta dilepaskan. Lilly akur. belum sempat dia berdiri, perut lelaki itu ditendang. Jay ternganga sambil menahan senak di perut.

Beberapa orang turun daripada tunggangan, Jay diangkat menjauh Lilly risau nyawa muda itu melayang. Mereka bertempiaran lari gerun melihat Lilly mendekat.

Pertelingkahan mereka berakhir dengan kemunculan seekor kuda hitam ditunggangi oleh seorang pemuda bermisai tipis.

"is this how you train your minion Jerry?.. pathetic" Lilly meludah Mengesat darah di bibir berlalu pergi.
Jeremy meminta maaf. Lilly mengangguk saja Matanya masih menjeling Jay. "kurang ajar..kalau kau tak nak dia mati cepat..ajar dia bersopan" ucap Lilly.
sekali lagi langkah gadis itu terhenti, dia berpaling semula. "siapa lagi kau bunuh Kali ni? jangan tinggalkan banyak sampah Kat sini..nanti busuk." Jeremy membuat tanda roger memahami arahan itu. Lilly pun pergi sambil melambaikan tangan. Jeremy mengurut nafas lega.

"siapa perempuan tu?" tanya Vaness.
"dia tu Ketua kawasan ni, semua orang dengar cakap dia, dia benci lelaki terutamanya orang yg suka melecehkan perempuan.." jawab Xhan yg sedang merawat luka Jay.
mendengar ayat itu Jay kembali menyoroti Lilly yang berlalu pergi.
"kenapa kau senyum?" tanya Vaness lagi.
"Dia cantik" jawab Jay.

"mestilah dia cantik, binatang lah katakan tapi tetap jugak buas. Jangan ganggu buang masa,"
Jeremy mendengus. Ngilu tusukan belati perak daripada Lilly pada permukaan tapak tangannya masih dapat dirasakan walaupun luka itu didapatinya 2 tahun yang lepas apabila perbuatan mencabulnya terhadap seorang gadis di hidu oleh Lilly.

"ini kawasan singa putih..jangan cari pasal..ada masa kami bermain..ada masanya tak" perkataan bengis Lilly masih diingat jelas malah sudah dihafal oleh Jeremy.

Jay, vaness dan zhan hanya mengangkat bahu mendengar bait Kata-kata Jeremy.
"sudah!pergi!" mereka pun bergegas ke dalam hutan yang lebih dalam untuk membuang mayat-mayat yang kian membusuk bertimbun di dalam kereta kuda.

"ada hari aku lahap kau betina..geram aku kawasan kau? ini tempat aku bodoh!" Nada bisikan halus itu singgah di gegendang telinga Jay. Dia berkerut.

"Dia aku punya.."monologue Jay pula. Tidak akan dia biarkan Jeremy merampas wanitanya sekali lagi. Bisa gigitang lillu mula menjalar ke tengkorak. Tersengguk-senguk Jay menahan rasa sakit. Anak telinga berdesing tidak mampu mendengar sebarang bunyi. Kepala terlentok ke tepi, Jay tertidur nyenyak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience