BAB 6

Romance Completed 2051

"Assalamualaikum !!! Latiff,Ummi dah...Eh?Airisz ada kat rumah la...Jom masuk Hamdan."
Kedengaran suara Ummi dari pintu depan.
Airisz berlalu ke depan untuk bertemu Ummi.
"Waalaikumussalam.Ummi,welcome home !!!"
Airisz menyambut Ummi nya dengan baik.
"Haa...Airisz,ada apa kamu balik ke sini?
Abah mana? Dah balik ke belum?"
Soal Ummi.
"Belum Ummi."
Ujar Airisz lalu menyalami tangan tua milik Umminya.

"Hai,Eila."Hamdan menegur Airisz.
"Hai... Hamdan,"Airisz menghadiahkan senyuman hambar kepada Hamdan.Dia tak mampu tersenyum manis kepada Hamdan lagi.
"Ummi,semua benda dah selesai ke?"
Soal Airisz pura pura mengambil tahu hal adiknya. Sedangkan hatinya sakit mengenangkan Latiff.Ummi yang bernama Hani itu tersenyum segaris.
"Dah.Selesai dah pun semuanya.Ummi dengan abah ingat nak buat kecil kecilan saja.Maklumlah,selepas kejadian memalukan tu,Ummi tak nak ramai sangat datang,Ummi malu."
Ujar Ummi lalu menjeling Latiff dengan rasa sakit hati pada Latiff.Hati ibu mana yang tak sakit jika anak kandung yang ditatang bagai minyak yang penuh disakiti hingga begitu.'Latiff cuma anak angkat saja,dia tidak berhak buat macam tu pada Airisz.'Getus hati Ummi.
"Astagfirullah..."
Ummi tersedar dari amarahnya.
Airisz memandang aneh ke arah Ummi.
"Kenapa Ummi?"
"Apa?Oh,takde apa.Memang takde apa..."
Ujar Ummi dengan perlahan.
'Itu semua takdir Allah.Kalau dah jodoh,tak kemana.'
Bisik hati Ummi yang bimbang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience