Rate

BAB 1

Family Completed 407

Dua sahabat yang sedang meniti usia emas bergelar siak di Masjid Kampung Sari sememangnya berkawan baik sejak kecil lagi. Mereka hidup berjiran dan membesar bersama. Sederap, selangkah, seiringan menuju ke hadapan. Jika diimbas sejarah, En. Ghazali yang pernah bekerja sebagai kaunselor di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar adalah seorang yang berpengaruh dan disegani di kampung tersebut. Apatah lagi menjadi pakar rujuk kepada jiran tetangga terutamanya dalam pendidikan anak-anak. Anak-anaknya seramai lima orang iaitu Hafizi, Rohayati, Azwan, Azizul, dan Awatif pandai, berjaya dan cemerlang. Mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan.

Dua sahabat yang sedang meniti usia emas bergelar siak di Masjid Kampung Sari sememangnya berkawan baik sejak kecil lagi. Mereka hidup berjiran dan membesar bersama. Sederap, selangkah, seiringan menuju ke hadapan.

Jika diimbas sejarah, En. Ghazali yang pernah bekerja sebagai kaunselor di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar adalah seorang yang berpengaruh dan disegani di kampung tersebut. Apatah lagi menjadi pakar rujuk kepada jiran tetangga terutamanya dalam pendidikan anak-anak. Anak-anaknya seramai lima orang iaitu Hafizi, Rohayati, Azwan, Azizul, dan Awatif pandai, berjaya dan cemerlang. Mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan.

Ustaz Khalil sahabat baiknya pula merupakan pengasas sebuah pusat tahfiz di Kampung Ngor. Juga memiliki lima orang anak iaitu Shahir, Aini, Syazwan, Zaniroh, dan Firazi. Anaknya ada yang pandai, biasa dan besederhana dalam hidup. Namun Ustaz Khalil lebih berminat untuk menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama dan pusat pengajian tahfiz.

Berbalik kepada kejayaan anak-anak En. Shahri, anak pertamanya Hafizi mendapat 5A di dalam UPSR kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Kemudian belajar di United Kingdom. Selepas tamat belajar, mendapat tawaran kerja sebagai usahawan yang berjawatan tinggi. Anak keduanya Rohayati juga merupakan murid yang cemerlang belajar di MRSM, Taiping. Kemudian melanjutkan pelajaran hingga ke Australia dan akhir sekali menyandang jawatan sebagai doktor.

Kecemerlangan Hafizi dan Rohayati menjadi ikutan adiknya iaitu Azwan yang belajar di Sekolah Berasrama Penuh di Gopeng. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Jepun dalam bidang kejuruteraan. Tamat belajar terus bergelar jurutera di Kuala Lumpur.

Kejayaan anak-anak En. Ghazali sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak kampung. Mereka memuji En. Ghazali yang rata-rata anaknya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat pekerjaan berjawatan tinggi. En. Ghazali tersenyum gembira dan kepuasan setiap kali ada yang datang memuji. Dia bangga dengan kejayaan anak-anak. Masa depan anaknya terus terang benderang bagai mentari terbit pagi. Pelangi juga seolah-olah turut mewarnai perjalanan hidup mereka.

Namun begitu, anak-anak Ustaz Khalil lebih berminat dalam bidang keagamaan sesuai dengan gelaran ustaz yang diwarisi olehnya. Shahir anak pertamanya mendapat UPSR hanya 3A 2B. Mendapat pendidikan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Yahyawiyah, Padang Rengas. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur. Tamat pengajian menjadi seorang ustaz di kampung halaman sendiri iaitu Sekolah Kebangsaan Kenering kerana tidak berminat untuk menyambung pelajaran di luar negara dek lebih mementingkan asas agama.

Anak Ustaz Khalil yang kedua, iaitu Aini belajar di Maahad Tahfiz Darul Quran di Kelantan. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Mesir. Tamat pengajian menjadi ustazah dan menubuhkan Maahad Tafhiz Solehiah di kampung tempat tumpah darah. Begitu juga dengan adik Aini iaitu Syazwan, bersekolah di Sekolah Agama Izzudin Shah, Ipoh. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Akhir sekali menjadi guru Sains di Sekolah Menengah Agama Temenggong Kati juga berdekatan dengan kampung.

Sememangnya Ustaz Khalil amat berbangga dengan kejayaan anak-anaknya yang lebih memfokuskan bidang keagamaan dalam mendidik anak-anak. Berbeza dengan En. Ghazali yang namanya sentiasa menjadi sebutan orang kampung kerana kejayaan yang dikecapi anak-anaknya lebih gah berbanding kejayaan yang dimiliki oleh anak-anak Ustaz Khalil. Mereka sering dibandingkan oleh orang kampung. Oleh ahli jawatankuasa masjid.

Dalam kemegahan En. Ghazali dengan anak-anak, Ustaz Khalil juga tetap sujud harapan. Anak-anaknya biarpun tidak menjadi contoh atau idola dia terima seadanya. Biarlah. Biarlah anak-anaknya memilih jalan mendekatkan diri dengan al-Quran dan hadis. Biarlah anaknya dipandang ‘biasa-biasa’ sahaja.

Biarpun nama En. Ghazali lebih dipuji dan dijadikan contoh oleh orang kampung, Ustaz Khalil langsung tidak bersedih. Biarlah dia mendidik anak-anak lebih kepada bidang keagamaan dan kejayaan anak-anaknya tidak sehebat apa yang dikecapi oleh anak-anak En. Shahri.

Bagi En. Ghazali pula, dia tetap memuji dan menceritakan setiap kejayaan anak-anaknya yang mendapat kecemerlangan sejak di sekolah rendah lagi. Tidak cukup dengan itu, perasaan hidung tingginya datang setiap kali anak-anak dapat melanjutkan pelajaran dan menyandang jawatan tinggi di luar negara. Setiap kali dibuat perbandingan dengan anak-anak Ustaz Khalil setiap kali itulah dia merasa anak-anaknya ‘menang’ dalam apa jua bidang. Mampu menggapai bulan dan bintang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience