Rate

25

Romance Series 9255

Sebaik sahaja tiba di dapur, kedua-dua mereka berebut menaiki tangga menuju ke bilik untuk mengambil tuala dan baju salin. Berdentum-dentum bunyi tapak kaki mereka menghentak lantai papan membingitkan rumah. Air yang menitik daripada pakaian mereka menyebabkan lantai rumah yang kering menjadi basah.

"Kejarlah kalau boleh. Kahkahkah"

"Eleh.. mentang-mentang kaki saya pendek dari awak, awak nak pandang rendah dekat saya. Hello... Saya ni ratu pecut zaman sekolah rendah tau."

"Ouhh kalau macam tu meh kejar ratu pecut zaman tadika ni"

Berlakulah aksi kejar mengejar mereka sambil tolak menolak apabila kedua-duanya tiba di muka pintu bilik.

"Cucu!!! Roboh rumah aku nanti siap korang berdua!"

Amaran daripada opah diluar rumah lansung tidak dihiraukan oleh mereka. Masing-masing sibuk mengambil barang mandian.

Muaz terus menolak isterinya jatuh ke katil apabila tangan itu juga tidak kurang pantasnya mengambil keperluan mandian. Wah.. Bini aku memang betul-betul nak fight dengan aku ni. Aku cuma gurau je tadi tapi memandangkan dia ambil serius terpaksa la aku teruskan juga.

Selendang di kepala katil diambil lalu dililit longar menutup muka Laura yang masih terkial-kial ingin bangun daripada katil.

"Awak main kotor! Mana adil" Wajah Mr hot Spicy dijeling tajam. Huh! Apa ni main tolak-tolak ingat aku ni almari ke.

Tanpa membuang masa Laura menuju ke arah hanger yang menyangkut tualanya dengan pantas. Kepala dikalihkan  melihat suaminya yang sibuk membuka zip bagasi.

Heh... kau nak main kotor sangat kan.... Sekarang ni rasakan akibatnya...

Tuala milik Muaz yang tersangkut bersebelahan tualanya diambil lalu kaki pantas menuju ke tingkap. Tuala di peganggannya diangkat tinggi lalu dilepaskan. Huahahahah... Bersemadilah kau dengan tenang di sana....

Muaz yang melihat tidak sempat menghalang Laura. Matanya tajam menikam wajah isterinya.

Laura yang menyedari pandangan tidak puas hati lelaki itu hanya buat muka tidak faham.

Opss...Mulut yang ternganga kononnya tidak sengaja itu ditutup menggunakan belakang tangan. Senyuman sinis dipamerkan. Kemudian kaki melangkah selamba melintasi hadapan Muaz untuk bergegas ke bilik air.

"Laura! Ouhhh main kasar eh siap kau malam ni."

Laura hanya tergelak mengekek apabila mendengar suara tidak puas lelaki itu. Eleh... Sibuk nak ugut orang. Pergi lah ambil towel kau dekat luar sana tu. Bye... Aku nak mandi dulu Miahahahaha.....

"Laura... Lipat baju tak sudah lagi ke"

Opah dari dapur menegurku sambil menatang dulang air sebelum diletakkannya diatas meja.

"Haah Opah. Tinggal sikit lagi ni."

Duduk simpuhku betulkan sedikit. Lenguh. Dah sejam aku duduk bersimpuh. Kaki pun dah rasa kebas semacam.

"Aduh..."

Aku pantas memegang dinding rumah untuk mengampu badan. Haii kaki... Masa inilah kau nak kebas. Niat untuk membawa baju yang sudah dilipat ke dalam bilik terbantut. Sebaliknya Aku berdiri sambil merenung kaki sendiri. Nak bergerak seinci pun dah tak boleh.

"Okay tak tu?"

Niat Muaz untuk minum air terhenti apabila terdengar aduhan Laura. Risau dibuatnya apabila melihat keadaan Laura yang berdiam diri sambil merenung kaki. Dah kenapa pula minah ni... Kena sampuk ke apa?

"Err... Okay. Kaki kebas je"Kaki yang masih terasa kebas kembali ditenung.

Muaz bangun bergerak mendekati Laura. Cawan kopi ditangan diletakkan kembali diatas meja.  Tangan kanan cuba menyentuh kaki Laura untuk diurut perlahan namun belum sempat tangannya diletak pada permukaan kulit gadis itu pantas menegah.

"No! No..no..please... Jangan sentuh. Tak tahan kebas ni"Wajah Laura kelihatan panik. Dia memang seorang yang tak tahan kebas. Kalau disentuh pada permukaan kebas pasti dia akan ketawa terbahak-bahak kerana tidak tahan geli.

"La... Kebas la kena buat macam ni. Cuba jalan perlahan-lahan. Bagi hilang kebas tu. Takkan nak berdiri dekat sini sampai esok" Lengan gadis itu dipautnya. Mahu meminpin Laura berjalan. Karang kalau dibiarkan sendiri mahu ada buah nangka jatuh tergolek kang. Gegar pula rumah papan opah ni.

" Betul cakap Muaz tu Laura. Darah tak lancar tu yang rasa kebas. Ha.. Muaz. Tunggu apa lagi. Bawak isteri kamu masuk bilik urut kaki dia. Kesian Laura tu. Baju kat sini takpa nanti opah tolong bawak masuk bilik kamu." Atuk yang dari tadi memerhati gelagat Laura menyampuk.

Terjerit kecil Laura apabila Muaz menggendong tubuhnya tanpa amaran. Wajah disembunyikan pada tubuh lelaki itu apabila terdengar bunyi tawa daripada opah dan atuk. Adehhh... Mamat ni tak malu betul depan atuk dengan opah selamba lepas perangai. Ada juga yang kena lepuk ni.

Muaz meletakkan isterinya dengan berhati-hati di atas katil. Minyak urut di dalam laci meja solet dikeluarkan. Kaki kembali melangkah menuju ke arah katil yang menempatkan Laura.

Muaz menyelak sedikit kaki seluar Laura untuk memudahkan kerjanya.

" Mak!! Aw... awak.. nak buat apa ni"  Tanya Laura mengelabah. Dia main selak-selak kain pula. Badan yang berbaring terus terduduk tegak. Akibatnya meraung la Laura dengan gerakan drastiknya.

" Baring la sini. Orang nak urut kaki kau la. Kau fikir apa hah? Kau ingat aku nak tut tu eh."

Kaki Laura terus ditariknya membuatkan Laura terbaring. Sorry sayang....  Terkasar..Kau tu degil sangat.

Melihat Laura yang tidak mengendahkannya, Muaz kembali mengusik.

" Alah... Kau tak payah nak takut. Kalau aku nak pandai la aku minta elok-elok dari kau." Muaz hanya ketawa dalam hati. Kelakar apabila mengigatkan muka cuak gadis itu. Tangan menyambung mengurut kaki Laura perlahan. Matanya ralit memerhatikan kaki Laura. Alahai... Kecik je kaki dia. Rasa macam nak dipatah-patahkan.

"Diam la... Hurmm...sedapnya awak urut. Kalau saya upah awak Jadi tukang urut saya hari-hari nak tak?"

What?! Suami kau yang CEO kacak ni kau nak ubah profession jadi tukang urut kau. Akibat terlalu geram Muaz sengaja menekan kuat kaki Laura.

"Awwww... Awak ni nak bunuh saya ke?" Kakinya yang sakit diusap perlahan. Kejam la Mr hot Spicy ni. Kaki aku yang comel ni jadi mangsa.

"Lek... Tak mati pun lagi kan..."

"Tak payah.. kaki okay dah. Kesian awak lenguh urut saya dari tadi"Laura menegah apabila tangan Muaz kembali mengurut kakinya

"Takpa.. kalau aku lenguh pandai-pandai la aku berhenti nanti"

Lama kelamaan mata Laura menjadi semakin kuyu. Muaz hanya membiarkan. Muaz memberhentikan urutannya apabila mendengar dengkuran halus daripada Laura.

Minyak urut kembali disimpan dalam laci. Tubuh dibaringkan menghadap Laura. Tubuh kecil milik Laura ditarik ke dalam dakapannya.

Good night, sayang....Satu ciuman dihadiahkan pada Ubun-ubun gadis itu.

Malam semakin larut. Bulan dan bintang menjadi saksi malam itu sepasang suami isteri tenang tidur dalam dakapan masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience