Rate

BAB 3

Mystery & Detective Completed 266

Lily diam sejenak. Memikir-mikir. Daripada tinggal di pondok bas seorang
diri, lebih baik dia menerima sahaja pelawaan Darus . Dapatlah dia
mengenali Darus dengan lebih dekat.

"Baiklah.. kakak ikut Darus balik." Lily bangun.

Darus segera memegang tangannya dan mereka pun berjalan beriringan
meredah kegelapan menuju ke rumah Darus .

Apabila sampai di rumah, Lily terkejut apabila Darus memaklumkan yang dia
hanya tinggal sendirian setelah ibunya pergi tidak pulang-pulang.

Sedih rasa hati Lily lalu tanpa sedar dia memeluk Darus , lalu Darus
menangis di dalam pelukannya.

"Terima kaih kak.. sebab sayang saya.. saya sayang kakak.."

Lily mengangguk-angguk dan terasa pelukan Darus semakin erat.

Hilang

Ezzati menangis sambil memandu kereta. Setelah berjaya mendapatkan
kembali begnya yang disimpan oleh tuan gerai yang baik hati, Ezzati
segera berpatah balik untuk mengambil Lily .

Apa yang anehnya, dia benar-benar yakin bahawa dia tidak melihat sebarang gerai makan mahupun pondok bas. Rasanya sudah berpuluh kali dia berpatah balik dan melalui jalan yang sama.

Lebih malang lagi, apabila dia baru menyedari beg tangan Lily tertinggal
di dalam kereta apabila terdengar bunyi deringan telefon ketika dia cuba
menghubungi Lily .

"Ya Tuhan.. Lily .. mana pulak kau pergi? Takkan aku yang sesat?" Ezzati
sudah hilang arah. Tidak tahu mahu berbuat apa lagi.

Ezzati kembali ke gerai buah tadi. Disitu dia menangis-nangis meminta
bantuan pemilik gerai buah tadi.

"Gerai makan dan pondok bas?" tuan gerai itu kehairanan.

"Eh.. setahu saya, tak ada gerai makan dan pondok bas di depan sana tu.
Sebab kat situ kira jalan masuk ke hutan tu.."

Ezzati terpelangah mendengarnya. Dia bersumpah berkali-kali mengatakan
yang dia meninggalkan Lily dipondok bas itu bersama seorang remaja lelaki.

Berasa ada yang tidak kena, pemilik gerai itu meminta Shila mengikutnya
pulang bagi mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.

Mereka beramai-ramai keluar untuk membantu mencari Lily , sehinggalah
mereka tiba di kawasan yang dikatakan oleh Ezzati , ada gerai makan dan
pondok bas.

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka yang arif tentang ilmu ghaib
berkata sesuatu yang mengejutkan.

"Jauh dah kawan kamu ni pergi. Payah dah dia nak patah balik. Budak tu
dah bawa kawan kamu pergi ke dalam. Budak tu dah tak nak pulangkan balik
kawan kamu.."

Ezzati terperanjat mendengarnya.

"Maknanya, budak lelaki itu memang wujud?"

"Lama dulu. Berpuluh tahun dahulu, dia memang wujud. Tapi dia dah mati.
Memang ni tempat dia.

"Tapi tak sangka kamu dan kawan kamu tu boleh ternampak dia, jadi, dia
tak nak pulangkan kawan kamu!"

Jawapan itu sudah cukup membuatkan Ezzati pitam. Itulah padahnya buat
Lily, tersangkut pada remaja yang sudah mati.

Dan kini, Lily tidak boleh pulang lagi kerana Darus benar-benar telah
menguasainya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience