Bab 3

Romance Series 3169

"Laila. Ada orang bagi kat hang. Dia kata dia nak jumpa hang kat court badminton petang ni. 5:30." beritahu Firash, rakan sekelas Laila. Laila memandang Firash penuh dengan tanda tanya. "Sapa? Awat dia nak jumpa aku?" tanya Laila. "Mana la aku nak tau." Firash jawab selamba. Dia berlalu pergi ke tempat duduknya. Laila segera mendapatkan rakan baiknya, Masyitah dan Farhana. "Weh, Rash kata ada orang nak jumpa aku petang nih. Kat court badminton." beritahu Laila. Masyitah dan Farhana memandang sesama sendiri. "Sapa agak-agaknya? Takkan la Asyraf? Ka Azfar?" teka Masyitah. "Weh, hang agak-agak la Azfar.... takkan la dia nak jumpa aku..." kata Laila. "Mana nak tau... kot la dia nak hang minat dia balik..." Farhana menambah. "Well, hampa dengaq nih.. Aku... sayang sorang ja... siapa? hampa tau... orang yang pernah sakitkan hati aku dulu... even dia sakitkan hati aku, tapi aku still sayangkan dia.." beritahu Laila. Air mata jernih mula membasahi pipi. Cepat-cepat Masyitah dan juga Farhana memujuk Laila. Mereka berdua sudah tahu Akan kisah cinta Laila itu.
**************************

Tudung yang agak senget dibetulkan. 'Haih.. sapa la agaknya yang nak jumpa aku tu.. harap² takdak benda buruk la jadi' monolog Laila sendirian. Kasut sukan disarung. Laju sahaja langkahnya menuju ke bilik teman baiknya Di Aras bawah.
"Assalamualaikum.." Laila memberi salam.
"Waalaikumsalam... sat weh. Nak siap dah ni." beritahu Farhana.
"Ha.. ok.. aku tunggu kat gate luaq naa.."
Laila melangkah keluar dari aspuri. Mata meliar melihat beberapa orang pelajar tingkatan 4 yang baru sahaja pulang dari kelas tambahan.
"Hah!Jom lah.." sergah Farhana dari belakang.
"Syitah tak ikut ka?" tanya Laila kehairanan kerana dari tadi dia kelibat Masyitah tidak kelihatan.

"Ooh, dia kata dia nak basuh baju tadi.."
"Emm. Ok lah. Jom."
Serentak dua orang gadis tersebut berjalan menuju ke court badminton.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience