BAB 3

Crime Completed 1842

“Tapi apa lagi? Dah jom masuk dah malam ni… Ke kau nak tidur luar?” Esha mengetap bibir.

Lelaki itu menjeling sambil menghadiahkan senyuman sinis. Esha terpaksa akur. Hatinya geram, hampa bercampur sedih.

Dia tahu ibunya tidak akan percaya apa bakal diceritakannya. Ibunya lebih mempercayai lelaki itu. Mata ibunya telah dibutakan dengan cinta lelaki itu.

Esha mengeluh perlahan. Dia kalau boleh tidak mahu lagi kenangan itu. Yang penting difikirannya sekarang adalah ilmu.

Dia ingin segera keluar dari rumah ini. Dia ingin memulakan hidup baru.

Dengan itu dia perlukan ilmu untuk membuatkan dia bertahan di dunia yang penuh dengan tipu muslihat ini.

Baju tidur yang dipakai diganti dengan T-shirt sekolah. Pakaian seragam sekolah pula dimasukkan ke dalam beg.

Sejak kejadian hitam itu dia sering keluar awal untuk mandi di bilik air sekolahnya.

Dia berasa tidak menggunakan bilik air rumahnya dengan kehadiran lelaki itu. Setelah siap mengemas keperluan sekolah dia pergi ke dapur. Hati mengeluh hampa.

Ibunya lupa untuk meninggalkan duit belanja sekolahnya lagi. Dia ke sekolah dengan hati yang bengkak.

Sesi sekolah telah pun tamat. Tapi Esha masih belum pulang.

Dia terus berjalan kaki menuju ke perpustakaan awam yang terletak 15 minit dari sekolahnya. Peluh yang menitik di lap dengan lengan baju.

Tiba-tiba sebuah kereta kancil berwarna merah berhenti dihadapannya. Dia cam nombor plat kereta itu.

Itu kereta Cikgu Meghan guru kesayangannya. Esha tersenyum gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience