BAB 4

Romance Completed 2051

"Assalamualaikum...Ummi,abah,Airisz datang ni."Airisz memberi salam lalu memasuki rumah kedua orang tuanya.Sememangnya Airisz tinggal serumah bersama Putri.Namun Latiff pula tinggal bersama Ummi Hani dan Pak Haji.
"Waalaikumussalam..."
Airisz terpaku di muka pintu apabila yang menyambutnya bukan Ummi atau abah,namun Latiff.Mereka berpandangan buat seketika.
"Kak Airisz,masuklah.Latiff tolong akak angkat barang eh?"
Tangan Latiff cuba menyentuh beg milik Airisz.
Tanpa Airisz sedar,dia telah menepis tangan adiknya dari menyentuh beg bagasinya.
Latiff tersentak.

"Jangan...Apa yang Latiff buat dekat sini?"
Airisz langsung tidak sedar yang soalannya adalah soalan yang tak masuk akal.Kerana sememangnya Latiff tinggal di rumah Ummi dan Pak Haji.
"Err....Latiff,"
"Lupakan soalan akak.Mana Ummi dengan abah?"
Soalnya tanpa langsung memandang wajah Latiff.Airisz berpura pura sibuk menguruskan kasutnya.Sedangkan kasutnya dalam keadaan baik.
"Ummi keluar dengan Hamdan,abah pula masih belum pulang dari kerja...Akak,mari Latiff tolong akak..."
"Tak payah...JANGAN SENTUH,beg...akak..."
Airisz langsung tidak sedar yang dia menengking adiknya dalam keadaan yang memalukan.
"Sorry,akak tak...Ehem,akak boleh angkat beg akak sendiri...Tak payah sibuk."
Latiff sentap.
"Maksud akak...Tak payah tolong.Latiff,boleh tolong tepi sikit tak, akak nak lalu."
Latiff memberi ruang untuk Airisz lalu,namun entah mengapa Airisz tetap merempuhnya.
"Terima kasih..."
Ujar Airisz,lalu hanya Sepi rumah itu,sepi bagai tiada langsung manusia di situ.Sepi....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience