Rate

BAB 2

Mystery & Detective Completed 266

Cepat-cepat Lily mengangguk sambil matanya tidak lepas memandang wajah
remaja lelaki tersebut.

"Siapa nama adik?" tanya Lily lalu segera duduk disebelah budah lelaki itu.

Ezzati sekadar mampu menggaru kepala melihat gelagat Lily . Memang muka
tebal sungguh Lily , sedangkan remaja lelaki itu hanya tersipu-sipu malu.

"Nama saya Darus , saya tunggu mak saya tapi mak tak balik-balik lagi.."

Mendengar jawapan itu, serta-merta hati Lily dan Ezzati tersentuh. Ezzati
tergerak hati mahu memberikan wang tetapi baru menyedari beg tangannya
tiada.

"Alamak Lily ! Aku tertinggal beg tangan kat kedai buah tadi!" Ezzati
menepuk dahi sambil terjerit, cemas.

"Eh, kau tunggu di sini ya.. aku nak pergi ambil beg aku semula!" Ezzati
kelam-kabut dan panik.

"Ya..pergilah cepat. Kang kena kebas pulak beg tangan kau tu. Aku tunggu
sini dengan Darus .." Lily berkata dan kemudian memandang Darus yang hanya
tersenyum manis.

Ezzati bergegas ke kereta dan berpatah balik ke gerai buah tadi.

Sementara menunggu Ezzati kembali, Lily berbual-bual dengan Darus . Suka
betul Lily melihat muka Darus yang manis, sehingga Lily tidak sedar hari
semakin merangkak senja.

"Kak..dah lama kawan kakak pergi, kenapa dia masih tak balik-balik
lagi?" tiba-tiba Darus mengingatkan Lily .

Baru Lily tersedar. Tetapi apabila dia mahu menelefon Ezzati , baru
teringat begnya tertinggal di dalam kereta Ezzati .

"Alamak.. telefon akak tertinggal dalam beg.. kat kereta Kak Ezzati .."

"Habis tu, macam mana? Dah nak malam ni. Takkan Kak Ezzati tinggalkan
akak kat sini?"

"Kenapa? Darus dah nak balik ke?" tanya Lily sambil menelan air liur.
Gerai disebelah pondok bas itu sudah kelihatan mahu ditutup. Darus
mengangguk.

"Aa..ah.. rumah saya jauh ke dalam sana. Tapi takkan saya nak tinggalkan
kakak seorang diri kat sini?

"Sekejap lagi gerai sebelah ni tutup, memang sunyi dan gelap kat sini.
Bahaya kak. Apa lagi untuk orang perempuan cantik macam kakak ni.."

"Err.." Lily tidak terkata. Dia hanya mampu menggaru kepala. Perkataan
bahaya yang disebut Darus itu agak menakutkannya.

"Tak apalah.. saya temankan akak kat sini sampai Kak Shila tu datang.."
Darus menawarkan diri membuatkan Lily segera tersenyum.

Dalam remang cahaya lampu gasolin gerai sebelah yang sudah pun ditutup,
mereka terus berbual-bual.

Benar seperti kata Darus . Jalan disitu sangat sunyi dan gelap. Hampir
tidak ada kereta yang lalu lalang.

Lily tidak sedar bila masanya dia tertidur. Tahu-tahu sahaja dia
merasakan usapan dikepalanya. Apabila Lily membuka mata, dia melihat
Darus tersenyum sambil memandangnya.

"Kak.. saya rasa kawan kakak tu tak datang semula ke sini."

"Hah?" Lily terperanjat lalu melihat jam ditangannya. Sudah pukul 12 malam.

"Ish.. ke mana pulak si Shila ni pergi?"

"Kita balik ke rumah saya? Tapi rumah saya kecil. Mungkin tak selesa
kalau kakak nak tumpang tidur. Kakak mahu?" tanya Darus begitu merendah diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience