Rate

PROLOG

Fantasy Series 2889

Segala curahan idea yang terhasil di karya ini adalah hak milik el-najwa®. Dilarang untuk menyalin dan melakukan plagiat tanpa diimbal dengan sebarang kredit. Media yang diletakkan dalam karya ini adalah bahan carian daripada pelbagai tetingkap seperti Google® dan Pinterest®. Jika ada yang ingin menuntut hak media tersebut bolehlah berhubung secara persendirian dan saya akan bertindak segera untuk membuang media berkenaan.

GENRE: FANTASY-ROMANCE
UPDATE: WEEKEND

TERIMALAH NUKILAN
EL NAJWA

PENYEDUT minuman bersaiz besar sedari tadi tidak mahu berenggang daripada bibir. Air yang berada di dalam bekas minuman plastik itu dihirup penuh rakus mematikan dahaga yang sedang bermaharajalela. Biji-biji hitam dimamah. Kenyal. Dahinya berkerut seketika.

Wahai boba,
Rasa kau biasa sahaja,
Tapi kenapa ramai yang suka,
Beratur panjang penuh menggila,
Haih, pening kepala!

"Weh, Faieq!" Seorang lelaki yang entah daripada mana tiba-tiba datang mengetuk meja. Nada suaranya yang garau dan kuat membuatkan berpasang-pasang mata memandang ke arah mereka.

"Kau kenapa mangkuk? Dekat sini tempat orang makan, bukan tempat orang jerit-jerit." Faieq memberikan jelingan tajam kepada rakannya itu.

"Lantak dialah! Yang penting sekarang ni, aku nak bagi tahu kau something. Something yang mungkin mengejutkan kau." Ierfan melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan Faieq.

"Okey, tell me." Faieq menyambung kembali melayan santapan nasi tomato yang di beli di kafe universiti. Tidak mahu peduli dengan apa yang Ierfan katakan kerana Ierfan ini banyak helahnya. Ada lah tu akal untuk mengenakannya.

Ierfan memandang sekeliling sebelum membuka mulut. Dia mendekatkan kepalanya dengan Emir. "Dia dah datang balik." Bisik Ierfan.

Emir menjungkitkan sebelah kening. Mulut masih mengunyah sisa yang ada. Sengihan nakal muncul. "Siapa yang dah datang? Prof yang botak tengah tu ke? Kata bercuti dua minggu. Ni seminggu pun tak sampai. Malu lah tu orang tengok dia tak ada rambut. Mesti topi dia hilang." Terbit ketawa sinis di bibir Faieq.

Mendengarkan jawapan Faieq, sengihan sinis muncul di bibir Ierfan. "Kalau prof tu yang datang balik, aku tak kesah sangat."

Melihatkan riak Ierfan yang serius. Faieq juga mengambil langkah selamat menghentikan tawa. Tiba-tiba debar datang tanpa diundang.

'Kenapa aku takut sangat ni. Releks Faieq.' Faieq menyuakan sesudu nasi ke dalam mulutnya bagi menutup gundah dihati.

"Kau dengar betul-betul eh. Dia dah datang balik. Hana dah kembali."

Pft!

Terus tersembur saki-baki nasi yang belum sempat dimamah Faieq. Tersedak Faieq dibuatnya. Bekas minuman dicapai. Air milk tea ditelan perit. Tisu diambil bagi mengelap mulut.

"What? Ha...Hana dah balik? Kau seriouslah? Jangan main-main weh." Tutur Faieq perlahan. Mukanya pucat. Fokusnya kini sudah beralih ke wajah Ierfan. Ingin menilai raut wajah Ierfan sama ada Irfan sedang menipunya atau tidak.

"Tak ada masa aku nak tipu kau. Aku nampak depan mata aku sendiri, Hana pergi dekat blok pentadbiran." Muka Ierfan turut sama pucat.

Gulp!

Faieq menelan liur kesat. "Kau rasa kan, dia pergi blok pentadbiran tu sebab dia nak failkan report pasal tragedi tu ke?"

Ierfan memandang Faieq sekilas kemudian kembali menunduk. Kepalanya digeleng perlahan. "Aku tak tahu. A...aku rasa bersalah sangat. Patutkah kita minta maaf dekat dia?"

Faieq memandang keliling. Peristiwa lepas kembali terlayar di fikiran. Faieq menggelengkan kepalanya. Rahang diketap.

"No tak perlu! Benda ni jadi dah hampir setahun. Dia tu penakut. Aku yakin dia tak kan kecoh-kecoh pasal benda ni. Lagipun, kita tak salah apa-apa." Faieq tetap dengan egonya. Dia perlu buktikan dia tidak bersalah.

Ierfan memandang Faieq dengan raut gelisah. Nafasnya dihela kasar. Perasaan bersalah datang tanpa diundang.

Suasana menjadi sunyi antara mereka berdua.

Tiba-tiba dewan yang tadinya haru-biru kini berubah sepi.

Derap tapak heels half inch berbunyi mengikut rentak. Skinny white jeans dipadankan dengan blouse putih menambahkan elegan gadis itu. Shawl putih yang dipakai berhayun lembut ditiup angin Bayu.

Kini berpasang mata sedang memandangnya gentar. Raut wajah setiap orang yang melihatnya berubah pucat seolah-olah gadis itu hantu yang ingin menuntut dendam atau mungkin juga seolah-olah raksaksa yang sedang mencari mangsa.

Namun itu adalah renungan orang lain. Renungan itu sama sekali berbeza dengan renungan mata daripada seorang Faieq.

Matanya tidak lekang memandang gadis itu atas bawah. Kelainan dan aura gadis itu cukup membuatkan dia terpesona. 'Bidadari.' Perkataan ini terbayang gah dalam kotak fikirannya.

Kepala pantas digeleng. Tragedi lepas kembali berlegar di fikiran. Api dendam kembali muncul.

Faieq menyinsing lengan kemejanya hampir ke siku. Dia perlu berurusan dengan gadis itu. Dia perlu rungkaikan segala aksara secepat yang mungkin.

Faieq bangun daripada kerusi. Dia berjalan pantas ke arah gadis itu. Makanan yang belum habis dimakan, dibiarkan begitu sahaja.

Ierfan tercengang seketika namun dia hanya duduk dan tidak mahu mengambil langkah drastik menyertai Faieq.

Langkah demi langkah dihayun deras oleh Faieq laksana kilat yang datang menyambar. Ceh, hiperbola betul!

Hana, gadis yang tidak sedar dirinya menjadi perhatian ramai seakan-akan hanyut dalam dunianya sendiri. Matanya meliar ke seluruh pelusuk bangunan seolah-olah tempat itu asing baginya.

Hana mengembungkan pipi lalu jari telunjuk kanannya mencucuk pipi itu lembut dan pipinya itu kembali seperti biasa dan secara automatik bibirnya menguntum senyum. Memang itu tabiat seorang Hana sejak dahulu lagi apabila berada dalam keadaan gentar. Gementar menghadapi suasana baharu mungkin.

Faieq yang terlihat perlakuan Hana memberhentikan langkah seketika. Entah apa yang merasukinya sehingga dia hampir-hampir terpaku dengan fi'il seorang Hana. Fi'il yang sudah lama tidak dilihat.

'Haish! Kenapa kau makin cute hah? Kau tahu tak aku tengah dendam dengan kau.' Getus Faieq dalam hati. Faieq menghela nafas perlahan.

Kali ini Faieq membekukan dirinya di tengah-tengah koridor laluan tepi kafe. Sengaja dia berbuat demikian kerana hendak menguji apa yang Hana akan lakukan apabila menyedari dia ada di situ.

Sangkanya Hana akan terkejut dan lari dari situ. Namun, lain pula yang jadi.

Hana terus berjalan seperti tidak menyedari langsung kelibat Faieq.
'Kau tak kenal aku ke Hana? Atau kau cuba mempermainkan aku?' Berkerut dahi Faieq memikirkan perkara itu.
Hana berjalan terus melintasi Faieq tanpa menoleh sedikit pun ke arahnya.

Berang dengan keadaan itu. Faieq lantas memusingkan badannya dan mencapai pergelangan tangan Hana setangkas yang boleh. Ditarik kasar tangan putih mulus itu. Akibatnya, badan gadis itu drastik mendekat. Langsung tidak dihiraukan mata-mata yang memandang.

Hana langsung tidak bersedia dengan situasi tidak dijangka itu. Matanya membulat. Dirinya betul-betul dekat dengan lelaki yang tidak dikenalinya.

Faieq terkesima. Wajah gadis itu berada tepat sebaris dengan dagunya. Sungguh bersih. Sungguh indah. Punya dua ulas bibir yang mampu menggugat mana-mana lelaki. Mungkin.

Zapp!

Perit merenjat segenap sel badan yang sedang bekerja. Hana menutup mata seketika bagi menahan kesakitan. Kakinya terseliuh. Pedih. Tegar sungguh lelaki itu menariknya sebegitu deras.

Melihatkan perkara itu, Faieq tersedar dari lamunan. Tanpa sedar, dia semakin mencengkam kuat tangan milik Hana.

"Auch sakitlah! Awak ni dah kenapa?" Jerit Hana. Dia cuba merentap tangannya daripada cengkaman lelaki berkemeja merah itu. Air matanya mengalir.

Faieq tersentak. 'This is not you Hana. I know you. You are not truly Hana. Then..." Kerutan terzahir di dahinya. "...who are you?'

Faieq perasan sesuatu berbeza tentang Hana. Hana yang dahulu sangat anti untuk membahasakan diri awak-saya dengan lelaki. Hana yang dahulu mulutnya ada sahaja bahan untuk melawan. Hana yang dahulu seorang yang kuat. Jarang Hana menangis kecuali hanya sekali iaitu ketika tragedi itu berlaku. Hanya itu pertama kali Faieq melihat Hana menangis di hadapannya.

Tapi...

Kenapa Hana yang di hadapannya ini tidak sama seperti dulu? Kenapa Hana yang sekarang ini agak lembut? Hana ini tidak sekuat dulu.

"Siapa kau?" Akhirnya muncul jua segala persoalan tanpa noktah yang disuakan dalam dua patah perkataan.

Tiada jawapan.

Faieq menyentak tangan gadis yang digelar Hana sekaligus merapatkan lagi jarak mereka.

"Auch!" Terbit suara halus milik Hana menahan sakit. Sakit di tangan. Sakit di kaki. Sakit di hati kerna diperlakukan begitu.

Faieq memandang Hana. Cuba mencari sinar mata yang tidak tahu menipu.

Hana mengangkat kepala.

Dan...

Pandangan mereka bersatu. Lama.
Debar cuba ditahan. Baik Faieq mahupun Hana. Kedua-duanya getar berada dalam situasi ini buat kali kedua.

Faieq menggagahkan diri untuk membuka mulut. "Siapa kau?" Lembut nadanya namun masih jelas untuk Hana dengari.

Hana mengalihkan pandangannya ke tepi. Tidak betah untuk dia berlama-lama seperti itu. Dia lemas.

"Hana." Selembut sutera suara gadis itu membalas.

"Kau pasti kau Hana?"

Agak pelik dengan soalan yang ditanya. Namun Hana hanya mengangguk kecil.

"Then kau kenal tak siapa aku?" Tanya Faieq lagi.

"Stranger." Polos Hana membalas.

Faieq berdecit. "Bukan tu jawapan yang aku nak dengar. Again aku tanya. Kau kenal tak siapa aku?"

Hana mengangkat kepala memandang lelaki dihadapannya. Cuba untuk mengenal pasti sama ada lelaki itu pernah dikenalinya atau tidak.

"Tak." Memang Hana tidak mengenali lelaki itu.

Faieq berkerut buat kesekian kalinya. Tidak mampu lagi untuk dihitung. Dia cuba melihat sedalam-dalamnya mata Hana kerana mata tidak tahu menipu.

Mata dia jelas menunjukkan dia jujur. 'Ya! Aku yakin dia tidak menipu. Tapi, kenapa dia langsung tak ingat aku? Apa yang dah jadi sebenarnya?' Faieq memandang ke hadapan. Tempat ruang legar untuk pelajar lalu-lalang.

Semua basyr' yang berada di situ sedang statik berdiri melihat teater tak berbayar antara Faieq dan Hana.
Muka Faieq berubah merah. Malu mungkin sketsanya sedang menjadi perhatian ramai.

Namun perasaan itu hanya berdetak seketika.

Dahi Faieq kembali berkerut. Faieq perasan sesuatu. Matanya kembali memandang ke ruang legar tadi.

Susuk tubuh itu sudah tiada. Susuk tubuh seorang wanita separuh dekad yang memakai sepersalinan kurung lama. Susuk tubuh itu menutup kepalanya dengan kain batik.

"Tolong lepaskan tangan saya. Sakit awak tahu tak? Kita bincang elok-elok." Lamunan Faieq terhenti. Suara Hana yang gemersik itu kembali menyedarkannya.

Faieq memandang Hana. Masalah dia dan Hana belum selesai lagi tapi kini akalnya ingin berfikir pasal wanita yang seolah-olah berada di zaman evolusi Tanah Melayu pula. Ah, serabut!

Zass!

Satu cahaya muncul betul-betul di hadapan mata Faieq.

Pening! Sungguh memeritkan mata. Mata dipejam serapat yang boleh. Genggaman di tangan Hana semakin dikuatkan. Entah kenapa hatinya seakan tidak mahu melepaskan Hana.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Peningnya hilang dengan sendiri. Faieq membuka mata.

Gulp!

Air liur ditelan seiring dengan matanya yang terbuntang luas.

Kini, dia bukan lagi berada di laluan koridor kafe universiti. Namun kini dia berada di tengah hutan. Hutan yang nian indah.

Tidak mampu untuk Faieq ungkapkan dengan lisan. Udara segar dihirup lembut. Nyaman. Tenang. Bunyi air terjun bergeser dengan batu besar sungguh menyamankan telinga yang mendengar. Dedaun emas yang lembut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, berguguran di kelilingnya.

Sehelai daun jatuh betul-betul dihadapannya. Ya! Matanya tidak menipu. Akalnya tidak mempu menafikan bahawa daun itu benar-benar emas. Daun emas yang ringan sehingga mampu terbang sejauh mata yang memandang. Ini bukan hiperbola. Ini realiti dunia fantasi.

Faieq mula sedar. Sedar yang Hana tiada dengannya.
Faieq mulai cemas. Entah kenapa, dia terlalu runsing dengan keadaan Hana sekarang ini. Sudahlah kaki Hana terseliuh.

"Hana! Hana kau dekat mana?" Kakinya dihayun ke kawasan berhampiran. Cuba mencari kelibat Hana.

Hampir setiap pelosok kawasan itu dicarinya. Namun hampa kerana kelibat Hana langsung tidak terlihat.

Puas mencari, Faieq duduk di atas sebiji batu besar berhampiran air terjun.

"Hana mana kau?" Tutur Faieq perlahan.

Tiba-tiba dadanya senak. Tidak tahu mengapa. Dan tidak tahu apa puncanya. Sakit itu semakin menjadi-jadi. Tangan dicengkam di bahagian dada berharap agar perit itu pergi.

Badannya disandarkan di batu dan sedikit demi sedikit matanya kian kabur.

Sebelum gelap menguasai pandangan, Faieq sempat melihat seraut wajah seorang gadis yang sangat cantik. Gadis itu cuba membantunya.Gadis persis Hana.

Namun sakit kembali menyentak. Badannya sangat lemah sehinggalah pandangannya berubah gelap.

Share this novel

wawaemelda
2020-07-04 18:29:23 

uwaww bestttnyeee


NovelPlus Premium

The best ads free experience