BAB 9

Romance Completed 6368

"Ni semua kau punya pasal!" Tiba-tiba sahaja Afham mengamuk, dah kenapa?

"Eh, kenapa pulak salah saya?" Soal aku, sudahlah aku ini baru berumur enam tahun, memang makin bingunglah jawabnya.

"Sebab kau, aku kena tinggal dekat sini tiga minggu!" Marahnya lagi. Aku ketawa sinis.

"Siapa suruh tolak saya jatuh dalam sungai!" Nah, kau cari pasal dengan aku. Terimalah akibat dia.

"Ah! Aku benci kau!" Dia mengangkat tangannya untuk menampar aku.

Aku sudah tidak tahan lagi, air mata aku merembes keluar. Orang buat baik, dia balas jahat. Dalam hati, sumpah seranah, aku akan benci dia juga!

Belum sempat dia menampar aku, papanya datang menyergah. "Afham ni nak jadi kaki pukul ke?!"

Mukanya bengis, menahan marah.

Aku terus menangis dan menangis. Entah kenapa hati ini pilu. Aku ikhlas mahu berkawan dengan dia, tapi dia layan aku macam sampah. Seolah-olah aku tidak pernah wujud di mata dia. Sudahlah aku baru sahaja keluar dari hospital, tadi.

Aku nekad, untuk benci dia juga. Sudahlah dia tolak aku jatuh ke dalam sungai, sampai berdarah kepala. Tapi aku sikit pun memarahi dia. Kali kedua, dia mahu menampar aku pula. Ini sudah melampau. Ya, hati aku sudah tutup untuk dia!

Aku benci Afham selama-lamanya!

"Kenapa Fad dah tak berkawan dengan Afham?" Soal ibu, ayah pula sekadar memerhati.

"Dah Am yang tak mahu kawan dengan Fad! Fad benci Afham!" Aku membentak.

Serentak itu, makcik Zuna dan Afham terdengar aku menjerit.

"Kau fikir aku suka sangat ke dekat kau?!" Marah Afham pula.

"Ah, kau benci aku sekalipun, bukan urusan aku dah!" Bentak aku lagi. Kini, tidak ada lagi tutur kata yang sopan, semuanya kasar sahaja.

"Dah, dah jangan gaduh!" Ibu cuba menenangkan keadaan.

Aku menahan marah. Apalah yang aku buat sampai dia marah sangat dekat aku? Aku cuma mahu berkawan sahaja, kalau beginilah perangai dia, sampai ke tua tak ada isteri!

"Aku benci kau! Sampai besar kau takkan dapat isteri!" Marah aku lagi.

"Eh, kau pun takkan dapat suami, dahlah tomboy!"

Ini lebih, dikatanya aku ini tomboy. Aku cuma kasar, bukan tomboy okay!

"Diamlah! Ahh! Sampai bila-bila aku akan benci kau!"

Aku menghentak kaki aku dan terus naik ke atas masuk ke dalam bilik. Benci Afham sampai bila-bila!

Sepanjang Afham berada di rumah orang tua aku, sedikit pun aku tidak maniskan muka. Kecuali ibu dan bapanya sahaja. Buat apa manis muka pada orang yang aku benci?

Simpang malaikat empat puluh empat lah!

Dan, dalam mimpi sahaja! Itu pun kalau aku nak muncul dalam mimpi dia. Uh!

"Wah, wah! Doktor Fadhlina kita ni dah nak kahwin lah!" Terkejut aku. Tiba-tiba sahaja rakan-rakan kerja aku menjerit namaku. Kejap!!! Mana mereka tahu aku bakal berkahwin ni?

Ah, sudah!

Aku mahu rahsiakan pernikahan ini, tapi siapa pula yang bagi tahu?

"Err, mana kamu semua tahu yang saya bakal berkahwin nanti?" Soal aku, berani.

Haduhh, soalan 'berani-mati' betullah aku ini. Buat apa tanya? Nanti tak pasal-pasal mereka syak aku ini mahu sorokkan perkahwinan pula.

Muka mereka semuanya berkerut. Haa, sudah! Tolonglah jangan cop aku title 'rahsiakan pernikahan' pulak. Memang aku nak sorokkan, tapi janganlah sampai terbongkar.

"Kami dapat kad jemputan, tapi tak tahulah siapa yang bagi. Handsome orangnya," Fuhhh! Aku menghembuskan nafas. Nasib baik!

"Handsome?" Berkerut dahi aku. Siapa pula yang 'rajin' sangat hantar kad kahwin aku ni?

Dan, dan kad kahwin aku dah siap ke? Ibu dengan ayah ada upah orang hantar kad kahwin ke? Ish, misterinya!

"Ha'ah, handsome! Nasib baik saya dah ada tunang. Kalau tak..... Aish! Macam manalah dia boleh jadi penghantar kad kahwin handsome-handsome macam tu? Tak sesuai langsung!" Bebel Syakirah, seorang nurse. Tidak bertudung, dan sangat cantik.

"Ish awak ni Irah! Rezeki kan di mana-mana? Mana tahu dia suka dengan pekerjaan dia tu. Sudah, sudah. Asyik bergossip aje, pergi buat kerja." Aku memberikan ceramah free aku kepada mereka.

Majoriti semuanya perempuan di situ.

"Hehe, baiklah doktor. Apa-apa pun tahniah! Mesti handsome bakal suami doktor kan, tahniah. Kami pergi dulu. Assalamualaikum."

Aku hanya tersenyum. Habis semua orang keluar, aku mencebik benci. Handsomelah, tapi hati tak handsome! Ah, aku benci dia! Apa-apa pun, aku kena juga terima dia. Pasrah sahajalah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience