Bab 5

Romance Series 3169

Kelihatan para pelajar sudah bersiap sedia menuju ke surau untuk menunaikan ibadat solat fardhu maghrib. Cahaya matahari juga kian menghilang Dan akan digantikan dengan cahaya pantulan oleh bulan.

Begitu juga dengan kisah hidup Laila Yang sekarang. Dahulu hidupnya kelam,suram. Tapi kini, kehidupannya lebih cerah berbanding dahulu. Semuanya hanya disebabkan oleh seorang lelaki iaitu Asyraf.

Setelah berjuta rintangan yang perlu dihadapi, akhirnya kebahagiaan yang dicari dikecapi jua. Hubungan mereka berdua sekarang bertambah lebih baik berbanding dahulu. Dahulunya menjadi musuh, kini menjadi segala-galanya dalam hidup masing-masing.

Dan hari ini, mereka terpaksa berpisah. Hati Laila terasa berat untuk meninggalkan sekolah ini. Hari terakhir persekolahan, ibarat hari terakhir mereka akan bertemu. Court badminton menjadi saksi antara cinta mereka berdua.

Laila sedari tadi hanya melihat rakan-rakannya bermain badminton dengan riang. Meskipun dia tersenyum, hatinya berasa amat sedih dan hiba. Betapa dia tidak dapat membayangkan bagaimana hari-harinya nanti tanpa kehadiran seorang insan yang menjadikan hidupnya indah selama ini.

Farhana yang sedang mengambil bulu tangkis Yang jatuh Di tepi Laila hanya mampu melihat wajah murung Laila.

"Laila, kalau hang tak sihat, hang duduk ja kat aspuri.. Aku kesian la kat hang. Pagi tadi tak makan, pastu muka hang macam ada penyakit weh. Aku tau hang sedih.. Aku ngan Syitah pun sedih tengok hang macam ni.. Tapi hang kena ingat jugak, hang kena teruskan lagi 2 tahun kat sini... Spm lagi.. ingat tuu... Aku bukannya nak kata hang ni lalai, tak.. Hang Okey... cuma hari ini, nampak kemurungan hang Tu.. Macam ni lah ya Laila.. Kalau jodoh, dia lari la mana pun, pi Dubai Ka, Manhattan Ka, Jordan Ka, dia tetap Akan bersama hang satu hari nanti.. " kata-kata Farhana sedikit sebanyak mampu menghilangkan gusar di hati Laila.

"Thanks Far.. Syitah.. thanks sebab ada dengan aku bila aku Susah Dan senang.. aku bersyukur sangat dapat kawan Yang baik macam hampa dua."

"Dah.. tak mau sedih sedih.. jom.. join Kami main badminton.. " ajak Masyitah.

Laila tersenyum. Raket badminton bertukar tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience