Bab 4

Romance Series 3169

"Wehh. Aku tak mau masuk." rayu Laila seraya menggamit bahu Farhana.
Farhana yang sedang asyik memikmati coklat terhenti suapannya.
"Jom ja la masuk. Bukannya dia nak makan hang pun." ajak Farhana.
"Tapi hang tau ka sapa yang nak jumpa aku tu?" tanya Laila.
Farhana terdiam.
"Dak. Alah. Masuk ja la."

Terus pintu court badminton dibuka. Alangkah terkejutnya Laila dan Farhana apabila melihat figura yang dikenali mereka.
Asyraf!
Hanya itu sahaja Yang mampu disebut di dalam hati.

"No.. Takkan la Asyraf! No,no,no. Aku tak mau. Entah apa pulak dia nak cakap kat aku nanti. Dah. Aku nak balik." Laila mula melangkah keluar.

Belum sempat Laila meneruskan langkah, ada suara memanggilnya.

"Laila! Laila! Please lah! Aku nak cakap ngan hang ni." laung Asyraf dari jauh.
Langkah Laila mati. Dia berpaling memandang Asyraf.

Lega hati Asyraf apabila melihat Laila berhenti melangkah. Tanpa membuang masa, Asyraf terus berlari mendekati Laila. Farhana terkelu melihat apa yang terjadi Di depannya.

"Laila."
"Apa lagi, Asyraf? Apa? Dah break ngan Izniy? Pastu nak Cari aku?" Asyraf merelakan dirinya ditengking.
Suasana menjadi tegang.
"Ok. Macam ni,Laila. Aku....nak mintak maaf kat hang pasai sebelum ni. Serious, aku menyesal sangat buat kat hang macam tu. Ya,mungkin dulu aku suka Izniy, tapi sekarang baru aku sedaq hang la yang selama ni aku cari. Dulu,mungkin aku bohong. Tapi sekarang tak. Aku jujur ngan hang. Kalau hang still tak percaya lagi,hang Tanya lah Aman. Dia tau semua."
Kotak yang berbalut kertas bercorakkan perkataan sorry itu dihulur kepada Laila.

"Kotak ni, ada semua benda pasai hang. Aku bagi hang kotak ni, untuk hang tengok. Betapa aku sayang hang. Nanti kotak ni boleh bagi kat aku atau Aman."

Laila menyambut huluran itu. Dia membelek lama kotak itu.

"Hmm, ni ja Kan? Kalau tak dak apa,aku nak balik."
Asyraf mengangguk. Laila melemparkan senyuman hambar kepada Asyraf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience