BAB 2

Romance Completed 2051

TOK ! TOK ! TOK !
Pintu depan terbuka luas.Airisz masuk ke dalam rumah dengan tergesa gesa apabila Ummi Siti menariknya masuk.
"Ummi pelanlah sikit..."Tegur Airisz bagai wanita melayu terakhir yang terlalu bersopan santun.
Ummi Siti hanya diam dan membawa Airisz masuk ke bilik Latiff yang paling atas.
"Kejap,ummi...Kejap..."Ujar Airisz apabila Ummi menarik nya dengan kasar.Bahaya laju laju atas tangga.

"Eh,ni apahal semua orang berkumpul kat sini ni? Kenapa ni abah?"
"Airisz...Tu pun kamu."Pak haji mengeluh nafas lega.
Airisz bersalaman dengan abahnya.
"Haa..Abah,Latiff mana?"Soal Airisz apabila matanya tidak melihat adik kesayangannya.
Peluh dingin membasahi leher Pak Haji dapat dilihat dgn jelas.
"Tengoklah sendiri apa jadi pada adik kesayangan kamu tu.Haihh...Apa nak jadi budak zaman sekarang..."
Keluhan kesal kedengaran dari mulut Pak Haji.
Dahi Airisz berkerut hairan.
Airisz segera memasuki bilik Nur Latiff Deejah yang biasanya kelihatan teratur,kini kelihatan tidak teratur dengan baju yang bersepah di lantai.
Mata Airisz terbeliak apabila melihat kekasihnya,Hamdan,tidak memakai baju dan hanya memakai Seluar jean yang tidak dipakai dengan sempurna.
Manakala Latiff pula dalam keadaan telanjang sambil berada di bawah selimut.
"Astagfirullah...Hamdan...Latiff... Apa...."
Lidah Airisz menjadi kelu untuk berkata kata.
"Eila...Apa yang awak nampak ni..."
"Akak..."
Keduanya mahu berbicara namun masing masing kelu.
Airisz merasakan seperti batu bata sebesar rumahnya menghempap kepalanya dan pecah bersepai.
"Latiff...Apa yang Latiff buat..."
Tanpa berfikir panjang,Airisz segera berlari keluar dari rumah itu.
Tanpa hala tuju,Airisz menangis semahu mahunya.
'Tergamak kau buat macam ni pada aku,Hamdan...Tergamak kau buat perkara terkutuk tu Dengan adik aku...TERGAMAKNYA KAU !!!!!
Airisz menjerit bagi melepaskan nafas tercungap cungapnya yang lelah menahan perasaan.
Airisz menyambung tangisnya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience