Rate

24

Romance Series 9255

Aku mendongak ke atas dan.....

Itu dia!!!

Beruk berkepala dua!!

"Muaz!!"

" Ahahahhaha" lelaki itu begitu seronok gelakkan aku. Heh. Tunggu kau japgi.

Aku melangkah mendekati pokok yang dipanjat oleh Mr Hot Spicy. Macam mana nak panjat pokok ni? Tangga? Ah.. malaslah. Macam perempuan sangat nak guna tangga bagai. Hehehe... Kata-kata orang yang tak sedar diri yang dia tu perempuan.

Hmmm... Gasak jelah. Lama tak tunjuk skill memanjat pokok ni. Last Aku panjat time darjah 6 dulu time arwah aki masih ada. Aku ingat lagi after kantoi panjat pokok tu aki ligan Aku keliling laman rumah. Katanya perempuan tak boleh kasar-kasar panjat pokok bagai takut nanti jatuh tak pasal-pasal tangan patah. Jatuh harga hantaran.

Lamunan Aku terhenti apabila Mr Hot Spicy baling biji rambutan ke kepala aku lagi. Sakit la Ngok... Kau fikir kepala aku ni dibuat dari tembaga ke duk main baling macam ketuk gamelan je.

" Janganlah baling lagi. Sakit tau..."

Batang pokok rambutan aku panjat hati-hati. Wuishhh Susah jugak nak naik dari dahan yang aku panjat ke dahan yang diduduki oleh Mr Hot Spicy.

Mamat tu boleh buat bodoh je dari tadi. Bukan nak tolong tarik aku ke apa.Sambung makan rambutan lagi adalah.

Sebaik sahaja aku berjaya duduk di sebelah Mr Hot Spicy Aku terus memetik buah rambutan yang bedekatan. Kulip dikopek lalu aku memasukkan isinya yang putih ke dalam mulut. Emmmm... Manisnya! Aku suka! Patutlah mamat ni  tak turun-turun dari tadi.

"Buat apa dekat dusun ni? Tadi orang ajak kata penat, ni asal tak rehat kat rumah je?" Mr Hot Spicy memetik beberpa biji rambutan lalu disuakan kepadaku. Matanya dari tadi tidak lepas dari memandangku menunggu aku menjawab soalannya.

"Bosanlah dekat rumah. Lagipun opah takda. Pergi mengurut rumah siapa tah. Rumah Mak Cik Millah? Tah la..." Aku sambung mengunyah rambutan .

"Ouhhh.. rumah Mak Cik Millah..."

"Atuk mana? Bukan tadi awak datang dengan atuk ke?" Soalku pelik. Yalah dari tadi Aku tak nampak atuk. Yang aku jumpa hanya mamat ni je. Duduk atas pokok makan buah rambutan.

"Atuk ada dekat pondok sembang dengan papa dan mama. Diorang baru sampai." Ouhhh... Papa dah sampai. Aku termenung memerhatikan gerak Geri Mr Hot Spicy. Dia ni memang makan pun nampak kacak eh? Seksi je rahang-rahang tu bergerak bila dia mengunyah.

" Kau kenapa tenung aku macam tu. Aku tahu lah aku ni kacak. " Mr Hot Spicy tersenyum sinis apabila menyedari aku merenung nya.

" Perasan. Saya bukan apa. Saya cuma suka lah bila kita sekali sekala buat activiti macam ni. Dating atas pokok. Rasa macam monyet sedang dilamun cinta je..."

Aku menyatukan kedua-dua tangannya dibawah dagu konon kononnya Aku suka.

Lelaki di sebelahku hanya tersenyum melihat gelagatku. Sumpah weh aku speechless gile. First time dia senyum macam ni. Kalau tak selalu senyum nampak sinis je..

Tiba-tiba Mr Hot Spicy terjun dari pokok dengan selambanya. Wuishhh... Mamat ni, tak sayang nyawa ke

" Turunlah. Jom balik, dah lewat ni. Lambat aku tinggal. Kau duduk la atas pokok tu sambung dating dengan monyet"

Aku mula mengelabah apabila lelaki itu berura-ura ingin meninggalkan aku sorang di dusun ini.

Aku memandang ke arah bawah. Bapak tinggi! Macam mana nak turun ni? Huhuhu.. tu lah kau Laura. Naik reti bila nak turun tak reti. Tadi berlagak sangat panjat tak mau guna tangga. Sekarang terimalah padahnya.

"Awakkk... Tunggu la. Tinggi... Saya tak reti turun." Mulutku sebekkan. Air mata bila-bila masa saja akan mengalir keluar.

Ishhh... Kau ni Laura dah kenapa tiba-tiba Jadi cenggeng. Aku tahu.. ni sahlah cik merah nak keluar ni. Tu yang emo semacam.

"What? Are you seriously? Kau naik pandai. Nak turun tak reti. Ah Aku tak kira. Aku nak kau turun sekarang jugak kalau tak aku tinggal. Aku tak nak tolong dah... Kau faham- faham jelah dalam dusun macam ni ada apa. Selagi kau tak turun selagi tu kau dekat atas. Aku counting sampai 5 je Aku nak kau terjun dari atas tu. Kalau tak aku blah."

Lelaki itu mencekak pinggangnya
sambil menunjukkan riak muka tak puas hati.

Dengar nada suara lelaki itu yang kuat plus tegas lagi lah membuatkan air mata ini ingin mnitis. Aku mengemam bibir bagi menggelakkan bunyi esakan terlepas keluar.

Muaz di bawah hanya memerhatikan isterinya yang terketar-ketar ingin turun dari pokok. Dia bukannya tidak boleh menolong tapi dia sengaja membiarkan wanita itu melakukannya sendiri kerana ingin melatih wanita itu berlajar mengatasi ketakutan bila dalam suatu situasi.

Suara sengaja ditegaskan supaya
wanita itu tidak berani membantah. Bukan dia tidak nampak mata itu sedang berkaca namun dikuatkan hati. No Muaz! Kau jangan lembik dengan dia. Lepas ni banyak lagi yang dia akan berlajar.

Muaz mula mengatur perancangan untuk melatih isterinya seni mempertahankan diri. Hidup disamping lelaki sepertinya bukan mudah. Masih rmai lagi manusia yang ingin melihat kejatuhannya. Oleh itu dia ingin mempersiapkan isterinya supaya wanita itu boleh bertindak jika berlaku perkara buruk.

"1.." Muaz memulakan kiraannya .

"2.."

"3.." Wanita itu memandangnya dengan wajah minta simpati.

"4.."Wanita itu semakin gelabah. Nampaknya lelaki itu tidak bermain dengan kata-katanya.

"5"

Tanpa berfikir panjang Laura terus terjun dari pokok rambutan. Mata dipejam serapat-rapatnya apabila memikirkan sakit yang bakal dialami sebaik sahaja punggungnya mencecah tanah.

Tiba-tiba terasa ada sesuatu yang menghalangnya dari bertemu tanah. Keadaan itu membuatnya terasa seolah regranting. Apabila menyedari diri berada dalam kendonggan seseorang ,Laura terus menghamburkan tangisnya.

Muaz hanya memerhatikan Laura yang menanggis dalam kendonggannya. Senyuman nipis menghiasi bibirnya. Alahai... Isteri siapalah yang cenggeng sangat ni.

Kau ni pun satu Muaz. Sahlah budak tu nangis. Kau suruh dia terjun tadi kot bukan suruh pergi beli nasi lemak.

"Syuutt... You are safe with me now..." Kata-kata itu dibisikkan lembut ke telinga isterinya. Wanita itu masih tersedu-sedan walaupun tangisannya sudah reda.

Mata yang masih terpejam itu dikucupnya sekilas sebelum kaki melangkah untuk berjalan pulang ke rumah sambil menggendong isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah, masing-masing sibuk menyoal risau keadaan isteri yang berada dalam kendonggan nya. Soalan demi soalan sehingga membuatkannya rimas namun hanya dibalas dengan senyum sahaja. Dia faham, haruslah seisi rumah itu risau . Yalah tadi sebelum pergi ke dusun Laura hanya baik-baik sahaja namun kenapa balik dengan keadaan yang baru lepas nangis. Dahlah sedang digendong pula tu.

Laura diletakkan diatas katil dengan berhati-hati. Wanita itu sedari tadi hanya mendiamkan diri. Mungkin sedang merajuk....

Belakang gadis yang sedang menyidai kain diampaian dipandng sepi. Masuk hari ini dah genap 3 hari Laura tidak mahu bercakap dengannya. Gadis itu hanya bercakap apabila mereka berada bersama keluarga sahaja dan kembali menjalankan mogok suara apabila mereka tinggal berduaan. Sungguh Muaz mati akal mahu memujuk Laura .

Sungai yang jernih disebelah rumah dipandang sepi. Yalah, isteri buat tak tahu dua hari ni. Kalau tak boleh juga ajak teman main air. Tiba-tiba wajah monyok itu tersenyum. CING!!! Muaz mendapat akal bagaimana mahu membuat wanita itu bercakap semula dengannya.

Tubuh yang sibuk menyidai kain itu didekati dengan langkah perlahan-lahan. Sebaik sahaja tiba, tubuh ramping itu diangkatnya lalu berlari laju menuju ke arah sungai.

Laura yang sedar akan arah yang dituju oleh Muaz terus menjerit kuat. Belum sempat memberi amaran tubuhnya terasa basah lalu tenggelam sambil merangkul erat leher suaminya.

Sebaik sahaja timbul di permukaan air rangkulan ke leher lelaki itu semakin dieratkan takut tenggelam semula. Dia dahlah tak pandai berenang.

" Awak ni memang sengaja kan nak tengok saya mati awal. Dah la haritu paksa saya terjun pokok ni nak lemaskan saya dalam sungai pula"  Wajah dihadapannya ditatap dengan dingin.

"Apa yang kau merepek ni. Okay fine aku minta maaf. Aku buat macam ni sebab setiap kali aku cakap kau buat tak tahu je dekat aku. Aku tahu lah aku salah sebab suruh kau terjun haritu tapi aku ada alasan Aku yang tersendiri. Aku nak latih kau jadi seorang yang  berani. Supaya nanti kalau something bad happen kau boleh survive. Lagipun Aku sambut kau kan. Takda kecerderaan dekat mana-mana pun kan. Janganlah merajuk lagi. Aku kan suami kau. Tak baik tau buat suami macam ni. So kau nak maafkan Aku ke tak? Baik kau maafkan. Kalau tak aku lepas pengganggan dekat pinggang kau. Biar kau tenggelam. Pastu pandai- pandai lah kau nak timbul balik. Siapa suruh merajuk dengan Aku lama-lama." Wajah Laura yang berona pucat dipandang. Yalah... Pagi-pagi lagi aku dah huban dia dalam sungai mana tak sejuk budak Ni

"Yalah... Saya maafkan awak...."

Wajah monyok ditunjukkan. Mamat ni main ugut-ugut pula. Mahu tak mahu terpaksa lah aku ikut dia. Kang kalau ikut ego kang tak pasal-pasal aku mati lemas dekat sini. Mamat ni bukan boleh harap sangat. Species heartless. Hmm... Beranganlah kau Laura kalau nak dia pujuk elok-elok.

"Yeke kau dah maafkan Aku? Kalau maafkan kenapa muka ni still masam lagi?"

Aku mengonyakkan senyuman
selebar boleh tidak ikhlas . Huh.. paksa orang senyum pula mamat ni. Ishhh bencinya!!! Dia selalu nak menang. Geram aku dibuatnya.

" Ya Allah! Cucu-cucu !! Kenapa berendam pagi-pagi ni. Mari naik atas. Demam nanti. Haishhh kamu ni muaz, bukan nak jaga isteri tu. Betuah punya cucu!" Suara cap halilintar opah dah keluar mengejutkan kedua-dua nya. Muaz hanya tersengeh seperti kerang busuk. Tahu akan kesalqhan diri.

Tubuh ramping isteri dibawa ke daratan. Opah menghulurkan tuala kepada kedua-duanya.

"Siapa sampai ke toilet dulu dia Mandi dulu. Siapa lambat tunggu lah dengan baju basah tu" Sebaik sahaja Mr Hot Spicy berkata demikian lelaki itu terus berlari meninggalkannya.

Laura pula dengan pantas mengejar langkah Suaminya. Heh... Kali ni Aku takkan bgi kau menang dah.

"Muaz! Mana aci...."

"Aci dekat India" jawab lelaki itu selamba sambil ketawa.

Sebaik sahaja........

Bersambung...

Hai u all. Hehehe.. panjang dah kita type ni. Sambung nanti ehh..

Share this novel

mawar
2020-04-19 09:10:48 

Sweetnya lah


NovelPlus Premium

The best ads free experience