Rate

BAB 1

Mystery & Detective Completed 271

"Beb! Kau nampak tak budak lelaki tu! Kiutnya!" Tiba-tiba Lily menepuk
bahu Ezzati yang sedang memilih buah-buahan disebuah gerai tepi jalan.

Tepukan tanpa henti itu membuatkan Ezzati mahu tidak mahu terpaksa
menoleh. 'Mana? Kau ni pantang betul nampak budak kiut. Cepat aje kau!"

"Itu, kat gerai hujung tu.." Lily menudingkan jari. Ezzati melihat ikut
arah yang ditunjukkan.

Sebenarnya bukan budak tapi seorang remaja lelaki dalam lingkungan usia
16 tahun, sedang berlegar-legar dihadapan gerai paling hujung.

Tiba-tiba dia menoleh pandang ke arah Lily dan Ezzati , menyedari dirinya
diperhatikan remaja itu tertunduk, tersipu malu.

"Alahai.. memang kiut la weh.." secara spontan Ezzati memuji.

Jarang sekali dia mahu memuji orang tapi remaja lelaki itu memang kiut,
mukanya putih bersih dan rambut hitam ikal, walaupun badannya kurus.

"Ha.. kan aku dah cakap. Aku nak berkenalan dengan dia, mana tau dapat
buat dia jadi adik angkat aku.." Lily tanpa segan silu menyuarakan
hasratnya.

"Ish.. kau ni, jangan nak menggatal! Budak lagi tu! Ezzati membantah
hasrat Lily .

"Ala.. bukan nak buat pakwe pun, setakat adik angkat je. Aku pun
bukannya ada adik. Eh, jom, budak tu dah nak pergi!"

Lily pantas menarik tangan Ezzati bagi mengekori remaja lelaki tersebut.

Terkocoh-kocoh Ezzati mengikuti langkah Lily . Sayangnya, kelibat remaja
lelaki itu sudah hilang dari pandangan mereka.

"Ala.. dia hilang.." Lily mengeluh kecewa sambil mata masih meliar
mencari kelibat remaja tersebut.

"Ish.. kau ni.. macam orang hilang anak pula. Jom la kita gerak
sekarang, nanti malam susah. Mata aku rabun ayam." Ezzati segera menarik
lengan Lily dan berjalan menuju kereta.

Sebenarnya mereka dalam perjalanan menuju ke utara dan mahu bermalam di
Kuala Perlis sebelum bertolak ke Langkawi untuk bercuti.

Baru beberapa minit memulakan perjalanan, Lily tiba-tiba menjerit teruja.

"Ezzati ! Itu! Itu! Budak lelaki tadi! Berhenti! Berhenti!"

Kelam-kabut Lily memperlahankan keretanya ke bahu jalan. Tidak jauh
dihadapan mereka, kelihatan sebuah gerai makan dan sebuah pondok bas.
Remaja tadi duduk termenung di pondok bas.

Sebaik sahaja Ezzati memberhentikan keretanya, Lily segera keluar lalu
menghampiri remaja lelaki itu dengan penuh rasa teruja.

Entah mengapa, sejak pertama kali melihat wajah remaja lelaki itu tadi,
Lily tidak dapat menahan rasa hati mahu mengenalinya.

"Adik.. adik buat apa kat sini? Tunggu siapa?" tegur Lily tanpa
menghiraukan pandangan dari orang-orang yang duduk digerai berhampiran
pondok bas itu.

Remaja lelaki itu tersentak. Dia mendongak memandang Lily dengan mata
terkelip-kelip.

Tiba-tiba datang Ezzati menyampuk, "Maaf ya adik.. kawan akak ni dari
tadi asyik tengok adik. Suka betul dia kat adik. Beria-ia nak buat adik
jadi adik angkat.."

Berasa malu, Lily segera memekup mulut Ezzati sambil tersengih memandang
remaja lelaki yang kebingungan itu.

"Kakak.. suka saya? tanya remaja lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience