Bab 1

Short Story Completed 2353

    " Pen merah,

     Pen biru,

     Kalau you marah,

     I still love you singaaaa .... "

" Arghhh! I hate you! " Geram gadis kecil itu membalas. Budak lelaki yang berusia dua belas tahun itu tergelak.

" Izwan, boleh tak kau jangan kacau aku! Aku benci kau!" Marah Dania dengan sepuas hatinya. Iz tidak membalas sebaliknya sambung ketawa lagi.

" Dahlah tu Iz. Kau ni, suka sangat buli dia. Tak baiklah." Kata temannya, Raju.

" Dey Raju. Aku bukan buli dia lah. Aku menyanyi je. Dia ni kan singa jadian, pantang usik sikit mesti mengaum…AAAUUUMMMM!!!" Usik Iz lagi.

Dania berpaling padanya dengan pandangan yang tajam. Raju dah mula menjarakkan diri antara mereka berdua kerana dia sudah pun merasa bahang yang agak panas di situ. Iz masih lagi ketawa sambil menahan perutnya. Tiba-tiba tawanya berhenti apabila dia mula terasa ada sesuatu yang mendarat di kepalanya.

" Aduh!! Sakitnya!!"  Jeritnya. Terbeliak biji mata Raju bila melihat aksi Dania membaling kasut sekolahnya pada Iz. Kebetulan ketika itu juga bas hijau berbentuk kotak berhenti di depan bus stop. Dania dengan angkuh dan bangganya menepuk habuk di tanggannya dan mula berjalan mendekati Iz. Sebelah  kasut sekolah yang dicampak tadi diambil dan dia mula tersengih pada budak lelaki itu.

"Lain kali kalau nak benda lain pula mendarat atas kepala kau yang botak gondol tu, cubalah usik aku lagi ye…pergi dulu. Bye bye…." Selamba dia berkata sambil naik ke dalam bas.

" Woi! Kurang ajar betul!" Balas Iz menahan sakit. Dania yang sudah berada di dalam bas menjulurkan lidah.

" Dik, kau nak naik ke tak?!" Tanya pak cik bas itu. Raju yang tersedar, mula berlari naik ke bas. Di pintu bas dia menoleh.

" Wei, tak nak naik ke?" Soalnya pada Iz. Budak lelaki itu mula berpeluk tubuh.

" Tak nak!" Ringkas dia membalas. Raju mengangkat bahu.

"  Lantak kau lah. Balik nanti baik kau cek kat doktor. Manalah tahu ada lubang kat kepala kau tu. Kuat juga Dania baling tadi."

" Diamlah!" Balas Iz geram. Raju tergelak. Bila kelibat bas itu mula menghilang, Iz yang berpura-pura macho menahan sakit tadi mula kembali menggosok kepalanya.

" Aduh!!! Tak guna Dania!!!!!!!!!!!!" Jeritnya seorang diri di situ. Mak cik yang tengah sapu sampah dari jauh tak jadi datang ke situ untuk menyapu. Takut pula dia budak tu tiba-tiba naik sawan dan menyerangnya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience