Rate

23

Romance Series 9255

Aikkk...

mana laki Aku?

" Muaz?"

pelik. Takkan dia keluar kot. Tak bagitau aku pun. Selalunya nak keluar pergi mana-mana dia bagitau aku tak pun tinggal nota.

Kaki Aku bawa melangkah masuk ke bilik. Aku merendahkan badan dalam posisi merangkak. Kepala Aku tundukkan sedikit untuk melihat bawah katil. Manalah tahu kot-kot mamat ni nak main hide and seek dengan aku.

Takde pun.... Muaz mana kau ni.....

Aku bangkit semula. Almari dituju. Mungkin kat sini kot. Pintu almari dibuka...

takda juga.... ishhh.. dia nih. Mana hilang pula. Penat aku cari dahlah bilik ni panas. Biasalah rumah kampung ala-ala traditional mana ada pendingin hawa.

"Muaz... mana awak ni..."

Aku merebahkan badan di atas katil. Fuhhh... penat. Mata aku pejamkan sambil berfikir nak cari Mr. Hot Aku Ni dekat mana. Baju aku selakkan sedikit ke atas menampakkan perut putih gebuku. Panas....

MUAZ POV

Aku terus berlari menyorok di belakang pintu apabila terdengar bunyi kaki memijak lantai papan menuju ke arah bilik. Sah tu mesti Laura. Yalah dia je dekat sini yang lari dalam rumah macam tu. Takkan opah ngan atuk kot.

"Muaz?"

Kan aku kata itu Laura. Nafas Aku kawal sebaik mungkin takut Laura dengar. Nanti kantoi la tempat oersembunyian aku. Kahkahkah...

Gadis itu kulihat merendahkan badan untuk mencariku di bawah katil kemudian mencariku di almari pula. Entah kenapa bila dengan Laura aku jadi macam ni. Aku tahu aku jenis yang serius memanjang sampai dekat ofis tu ramai yang takut nak tegur aku tapi bila dengan dia Ni aku berubah. Aku suka sakat dia. Aku suka tengok dia mengelabah plus dengan muka merah dia tu. Comel....

Ishhh... apa kau ni Muaz. Takkan kau dah jatuh cinta kot....

Aku merenung tajam ke arah Laura yang sedang menyelak bajunya. Minah ni... selalu menguji kesabaran aku. Tadi dia duk tertongeng-tonggeng . Ni duk buat free show perut ramping dia pula. Ya Allah.... tolong lah hambamu ini. Aku manusia biasa juga. Tambahan Aku ni lelaki normal, punya nafsu....Haishhh... halal pula tu. Aduh.. galau macam ni.

End Pov

Laura menepuk perutnya.Lapar..... tapi kena cari mamat tu dulu. Nak ajak makan sesama. Tanpa dia sedari sepasang mata tajam seperti harimau yang kelaparan sedang memerhatikan segala perlakuannya sedari tadi.

Tiba-tiba terasa sesuatu yang hangat menyentuh dahinya. spontan matanya terbuka. Terkejut apabila wajah yang dicari sejak tadi sedang merenungnya dengan wajah yang tegang. Kedua-dua tangannya Cuba menolak tubuh yang memberat di atas nya. woiiii... Kau fikir kau ringan ke nak tindih-tindih aku bagai. Adoiii la... oksigenn!! please....

"Muaz... tad...."

Kata kataku terhenti apabila bibirku terasa ditindih dengan suatu yang lembut. Mataku terbuntang luas. Mr Hot ni kiss Aku? Aku cuba menolak tapi lama kelamaan aku turut membalas ciumannya apabila bibir itu melumat bibirku lembut. Damn! Aku terbabas lagi bila dengan dia.Mata aku terpejam apabila terhanyut dengan permainan bibirnya.

Bagaikan kejutan elektrik apabila terasa tangannya yang kasar mengusap lembut perutku. Seluruh anggota badanku bagaikan lumpuh tidak mampu menolak perlakuannya terhadapku. Aku seolah-olah lemah apabila sepasang mata hazel itu merenungku dalam. Seolah dipukau membiarkan lelaki itu mencumbui bibirku....

Setelah lama dalam keadaan itu dia meleraikan tautan antara bibir kami. Dadanya sedikit berombak mencuri nafas begitu juga dengan aku.Dengan tak semena-mena dia menarikku berdiri dan membetulkan bajuku.

" Tu punishment dari aku. Lain kali jangan cuba nak uji kelakian aku. Harini kau selamat. Kalau kau buat lagi aku tak janji kau dapat keluar dari bilik dengan selamat. Faham?"

Lelaki itu mengenyitkan matanya bersama senyuman nakal sebelum melangkah keluar dari bilik meninggalkan aku keseoranggan yang masih terpaku dengan adengen yang berlaku sebentar tadi.

Aku kembali tersedar apabila terdengar bunyi pintu ditutup. Apa dah Jadi dengan Aku nih

" Muaz!!!"

Ha... kan dah keluar suara tarzan Aku tu. Tu lah sapa suruh cari pasal. Mamat ni suka sakat Aku. Lagi panas hati Aku bila dengar suaranya yang sedang ketawakanku diluar.

Malas nak layan perasaan Aku terus turun ke bawah menuju ke pangkin. Mr Hot Spicy tu kulihat sedang sedap mencekik pisang goreng opah. Aku melabuhkan punggung di sebelah opah. Pisang goreng aku ambil satu lalu kusuap ke dalam mulut. Emmmm... sedapnya.........

" Laura... lamanya kamu dekat atas" Tegur opah . Mungkin hairan kut bila tengok Muaz turun dulu dari aku.

"Hah? ha... ya..ya.. tad..tadi aa..ada.. ha.. ada cicak besar dalam bilik. Laura halau dia dulu. Takut berak dalam bilik." Masa ni lah penyakit gagap Aku nak datang. Opah pun satu Tanya soalan time Aku takda idea pula.

"Ouhhh patutlah dengar kamu menjerit nama Muaz tadi." Tambah atok. Haah.. atok... Laura jerit sebab geram dengan cicak besar sebelah Laura ni. Tak habis-habis nak buat Laura tak keruan.

" Tapi bang dah lama rumah ni takda cicak. pelik saya dibuatnya"

"Tullah... hmmm..ha. Muaz.. lepas makan ni jom pergi tolong atok Kat dusun tu. "

Mr.Hot spicy terkejut sedikit apabila namanya tiba-tiba disebut. ha.. tu la. Dari tadi duk makan ja tahu bukan nak tolong aku menjawab. Eyy... nasib kau suami Aku mamat kacak kalau tak ....

" Boleh atok. Lagipun lama dah Muaz tak pergi dusun atok tu."

Aku melangkah menuju ke belakang rumah. Titi kecil yang melimtanggi sungai Aku seberang hati2. Kang buat kasar2 patah pula. Aku dahlah tak pandai berenang.

Mana atok. Tak nampak pun. pokok-pokok aku pandang dengan kagum. Banyaknya buah... Tak rugi Aku ikut Mr Hot Spicy balik ke kampung neneknya musim-musim buah ni. Hahahah haha

Tiba-tiba...

" Adoiii.." Aku memandang sekeliling. sapalah yang baik hati sangat baling biji rambutan dekat Aku ni.

Semasa Aku mencari-cari si perlakunya Aku dibaling dengan biji Dan kulit rambutan bertubi-tubi. Sakit la bongok. Beruk sapalah yang nakal sangat ni. Kalau dapat dekat aku siap kau beruk. Aku tangkap bagi kahwin dengan Aku Baru tahu.Kahkahkah... eyyy... lawak plus geli pula Aku dengan statement sendiri

Aku mendongak ke atas..........

CING!!!

Hulalala~

Bersambung.....

Thanks reader sekalian. Love you.. don't miss me eh. Bye... Huakaakakhahahha

Muah

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-04-18 14:06:44 

lm menunggu sambungan ceta ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience