Bah 5

Short Story Completed 2353

Lama Dania berpandangan dengan tetamu lelaki tersebut. Masing-masing tak mengalah. Along, angah dan achik tiba-tiba terasa suasana begitu tegang.

" Kau yang langgar aku malam semalam kan..." Dania memulakan bicara.

" Aku langgar kau ke kau yang langgar aku?" Soal lelaki itu pula.

" Kau memang tak nak mengalah kan." Kata Dania menahan geram.

" Eh, of course..." Selamba lelaki itu membalas.

" Ah sudah! Korang berdua ni pun. Kita ni kan kat depan rezeki ni. Boleh tak kalau nak gaduh lepas dah habis makan nanti." Celah Along.

" Wei, wan...semalam kau jumpa adik aku? Pe citer?" Bisik Achik perlahan di sebelahnya.

" Malam semalam aku tak sengaja bertembung dengan dialah. Manalah aku nak tahu dia adik kau."

" Dia cam tak kau siapa?"

" Tak rasanya..." Balasnya ringkas. Dania yang duduk jauh sedikit mula mengecilkan matanya pada Achik dan kawannya itu.

" Mengutuk!" Kata Dania. Angah tayang muka bosan. Perut dah berbunyi.

" Jomlah makan! Perut aku ni dah buat irama lagu Hindustan tahu tak!" Kata Angah pula. Along memulakan bacaan doa makan, dan semua menadah tangan. Semua makan dengan selera waktu itu walaupun Dania seorang saja yang rasa semacam. Entah kenapa dia rasakan sesuatu yang dah lama dia tak rasa dulu. Perasaan semasa dia kecil, kini bangkit semula dalam hatinya bila dia terpandang lelaki tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience