BAB 1

Romance Completed 6368

"Aku benci kau!"

"Kau fikir aku suka kau sangat ke?"

"Kalau tak suka, janganlah datang jumpa aku!" Aku membentak, sambil mengetuk meja. Bengang.

"Kau fikir aku jumpa kau untuk tatap wajah kau yang buruk tu ke?" Afham mendengus.

"Eh hello! Ciptaan Allah kau jangan sesekali kutuk okay! Nilah payahnya cakap dengan orang yang tak reti nak bersyukur." Aku tayang muka menyampah.

Memang, dari kecil lagi aku benci dia! Bagaimanalah boleh ditakdirkan untuk berjumpa lagi ni? Kata orang, ini adalah jodoh. Ah, tidak!

Muka dia tiba-tiba tersentak. Kemudian mukanya kembali tegang. Aku lihat muka dia yang merah. Menahan bengang lah tu. Apa dia fikir aku tak bengang ke tengok muka dia? Ingat dia seorang sahaja yang boleh ada rasa 'marah'?

"Apasal senyap? Dah kalah?" Aku ketawa sinis.

"Ah sudah! Aku benci kau forever and ever! Perbincangan kita tamat. Ni semua kau punya pasal, daripada mula kita jumpa tak bincang-bincang pun sampai sekarang!"

Aku mengajuk kata-kata dia.

Siapa suruh ungkit benda lama? Memang aku marah lah. Huh! Dah tak bincang, nak salahkan oranglah pula. Dia yang mulakan dulu.

"Whatever, aku pun tak suka tengok muka kau. Kau kata dah tamat kan? So, lebih baik aku pergi." Aku mengangkat punggung. Tidak betah duduk lama-lama di situ. Boleh terkeluar mata, akibat meluat yang teramat sangat.

"Oh ya, alang-alang kau yang orang terakhir duduk sini, kau bayarkan air aku tu ya. Thanks, bye. I hate you."

Aku terus berlalu. Sempat lagi aku pusing ke belakang, mahu lihat muka dia menahan kerenah aku. Dia masih lagi memandang aku dan, mengetap bibirnya. Ha ha ha! Padan muka!

Peristiwa semasa aku berumur 6 tahun kini bermain di fikiran...

"Buat apa tu?" Lembut sahaja aku menegur Afham.

Dia memandang aku dari atas hingga bawah. Aku pula tersenyum. Tiba-tiba sahaja dia menjeling. Aku berkata-kata dalam hati, 'sombong betul budak ni, mentang-mentang anak bandar.'

"Hai, saya Fadhlina." Aku menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Sikit pun tidak diendahkan oleh dia.

"Afham," Balasnya pendek, tanpa memandang aku.

Aku masih lagi belum berputus asa untuk memikat dia. He he he, kecik kecik pun ada perasaan cinta okay!

"Seronok tak duduk bandar?" Aku bertanya kepada budak yang baru aku kenal itu. Sebenarnya budak itu adalah rakan baik ayah aku. Ibu bapanya menatap sementara di rumah ayah aku, katanya ada kerja sedikit di kampung aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience