BAB 5

Crime Completed 1842

“Nora … Kamu kan masih ada ibu kamu. Dia penjaga kamu yang sah. Dia tak akan benarkan kamu ikut Cikgu. Takkan kamu nak tinggalkan ibu kandung kamu?” Cikgu Meghan cuba memujuk.

Mujurlah keadaan di restoran itu lengang, kalau tidak pasti mereka berdua akan menjadi tontonan pelanggan disitu,

“Kalau saya ikut pun ke tak ikut ke… Tak ada bezanya pun. Mak lebih pentingkan lelaki tu. Dia bukan kisah pun dengan apa yang saya buat.” Air matanya mula mengalir laju. Petang itu mereka tidak ke perpustakaan. Cikgu Meghan membawa Esha ke taman untuk memujuknya sekaligus menghabiskan masa yang tinggal di antara mereka.

Malam itu semasa Esha leka mengulangkaji pelajaran, dia dikejutkan dengan jeritan ibunya diluar rumah. Esha menjenguk ke luar tingkap. Ibunya sedang bertengkar dengan lelaki itu. Ini kali pertama ibunya bertengkar teruk dengan lelaki itu.

“Kau tipu aku! Kau cakap kau pergi kerja tapi sebenarnya kau keluar dengan perempuan lain! Jantan tak guna!” Jerit ibunya sambil tangan cuba memukul dada bidang lelaki itu.

Lelaki itu menggenggam erat kedua tangan ibunya untuk mengelakkan ibunya bertindak ganas.

“Hei! Suka hati aku la aku nak keluar dengan siapa pun. Kau tu bukan bini aku. Selama ni kau melacur pun aku tak pernah kisah pun tahu tak!” Lelaki itu menggoncang kasar tubuh ibunya.

“Kau memang tak guna selama ni aku dah banyak berhabis duit untuk kau, kau tahu tak!” Ibunya menggunakan sepenuh tenaga untuk menolak lelaki itu sehingga terjatuh ke tanah.

Lalu ibunya segera berlari masuk ke dapur lalu mencapai pisau di atas meja.

“Sekarang aku nak kau keluar dari rumah ni. Pergi! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Aku cakap pergi!!! Kalau tak aku bunuh kau dengan pisau ni!!!” Ibunya menjerit histeria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience