Rate

BAB 1

Family Completed 467

"LEMPARKAN saja batu-batu itu ke laut!"

“Tak mungkin.”
“Selagi papa berdegil, selagi itu batuk darah papa tidak akan pulih.” Kata-kata Manis menyihir dalam perasaan Papanya.
Kegilaan lelaki berumur itu terhadap batu-batu air yang dikumpulnya sejak 30 tahun lepas sukar dilunturkan. Apatah lagi sekadar cemuhan anak gadisnya, Manis , tidak mampu menganjakkan pendirian Papa.

“Aku, Darwis. Siapakah yang berani melawan pendirianku?”

Batu-batu air itu adalah batu yang terbentuk secara semula jadi setelah mengalami proses hakisan berjuta tahun. Batu-batu unik yang berbagai-bagai bentuk penciptaannya. Batu air bentuknya mirip gunung, binatang, manusia, tumbuhan dan pelbagai lagi bentuk di luar kotak imaginasi. Itulah Suiseki. Ungkapan bahasa Jepun ‘Sui’ yang bererti air dan ’Seki’ yang bererti batu itu dianggap keramat oleh Darwis.

“Papa, Manis sayangkan papa. Kesihatan papa lebih penting daripada Suiseki itu.” “Jadi, kamu berasa sakit papa ini berpunca daripada batu itu?”

Manis yang kebiasaannya tidak tewas berbidas terdiam. Soalan Darwis mematikan hujah akal anak gadisnya itu. Manis mendengus perlahan. Dia memalingkan wajah ke luar jendela. Namun, pandangannya tidak dapat lari daripada Suiseki. Batu-batu air kebenciaanya. Suiseki ada di setiap penjuru hidupnya, di ruang tamu, laman rumah, dapur, kamar bahkan, tandas juga dihiasi dengan batu-batuan yang men jelek kan itu.

Darwis bersungguh-sungguh mempertahankan diri. Sesekali suaranya diselangi batuk. Nafasnya berbunyi semput. Manis sekadar mengerutkan dahi, pandangannya menyoroti seksa batuk papa itu. Dia muak dengan kedegilan papa. Tekaknya umpama sungai yang kering. Dia sudah tidak larat lagi untuk menasihati papa.

“Papa tidak pernah mendengar keluhan Manis !”

“Suiseki. Suiseki. Suiseki.” Manis menongkat dagu. Selera makan malamnya merudum sifar. Batu-batu Suiseki itulah puncanya. Dia merungut dalam hati sambil merenung tajam batu hitam berbentuk bujur dan beralur yang diletakkan di tengah-tengah meja makan itu.

Darwis mengesan keanehan pada wajah Manis . Dia sudah masak benar dengan sikap Manis . Anak gadis yang sering saja menentang minatnya. Minatnya mengumpul Suiseki sering kali disalahertikan. Suiseki yang dikumpulnya itu dianggap berhantu dan membawa petaka oleh Manis . Padahal selama ini dia tidak pernah menghalang Manis melakukan aktiviti mencabar yang diminati. Dia membenarkan Manis menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu, menyelam di Laut Gaya, berkhemah di hutan tebal dan sebagainya. Namun sikap Manis yang gemar menentang itu kadang-kadang mencetuskan sekelumit kekecewaannya.

“Papa, esok kita ke hospital ya?”

Raut wajah Manis berubah serta-merta, bersama-sama emosinya. Darwis terus menyuap makanan seolah-olah tidak mempedulikan cadangan anak gadisnya itu. Dia meneguk air.

“Tak apa, batuk papa ni biasa-biasa saja.”

“Papa, batuk papa itu luar biasa. Batuk berdarah. Kalau dibiarkan, nanti makin parah.”

Manis menyangkal penuh emosi. Raut wajahnya kembali berubah seperti biasa. Jiwanya merusuh. Dia mencebik. Darwis terus menyuap makanan tanpa menghiraukan kata-kata Manis . Sikap degil papanya yang menjadi-jadi itu menjentik kebimbangannya. Manis tidak mahu kehilangan papa. Manis tiada ibu atau saudara-mara lagi selain papa. Bagi Manis , harta kekayaan tiada maknanya tanpa papa di sisi. Manis merajuk. Dia langsung ke kamar meninggalkan papa sendirian di ruang santapan dan makanan yang belum berjamah itu.

“Papa degil. Papa tak sayang Manis . Semuanya gara-gara Suiseki itu!” Rungut Manis sendirian di kamarnya. Dia menangis lagi, mendengar batuk papa dari ruang makan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience