BAB 4

Crime Completed 1842

“Nora nak ke library ke? Mari Cikgu hantarkan.” Nora nama yang sering digunakan oleh Cikgu Meghan untuk memanggil dirinya.

Nama sebenar Esha ialah Nora Esha tetapi hanya Cikgu Meghan yang memanggilkan dengan nama Nora.

Kata Cikgu Meghan nama itu mengingatkan dirinya kepada mendiang adiknya yang juga bernama Nora.

“Sebelum ke library kita makan dulu ya. Jangan risau Cikgu belanja…” Esha hanya mengangguk.

Sebetulnya dia berasa segan kerana Cikgu Meghan begitu mengambil berat keadaan dirinya.

Dia sering mengajak Esha makan bersamanya di taman berhadapan dengan perpustakaan sekolahnya kerana tahu Esha sering tidak membawa duit atau bekalan makanan ke sekolah.

“Esha. Cikgu sebenarnya ada sesuatu nak bagi tahu kamu.” Cikgu Meghan memandang tepat ke wajah Esha.

Lidah guru kesayangannya itu masih tebal dengan accent Amerika. Esha menanti gurunya itu untuk menghabiskan kata-katanya.

“Lagi dua bulan Cikgu akan berpindah ke Pulau Pinang.” Esha tergamam. Wajahnya menunduk sayu.

Selepas ini dia sudah tidak punya tempat untuk mengadu. Selama ini Cikgu Meghan yang banyak memberi dorongan kepadanya disaat orang lain memandang hina terhadap dirinya.

Cikgu Meghan bukan sekadar guru tetapi juga sahabat buat Esha. Esha tidak mempunyai sahabat selain Cikgu Meghan.

“Kalau boleh Cikgu nak bawa kamu sekali tapi kamu tahu kan semua tu mustahil?” Cikgu Meghan mengenggam erat tangan Esha. Dia sendiri sudah menganggap Esha seperti adiknya sendiri.

“Kenapa pula tak boleh? Cikgu dah tak sayangkan saya lagi?” Ucap Esha sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience