Rate

BAB 1

Fantasy Series 2889

Setahun sebelum...

"HANA!" Sedar namanya diseru, Hana menoleh ke kiri dimana arah suara tersebut muncul. Matanya dikecilkan.

"Fiya. Aku tahulah aku famous tapi tak payahlah tunjuk sangat yang kau ni obses gila dengan aku." Tutur Hana saat Aafiya sudah berada di hadapan mata.

Aafiya memandang Hana atas bawah. Riak wajahnya dibuat seolah-olah meluat dengan apa yang Hana ungkapkan tadi.

"Eh, korang nak pergi mana ni?" Tanya Aafiya setelah melihat Hana dan Zafira mengenakan pakaian riadah.

"Nak ambil net dekat stor sukan." Hana baru sahaja ingin membuka mulut tapi soalan Aafiya tadi sudah dijawab oleh Zafira.

"Yeah exactly." Getus Hana perlahan. Hana dan Zafira menyambung kembali langkahnya yang tergendala.

"Tak kisahlah korang nak pergi mana pun, yang penting sekarang ni aku nak cerita something. Something yang menceriakan hidup aku hari ni. Aaa!!" Kata Aafiya penuh keterujaan. Langkah kakinya turut mengikuti jejak langkah Hana dan Zafira.

Hana menggeleng kecil melihat telatah rakannya itu. "Apoo yang happy sangat tu? Ni mesti tadi dapat jumpa dengan crush kan?"

Aafiya tersengih malu. "Mana kau tahu ni." Badannya automatik menjadi lembut mengalahkan sesungut sotong kurita. Hujung tudung digulung perlahan.

"Eee ngadanya! Kau jumpa crush yang mana satu ni? Crush kau kan ramai." Tanya Zafira.

"Aku jumpa..." Aafiya sengaja menggantungkan ayatnya. Ternyata Hana dan Zafira terkena umpan kerana langkah mereka berdua terhenti dan masing-masing fokus ingin mendengar patah perkataan seterusnya yang keluar daripada mulut Aafiya.

"Aku jumpa..." Hana dan Zafira saling berpandangan. Sengihan kecil terbit dibibir mereka.

'Haih! Aafiya ni dah parah sangat ni. Mesti crush dia tu bagi reaction yang memuaskan kan? Tu sebab dia tergedik-gedik sekarang ni.' Detik Hana dalam hati.

"Aku jumpa Park Chanyeol dengan Taehyun tadi." Lembut dan penuh ayu Aafiya menyebut butir nama yang keluar daripada bibirnya.

Sengihan dibibir Hana dan Zafira kembali pudar. Jelingan tajam setajam-tajamnya diberikan kepada Aafiya.

"Fiya..." Nama Aafiya diseru penuh gemersik oleh Zafira.

"Kau nak kena cekik dengan aku ke?" Jangan disangka air yang tenang tiada buaya ya!

"Haih dahlah Zaf! Daripada kita dok layan minah korea ni, better kita cepat-cepat pergi ambil net dengan bola sebelum coach sampai." Hana menghayun langkah menuju ke pintu stor yang hanya beberapa langkah daripadanya.

"Weh aku tak tipu. Aku jumpa dia orang dalam mimpi tadi." Aafiya mengejar Hana dan Zafira lalu badan Zafira ditangkap.

"Eee apa ni peluk-peluk! Lepaslah..." Zafira cuba melepaskan dirinya.

"Bluekk!" Lidah dijelirkan. "Kau tak boleh pergi selagi kau tak dengar cerita aku sampai habis dulu." Aafiya menggeletek pinggang Zafira.

"Weh Fiya! Janganlah." Gelak tawa berselang-seli dengan suara mereka.

"Hana, tolonglah aku!" Pinta Zafira. Dia tidak tahan digeletek. Itulah kelemahannya.

Hana menggelengkan kepala melihat reaksi mereka. Bibir menguntum senyum. Sudah lama mereka tidak bergelak tawa bersama. Masing-masing sibuk dengan jadual kelas yang padat.

"Sorrylah Zaf! Tapi aku tak nak terlibat. Aku masuk dulu ya! Bye adios!" Hana meloloskan diri ke dalam stor sukan. Petang-petang begini stor sukan memang tidak akan berkunci.

Mata diliarkan ke sekeliling stor. Luas. Tapi sayang sebab tak banyak peralatan sukan yang ada. Masing-masing dah ada bilik sukan tersendiri.

Begitu juga dengan sukan yang dia ceburi, sukan bola tampar. Group bola tampar pun ada stornya sendiri. Jadi segala peralatan akan disimpan di stor yang dikhaskan. Tapi entah kenapa tiba-tiba coach ingin menggunakan net yang lama. Jadi Hana dan Zafira selaku ayam tambatan kumpulan terpaksalah menyelongkar stor sukan utama yang terletak berhampiran padang universiti.

Hana melangkah perlahan melintasi setiap rak yang ada. Meremang bulu romanya apabila berada di stor sukan itu. Sudahlah lampu yang terpasang itu seperti hidup segan mati tak mahu. Menyesal pula dia membiarkan Zafira ditangkap Aafiya.

Ssek!

Hana meliarkan matanya ke sekeliling stor. Telinganya tajam mencari bunyi yang tiba-tiba muncul. Tiba-tiba bayangan hantu di dalam movie Make Me Shudder terbayang di fikiran. Walaupun movie tu berkisar komedi, tapi kalau dah nama pun hantu. Memang seramlah jawabnya.

Hana menggeleng kepala. Mengusir bayangan hantu itu pergi.

Ssek! Shuhh!

Bunyi itu muncul kembali.

Perasaan inkuiri Hana sangat tinggi. Dia berjalan perlahan menuju ke belakang rak usang. Tangannya tanpa sedar telah mencapai sebatang kayu hoki.

"Bismillahirrahmanirrahim." Tutur Hana perlahan tanpa mengeluarkan bunyi.

Nafas ditarik lalu dihembus.

Satu...

Dua...

Tiga...

Hana menerjah ke belakang rak besar tempat punca suara itu kedengaran.

Matanya terbuntang luas. Mulutnya ternganga. Kayu hoki yang dipegang, terjatuh ke simen menghasilkan bunyi.

Liur ditelan perit.

Gulp!

"Woi! Kau buat apa ha dekat situ?" Suara garau itu menjerit menahan amarah.

Hana terkedu.

"T...ttak buat apa-apa pun." Pipinya bertukar merah. Kaki pantas dihayun keluar daripada stor sukan. Orang putih kata as fast as lightning.

Pintu stor sukan ditutup kuat. Mukanya berubah merah. Nafas dihela.

"Astaghfirullahalazim." Getus Hana perlahan. Matanya dipejam rapat serapat yang boleh supaya bayangan apa yang dia lihat tadi hilang daripada pandangan. Peluh membasahi seluruh badan.

Mata perlahan dicelik kembali.

"AAAA!" Hana menjerit kuat sebelum tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri.

"Weh, weh! Hana! Hana kau kenapa ni?" Zafira menampar perlahan pipi Hana.

"Aduh kau kenapa Hana? Tak kan kau terkejut dengan kawan baik kau sendiri?" Aafiya menggaru kepala yang tidak gatal.

"MACAM mana perempuan tu boleh tau port kita dekat sini hah? Bukan main susah lagi kita cari tempat sembunyi." Ierfan memasukkan baju kemejanya ke dalam beg.

"Haih, manalah aku tahu!" Faieq juga turut melakukan perkara yang sama, memasukkan baju yang tidak mahu dipakainya lagi ke dalam beg.

"Tapi mesti dia fikir kita buat benda tak senonoh kan? Padahal kita cuma salin baju je dekat sini." Kasut spike disarung ke kaki.

"Maybe." Akal Faieq kembali berputar mengingat perkara yang baru sahaja terjadi.

Peristiwa tadi dimana Faieq dan Ierfan yang sedang membuka baju dikejutkan dengan bunyi dentuman. Mereka segera berpaling ke arah bunyi itu. Alangkah terkejutnya dia pabila seorang gadis sedang melihat perbuatan mereka menyalin pakaian.

Ringan sahaja mulutnya menegur. "Woi! Kau buat apa ha dekat situ?"

"T...ttak buat apa-apa pun." Suara yang terbit daripada bibir gadis itu cukup menunjukkan bahawa gadis itu sedang menahan malu. Malu sebab terlihat abdomen mereka mungkin.

"Woi! Beranganlah tu." Rakaman kisah tadi hilang daripada ingatan setelah ditegur Ierfan.

Sengihan sinis terbit di bibir Faieq. "Aku rasa... kita dah jumpa mangsa baru."

Ierfan memandang Faieq. Tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. "Seriouslah?"

"I'm fucking serious! Let's start it." Faieq memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket seluar dan mereka berlalu keluar dari situ.

Share this novel

wawaemelda
2020-07-04 18:30:34 

aaaaa bessttt!!

wawaemelda
2020-07-04 18:30:33 

aaaaa bessttt!!

wawaemelda
2020-07-04 18:30:32 

aaaaa bessttt!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience