Rate

BAB 2

Fantasy Series 2889

AROMA wangian semulajadi menusuk ke rongga hidung. Mata perlahan dibuka. Pancaran mentari yang menerobos tingkap, membuatkan matanya terkebil-kebil.

"Titahkan pawang raja untuk memantau gerangan lelaki yang sedang gering itu. Jangan biarkan dia merayau-rayau di kawasan singgahsana. Jika rakyat jelata tahu, ini akan menjadi masalah besar buat Puteri Zehra." Suara tua seorang perempuan sayup-sayup kedengaran dari balik pintu besar berukiran bunga kerawang.

'Eh, kejap! Aku dekat mana ni?' Faieq mengurut perlahan pelipisnya.

Dirinya sekarang sedang terlantar di atas sebuah katil yang agak besar, dilapisi gebar berwarna kuning cair.

Setiap pelosok bilik diteroka. Bilik ini dipenuhi dengan ukiran-ukiran klasik bunga kerawang serta tulisan-tulisan jawi yang sukar untuk difahami. Meja kecil yang terletak bersebelahan gerobok dipandang lama. Satu bekas kaca yang diisi serai dan bunga rampai diperhati.

'Patutlah semerbak je bau bilik ni. Guna bahan alam rupanya.' Getus Faieq.

"Hana." Bibirnya tanpa sedar menutur sebaris nama.

Bayangan Hana kembali bermain di fikiran. "Tadi sebelum aku pengsan, ada seorang perempuan cuba sedarkan aku. Muka dia sama macam Hana. Tapi kenapa dia tak pakai tudung?"

Badan dipaksa untuk bangun. Dia perlu mencari Hana sekarang. Hana pasti dalam keadaan bahaya kerana ini bukan tempat mereka. Mereka sekarang berada di alam lain.

"Saudara ingin pergi ke mana?" Suara seorang wanita yang tiba-tiba muncul mematikan perbuatannya.

Wanita tua berpakaian kurung Kedah sedang menatang dulang dan berjalan ke arahnya.

"S..saya nak cari kawan saya." Gugup Faieq menjawab.

"Kawan? Setahu patik, semasa Puteri Zehra menjumpai saudara sedang bergelut melawan kesakitan di tepi air terjun kelmarin, saudara hanya seorang diri sahaja. Tiada pula tuan puteri melihat orang lain selain daripada saudara." Balas wanita tua itu.

"Kelmarin?" Faieq sempat menangkap butir bicara wanita itu.

"Saudara, jika saudara ingin tahu. Sudah dua hari saudara tidak sedarkan diri. Puteri Zehra amat risau mengenangkan perkara itu."

'Puteri Zehra, Puteri Zehra, Puteri Zehra. Apa famous sangat ke puteri tu sampai nenek depan aku ni nak kena mention nama dia banyak kali.' Monolog Faieq dalam hati.

"Nah. Ini santapan buat saudara. Juga terdapat herba asli yang mampu memulihkan kekuatan dalaman saudara. Tabib berpesan herba ini perlu dihabiskan bagi mendapatkan kesan yang baik. Ouh, sebelum patik terlupa, permaisuri menitahkan bahawa saudara tidak dibenarkan sama sekali keluar daripada bilik ini melainkan tanpa izin permaisuri sendiri. Buat masa sekarang, saudara perlu tinggal di bilik ini dan dapatkan rehat yang cukup." Dulang berisi makanan diletakkan di atas meja kecil berhampiran katil.

'Ewah, sedap je dia nak mengarah orang! Suka hati akulah nak keluar ke nak apa ke. Dahlah dia paksa aku makan ubat tah apa-apa. Ish aku nak balik ke dunia aku balik la! Tapi macam mana ek?' Faieq memandang sekeliling. Berfikir cara yang sesuai untuk meloloskan diri.

Ting!

Akalnya pantas memainkan tugas. Senyuman nakal sedaya upaya disembunyikan daripada dilihat wanita tua tadi.

"Patik harap saudara dapat menjaga tingkah laku saudara di sini. Patik minta izin untuk pergi dahulu." Wanita itu berjalan perlahan meninggalkan kamar.

"Haih! Macam mana aku boleh ada dekat sini ni? Ni mimpi ke realiti? Pening kepala aku dok fikir." Badan dihenyak kembali ke permukaan katil. Saraf otaknya sedang dikerah untuk menjalankan tugas, mencari tahu langkah yang harus dilakukan seterusnya.

Badan diangkat kembali. Rancangan tadi bakal dijalankan. Faieq bergerak ke pintu besar. Pintu itu ditilik.

Tangan diletakkan di dagu. "Step first, aku kena kunci dulu pintu ni. Tapi, mangga kunci pun tak ada. Macam mana dia orang kunci pintu ek? Ke dia orang memang tak kunci pintu? Ergh! Langsung tak ada privacy."

Faieq meliarkan matanya di setiap penjuru pintu besar itu. Mencari tahu tempat untuk mengunci pintu. Mungkin ia tenggelam di balik ukiran kerawang itu. Faieq terlihat sesuatu. Besi yang terdapat di kiri dan kanan pintu memberinya idea. Kayu panjang di tepi pintu menguatkan lagi firasatnya.

"Yes I got it! Aku lupa ni istana lama. Mestilah cara kunci dia pun guna cara lama." Kayu panjang itu diambil dan diletakkan melintangi pintu. Kayu itu disendal di antara besi di kiri dan kanan pintu.

"Okey proceed to the next step." Gebar nipis di atas katil ditarik. Dengan lajunya selimut itu dipintal.

"Step three, on the way!" Balkoni bilik dituju. Hujung selimut tadi di ikat di tiang balkoni seketat-ketatnya, seketat ikatan kasih cinta kita bersama. Pft, tiber!

Bilik yang diduduki Faieq berada di tingkat tiga. Faieq merenung ke bawah memastikan tiada orang yang sedang berkawal.

"Okey. Come on Faieq! You can do it!" Kata-kata semangat diberi sebelum kaki dengan beraninya melepasi penghadang. Diturun perlahan-lahan, satu demi satu.

"Haish! Dahlah tak pakai kasut. Sakit kaki aku. Harap-haraplah tak ada orang nampak apa yang aku buat ni." Rungut Faieq. Kepada Allah dipohon rahmat agar keselamatannya terjamin.

"Yeah finally!" Kaki berjaya mendarat di atas rumput segar nan hijau. Dari tingkat tiga, Faieq berjaya turun hingga ke permukaan tanah.

"Heh! Tak adalah susah mana. Aku pernah buat lagi teruk daripada ni lah time zaman sekolah dulu. Well, bad boy lah katakan." Faieq ketawa sendirian. Ni kalau Eirfan nampak, mahunya Faieq dilabel 'gila'.

"Okey... Sekarang aku tak tahu nak pergi mana. Menyesal pula tak tanya nenek tadi jalan nak pergi air terjun." Faieq menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak ada ke orang yang sudi nak tolong aku?" Getus Faieq perlahan.

"Saya sudi." Suara gemersik seorang perempuan tiba-tiba datang daripada arah belakang. Haruman semerbak wangi datang tanpa dipinta. Wangi.

Gulp!

'Aduh kantoilah pula, ada orang nampak aku. Harap orang tu baiklah. Tapi macam pernah dengar lah suara dia.' Sempat lagi Faieq berteka-teki gerangan siapakah yang berada di belakangnya. Haish Faieq. Banda serius pun boleh buat main-main.

Haruman lily itu semakin kuat menandakan perempuan itu semakin rapat dengannya.

Tanpa bertangguh, Faieq menoleh kebelakang. Mulutnya ternganga kemudian pantas ditutup kembali.

"Hana." Riak wajahnya gembira tapi seketika kemudian dibengiskan kembali apabila tersedar sesuatu.

"Mana tudung kau? Dah kena baham dengan harimau eh? Ke kau saja nak goda aku?" Matanya dialihkan daripada melihat rambut perempuan itu yang sayup-sayup berterbangan dek tiupan angin.

Perempuan itu pelik apabila Faieq memanggilnya Hana. "Maafkan saya. Saya Zehra bukan Hana."

Giliran Faieq pula yang tercengang.

"Aish, Zehra lagi! Hari ni je dah berapa kali aku dengar nama tu. Dah lah Hana, jangan nak tipu aku. Aku tak ada masa nak main-main. Baik kita cari jalan penyelesaian macam mana nak keluar daripada dunia entah apa-apa ni." Faieq menarik tangan perempuan yang disangkanya Hana. Namun perempuan itu membeku.

"Maaf sekali lagi. Tapi saya memang bukan Hana seperti yang awak sangka. Saya Zehra."

Faieq terpaku. Tangan gadis itu dilepas. "Kau..." Akalnya ligat berfikir. "...Puteri Zehra ke?"

Gadis itu tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience