Rate

BAB 2

Romance Series 1294

~{The concept of rizq is so beautiful. Even when you eat a piece of fruit, it was always written for you. From the moment it grew from a tree, it went through all these people and travelled all this way until it was in your hands. It was always meant to be yours-Unknown}~

Sejak video kek tapak kuda cheesenya viral, semakin ramai pengguna TokTok menempah kek daripadanya. Tak menang tangan dibuatnya. Dengan jadual yang semakin padat, Qaseh mula merasakan masanya tidak cukup dan dapat dibahagikan dengan baik. Masa untuk kelas online lagi, untuk siapkan tempahan lagi, masa untuk siapkan assignments lagi. Tidurnya juga terasa tidak cukup.

Dugaan untuknya. Saat bisnesnya semakin maju dan mendapat perhatian, semakin banyak kekangan. Tuhan nak uji. Adakah dia akan berusaha atau mengalah. Qaseh tekad. Dia tak akan mengabaikannya mana-mana tanggungjawabnya. Dia nekad untuk mencari duit sendiri dan tidak lagi membebankan mak. Biarlah dia mencari duit hasil titik peluh sendiri.

"Dalila, kau boleh tolong aku?"

Dalila memandang Qaseh pelik.

"Tolong apa pula?"

"Tolong aku habiskan packing untuk postage esok. Banyak gila order masuk. Aku tak rasa aku mampu settle sorang. Aku bayar kau."

Dalila menyepetkan matanya.

"Apa kau mengarut? Nak bayar apa ni? Aku boleh je tolong kau free of charge. Don't worry."

Qaseh terdiam. Otaknya mula mencari idea.

"Mana boleh. Aku serba salah. Nak biarkan kau balik lambat. Selalu susahkan kau. Kek aku selama ni pun, kau je banyak beli. Tak boleh, tak boleh. Aku bayar kau."

"Berapa? RM4,000?"

Qaseh mencubit lengan Dalila. Geram. Tak habis-habis dengan sarcasm dia itu.

"Tak adalah sampai RM4,000. RM 30?"

Dalila mencebik.

"Aku gurau je. Tak payahlah bayar-bayar ni. Cuma, kalau nanti kau kaya, kau jangan lupa aku. Mana tahu, boleh kahwin dengan orang kaya."

Qaseh ketawa. Dia menarik kerusi. Tangannya sibuk membalut kek-kek yang sudah siap dibuat.

"Kau ingat aku tak boleh jadi kaya? Independent woman! Cukuplah kau doakan aku kahwin dengan Ian ke. Ha, kan sejuk mata aku ni."

Qaseh tersengih bak kerang busuk. Dalila menggeleng kepalanya. Kek yang sudah siap dibalut, diletakkan ke dalam kotak. Sticker ditampal pada kotak.

"Aamiin. Walaupun macam mustahil, tapi aku support kau. Tak dapat Ian, Lan pun jadilah."

Dalila ketawa besar. Qaseh menjeling.

"Lan abah kau."

"Eh, Lan tu ayah kau. Bukan abah aku."

Qaseh terdiam dan berfikir sejenak.

"Eh, haah erk. Lan ke Yan ke aku tak nak. Alah, doakanlah aku jumpa Ian. Tau? Tau tau?"

Dalila membuat muka.

"Whatever you say, Qaseh. Aku aamiinkan je."

Qaseh tersengih lebar. Bibir dimuncungkan ke arah Dalila. Dalila menepis jauh wajah Qaseh.

"Jijik."

Ting Ting
Bunyi notifikasi daripada telefon Qaseh membuatkan Dalila menjengah ke arah skrin telefon.

"Eh, menyibuk. Laju je kau ye?"

Dalila tersengih menampakkan giginya yang cantik tersusun.
"Alah, saja. Nak tengok kot boyfriend kau text."

"Nak kena ni?" Qaseh menayangkan penumbuk berbisanya ke arah Dalila. Dalila mencebik. Dia menyambung kerja kembali.

Qaseh terus membuka aplikasi WhichApp. Satu mesej baru daripada pelanggan TokTok.

"Assalamualaikum and good night, miss KTKC. Sorry to bother you this late. Can I still place an order for tomorrow?"

Qaseh membaca mesej yang diterimanya tadi. Jam dipandang sekilas. Sudah hampir pukul 10.30 malam. Dalila ketawa pecah.

"Apa kejadahnya miss KTKC? Apa benda tu?"

Qaseh menggaru kepalanya.

"Entah nyah. Tapi, aduh. Dah lambat kot. Nak reply apa ni?"

Dalila memandang Qaseh tidak percaya.

"Dah kenapa kau tak reti nak reply text customer ni?"

Qaseh terdiam.

"Kau reply jela, next week baru open order balik."

Qaseh terus menaip mesej kepada pelanggan itu.

"Kau reply apa?"

"Waalaikumsalam. Sorry, tapi saya open order balik next week. Boleh place order untuk next batch."

Qaseh membaca satu-satu mesej yang ditaip. Dalila mengangguk.

"Wey, dia typing. Dia reply, Please, urgent. I teringin gila nak makan. I bayar berapa je you nak."

"Eh, ibu mengandung ke? Kesian pula. Buat jela, wey. Kau minta lebih je. RM100 ke?" Dalila ketawa kuat.

"Melampau betul RM100. Dah malam sangat wey, aku ada test pula esok ni."

Dalila berfikir sejenak.

"Mana tahu, dia memang mengidam gila. Kau tolong dia, then esok Allah tolong kau. Mudahkan kau jawab test?"

Qaseh terdiam.

"Dia reply lagi. Boleh ke, miss? Pretty please. I memang terliur tengok kek you. Just say the amount, I'll pay."

Dalila memukul manja lengan Qaseh.

"Ambil jela. Satu je kan?"

Qaseh mengeluh.

"Tiga, nok."

"Ha, rezeki tu. Dulu kau mengeluh order tak banyak. Now, your time has come. Rezeki ni. Mana tahu, ini permulaannya untuk kau jadi kaya?"

Qaseh menepuk dahinya. Geram betul dengan Dalila ni. Ada sahaja ideanya.

"Yela, aku buat. Kesian pula. Kang anak dia keluar mulut berair pula."

Qaseh terus bangun untuk membancuh acuan kek. Oven dipanaskan.

Tepat jam 11.50 malam, selesai juga Qaseh menyiapkan order daripada pelanggan terakhirnya. Loyang dan bekas-bekas acuan kek diangkat dan diletakkan di sinki.

Bunyi notifikasi baru menangguhkan kerjanya. Telefon dicapai. Mesej daripada pelanggan terakhir.

[Oh, anyway. Boleh deliver esok kan? I'll send you the address later. Thanks, yea.]

'What? Bila masa pula aku deliver sendiri kek yang aku jual?' dahi Qaseh berkerut.

[Sorry tapi kita tak buat COD. Hanya by pos sahaja.]

[Oh, but I said I need the cake by tomorrow. That's why, I'm willing to pay you any amount. Don't worry, duit minyak pun on me.]

[Is it possible kalau awak pick up esok? Saya ada hal sikit memang tak sempat.]

[hm, I'll think about it and I'll let you know ASAP. Good night, miss KTKC.]

[You too.]

Ugh. Qaseh mengeluh. Telefon diletakkan di atas meja. Kerja yang tergendala disambung. Penat betul cari duit ni ye. Patutlah mak asyik membebel. Memang memenatkan badan dan otak.

~~~~~~

Selesai menjawab test, Qaseh terus menaip mesej kepada pelanggan terakhirnya malam tadi.

[Hi, saya dah settle kerja. Dah sampai ke?]

Satu tick. Ah, sudah. Kena scam ke apa ni? Qaseh menggigit bibirnya. Kalau betul-betul kena scam, macam mana? Nak buat apa pula dengan tiga biji kek tu? Takkan nak lelong pula?

Tanpa membuang masa, Qaseh mendail nombor telefon pelanggan yang tidak diketahui identiti itu. Panggilan tidak diangkat.

"Aku dah kena scam ni. Arghhh. Siapa pula nak habiskan kek-kek ni semua? Ni semua sebab Dalilalah ni. Memandai paksa aku ambil juga order. Kan dah mendapat."

Qaseh menumbuk bantalnya melepaskan geram.

Ring Ring
Telefonnya berdering. Panggilan daripada nombor tidak dikenali. Dengan pantas, dia terus mengangkat panggilan. Kedengaran suara seorang lelaki memberi salam.

"Waalaikumussalam. Siapa ni?"

"Oh, saya yang order KTKC semalam. Saya tak jumpa rumah awaklah. Boleh share location dekat WhichApp?"

"KTKC?"

"Oh, haah. Kek awak jual tu. Kek tapak kuda cheese."

Qaseh menepuk dahinya. Itu rupanya maksud KTKC. Dia tersengih.

"Oh, ha boleh. Saya ingatkan awak scam saya. Sebab saya text single tick je."

"Ah, maaf ye. Saya guna nombor lain. Hantar location, ye? Nanti saya datang."

"Ok, boleh."

"Terima kasih. Saya tunggu."

Qaseh mematikan panggilan. Dia menghembuskan nafas lega. Tak melayang duit aku. Alhamdulillah. Qaseh, Qaseh. Suka sangat bersangka buruk. Tak pasal-pasal Dalila disalahkan tadi.

Qaseh terus menghantar location rumah ke nombor tadi. Hampir 10 minit menunggu, panggilan daripada nombor tadi kembali masuk.

"Hi, saya dah sampai. Ada dekat bawah dah."

Dengan pantas Qaseh memakai tudung dan terus berlari ke luar. Rumahnya berada di tingkat 2. Jadi hanya sedikit masa diambil untuk dia sampai ke tingkat bawah flat itu.

Sosok lelaki berbaju biru laut dicari. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan sebaik sahaja sampai di parkir kereta.

"Hi."

Sapa suara dibelakangnya. Qaseh menoleh laju. Kelihatan seorang lelaki berkulit putih bak salju sedang tersenyum ke arahnya. Lelaki itu dipandang atas bawah. Wajahnya kelihatan familiar. Macam pernah tengok sebelum ini, tapi dekat mana, ye? Qaseh berfikir sejenak.

"Oh, encik-"

"Khai. Saya yang order kek semalam."

"Ha, nah. Ini keknya. Terima kasih ye sudi beli. Maaf saya tak dapat hantar. Tak ada transport."

Qaseh menggaru kepala. Matanya masih memandang atas bawah lelaki dihadapannya itu. Cantik juga outfit dia. Smart ooo. Macam artis.

"Eh, tak apa. Lagipun, kawan saya mengidam sangat kek awak ni. Dia dah rasa dua hari lepas. Tapi, tak cukup."

"Alah, yeke? Kiranya dia pernah belilah erk sebelum ni?"

Khai tersengih sahaja.

"Saya pun tak pastilah."

Qaseh hanya mengangguk. Mereka berpandangan sesama sendiri. Terasa awkward.

"Dia kata sedap. Pandai awak buat. Memang favourite dia."

Tiba-tiba hatinya terharu mendengar pujian yang sangat membina itu. Padahal tak ada apa yang istimewa pun dengan kek tapak kudanya.

"Thanks. Hope she'll like it."

"He. I'm sure he'll love it. Nanti saya hantar video. Feedback."

"Oh, lelaki. Alright, sure. Sangat dialu-alukan."

"Haah, iye. Lelaki. Oklah. Saya gerak dulu. Nanti dia mengamuk lambat sangat nak kasi dia rasa kek ni. Terima kasih ye, Qaseh. Confirm akan repeat."

"Oh, hahaha. Ok, boleh. Thanks again. Hati-hati balik."

Khai mengangguk dengan sengihan lebar.

"Sure. Bye."

Dia melambaikan tangan ke arah Qaseh sambil berlalu pergi.

Sebaik sahaja Qaseh melangkah untuk naik ke rumah, bunyi notifikasi telefon mematikan langkahnya.

"What the-"

Mata Qaseh terbelik melihat jumlah duit yang dipindahkan ke akaun banknya.

"Biar betik mamat ni. RM300? Damn, belum pernah aku dapat sebanyak ni untuk tiga biji kek. Ke dia salah transfer?"

Qaseh terus mendail nombor Khai.

"Hello, encik salah masukkan duit ke? Macam banyak sangat lebih ni."

"Berapa pun saya bayar, itulah jumlah yang betul. Anggap je rezeki awak."

"Thank you sangat-sangat. Semoga murah rezeki. Nanti next time order saya kasi kek free."

Khai hanya ketawa di hujung panggilan.

"Sama-sama. In Shaa Allah. Ok, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam"

Panggilan dimatikan. Qaseh mendaki tangga dengan penuh bahagia. Alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience