BAB 3

Romance Completed 6368

Dia tolak akusampai jatuh ke dalam sungai, sampai berdarah segala. 'Sorry' aje dia cakap? Senangnya?! Sudahlah minta maaf muka langsung tak pandang, muka pula macam ikhlas.

"Ya saya maafkan." Ah, hati kata lain bibir tutur benda lain. Sudahlah, baik aku maafkan sahaja. Lagi pula, aku memang berminat mahu berkawan dengan Afham. Hm..

"Ikhlas ke tak Am? Salamlah!" Ibunya memarahinya sekali lagi.

Aku pula makin kesian tengok dia.

"Semua orang sayang dia lebih!" Afham berlari tanpa menyalami aku dahulu. Merajuk ke apa?

"Afham! Afham!" Makcik Zuna menjerit nama anaknya. Tetapi tidak pula mengejar Afham yang hilang entah ke mana. Mungkin mahu mengajar anak tunggalnya itu.

"Ni semua kau punya pasal!" Tiba-tiba sahaja Afham mengamuk, dah kenapa?

"Eh, kenapa pulak salah saya?" Soal aku, sudahlah aku ini baru berumur enam tahun, memang makin bingunglah jawabnya.

"Sebab kau, aku kena tinggal dekat sini tiga minggu!" Marahnya lagi. Aku ketawa sinis.

"Siapa suruh tolak saya jatuh dalam sungai!" Nah, kau cari pasal dengan aku. Terimalah akibat dia.

"Ah! Aku benci kau!" Dia mengangkat tangannya untuk menampar aku.

Aku sudah tidak tahan lagi, air mata aku merembes keluar. Orang buat baik, dia balas jahat. Dalam hati, sumpah seranah, aku akan benci dia juga!

Belum sempat dia menampar aku, papanya datang menyergah. "Afham ni nak jadi kaki pukul ke?!"

Mukanya bengis, menahan marah.

Aku terus menangis dan menangis. Entah kenapa hati ini pilu. Aku ikhlas mahu berkawan dengan dia, tapi dia layan aku macam sampah. Seolah-olah aku tidak pernah wujud di mata dia. Sudahlah aku baru sahaja keluar dari hospital, tadi.

Aku nekad, untuk benci dia juga. Sudahlah dia tolak aku jatuh ke dalam sungai, sampai berdarah kepala. Tapi aku sikit pun memarahi dia. Kali kedua, dia mahu menampar aku pula. Ini sudah melampau. Ya, hati aku sudah tutup untuk dia!

Aku benci Afham selama-lamanya!

"Kenapa Fad dah tak berkawan dengan Afham?" Soal ibu, ayah pula sekadar memerhati.

"Dah Am yang tak mahu kawan dengan Fad! Fad benci Afham!" Aku membentak.

Serentak itu, makcik Zuna dan Afham terdengar aku menjerit.

"Kau fikir aku suka sangat ke dekat kau?!" Marah Afham pula.

"Ah, kau benci aku sekalipun, bukan urusan aku dah!" Bentak aku lagi. Kini, tidak ada lagi tutur kata yang sopan, semuanya kasar sahaja.

"Dah, dah jangan gaduh!" Ibu cuba menenangkan keadaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience