Bab 4

Short Story Completed 2353

" Fuyyo, banyaknye lauk! Ada kenduri ke apa hari ni?" Perli Dania sebaik sahaja pulang dari kerja. Angah yang sedang menyusun pinggan ke atas meja menjelingnya.

" Tu dia, baik punya jeling. Hehe, angah, kenapa bermurah hati sangat masak banyak-banyak ni. Tahu je kan adik lapar gila. Dahlah kat sekolah tadi adik tak sempat makan lansung. Penat tanda paper exam budak-budak tu." Katanya.

" Hei, kau jangan nak perasanlah dik. Aku masak bukan untuk kau sorang je. Ni semua Angah masak sebab ada tetamu malam ni nak datang." Balas abang ngahnya.

" Ha, siapa pula? Ke ayah nak balik dari Indonesia malam ni?" Soalnya dengan muka ceria. Maklumlah, ayahnya sejak dari dulu lagi asyik berulang alik dari negara jiran ke sini atas urusan kerja.

Dan disebabkan itu banyak masanya, dia dibesarkan oleh tiga abang kandungnya itu. Apa boleh buat, ibu pula dah lama meninggalkan dunia sejak dia habis sekolah rendah dulu.

" Bukan ayahlah. Achik jemput kawan achik datang malam ni. Dia tu junior achik masa kat university dulu." Tiba-tiba abang chiknya pula masuk ke dapur dan membalas soalannya.

" Urm, ingatkan ayah nak balik. Dahlah, adik naik dulu tau. Nak mandi." Katanya.

" Pergi cepat, dah bau haprak dah satu dapur ni." Perli Angah padanya. Dania menjelir lidah pada abang keduanya dan terus naik ke bilik.

" Angah, kau bagitahu dia ke siapa yang nak datang malam nanti?" Soal Achik dengan nada perlahan.

" Tak sempat nak bagitahu pun. Nasib baik kau masuk cepat tadi. Tu kalau dia tahu musuh lama dia nak datang malam ni, mahu kita berdua kena sekeh habis-habis nanti." Balasnya.

Kini dua-dua sudah gelak besar memikirkan rancangan mereka. Along yang baru masuk ke dapur, keluar balik bila melihatkan dua orang adiknya yang gelak bagaikan orang kurang siuman.

Tak jadi dia nak masuk ke dapur dan mengambil air minum tadi. Apa jela diorang dah plan kali ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience